[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Protokol Datagram Pengguna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada UDP)

Protokol Datagram Pengguna ( User Datagram Protocol ) (UDP) adalah protokol lapisan pengangkutan berorientasi mesej minima yang didokumenkan dalam IETF Permohonan untuk komen ( Request for Comments -RFC ) 768. Dalam model TCP/IP, UDP memberikan antaramuka ringkas antara lapisan rangkaian ( network layer ) di bawah dan lapisan penggunaan ( application layer ) di atas. UDP tidak memberikan jaminan penghantaran mesej dan penghantar UDP tidak menyimpan keadaan mesej UDP apabila dihantar kepada rangkaian. UDP hanya menambah multiplexing applikasi dan data checksumming bersama datagram IP. Kepala UDP mengandungi hanya 4 bidang kepala yang dua antaranya adalah pilihan. Sumber dan destinasi bidang port adalah bidang 16-bit yang menentukan proses penghantaran dan penerimaan.

Oleh kerana UDP bebas keadaan dan penghantar UDP tidak sepatutnya cuba mendapatkan jawapan, bidang port sumber adalah pilihan. Jika tidak digunakan, bidang port sumber patut diisi dengan sifar. Bidang port diikuti oleh bidang panjang yang wajib sebagaimana ditetapkan sebagai bait datagram UDP termasuk data. Nilai minima panjang bidang adalah 8 (octets). Baki kepala bidang ( header field ) adalah 16-bit bidang hasil tambah semak ( checksum field ) merangkumi kepala dan data. Hasil tambah semak juga adalah pilihan, tetapi selalunya digunakan. .

Kekurangan jaminan, applikasi UDP mestilah secara umumnya bersedia untuk menerima sedikit kehilangan, ralat, atau gandaan. Sesetengah applikasi seperti Protokol Pindahan Fail Remeh ( Trivial File Transfer Protocol ) -TFTP mungkin menambah mekanisma jaminan kasar ke dalam lapisan applikasi sekiranya perlu. Seringkali, applikasi UDP tidak memerlukan mekanisma jaminan malah ini akan melambatkan mereka. Media mengalir ( Streaming media ), permainan ramai pemain ditalian dan suara melalui IP ( "voice over IP" ) (VoIP) adalah contoh applikasi yang sering menggunakan UDP. Jika applikasi memerlukan jaminan sambungan bermutu tinggi, protokol seumpama Protokol Kawalan Transmisi ( Transmission Control Protocol ) boleh digunakan bagi menjamin tiada data yang hilang dalam penghantaran.

Ketiadaan sebarang pengelak kesesakan dan mekanisma pengawalan, menyebabkan mekanisma berasaskan jaringan diperlukan untuk mengurangkan potensi kesan kegagalan akibat kesesakan, disebabkan oleh beban trafik UDP kadar tinggi. Dengan kata lain, oleh kerana UDP tidak mampu mengesan kesesakan, unsur berasaskan jaringan seperti penghala ( routers ) yang menggunakan teknik beratur dan jatuhkan paket, sering menjadi satu-satunya peralatan yang ada untuk melambatkan trafik UDP yang berlebihan. Protokol Pengawal Kesesakan Datagram ( Datagram Congestion Control Protocol ) (DCCP) sedang direka sebagai sebahagian penyelesaian kepada potensi masalah dengan menambah kawalan tingkah-laku kesesakan hujung hos ( end host congestion control behavior ) kepada aliran UDP kadar tinggi seperti media mengalir.

Sementara jumlah keseluruhan trafik UDP yang terdapat pada jaringan biasa sering pada tahap beberapa peratus, kebanyakan applikasi utama menggunakan UDP. Ini termasuk Sistem Nama Domain ( Domain Name System ) (DNS), protokol pengurusan jaringan mudah ( simple network management protocol ) (SNMP), protokol tatarajah hos dinamik ( Dynamic host configuration protocol ) (DHCP) dan Protokol Maklumat Penghalaan ( Routing Information Protocol ) (RIP) sebahagian kecil daripadanya.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]