[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Tuntung sungai utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Tuntung biasa)

Tuntung sungai utara
CITES Appendix I (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Geoemydidae
Genus: Batagur
Spesies:
B. baska
Nama binomial
Batagur baska
(Gray, 1830)[3]
Sinonim[4]
klik untuk kembangkan
  • Emys baska Gray, 1830
  • Emys batagur Gray, 1831
  • Testudo baska Gray, 1831
  • Trionyx (Tetraonyx) cuvieri Gray, 1831
  • Tetronyx longicollis Lesson, 1834
  • Tetronyx baska Duméril & Bibron, 1835
  • Tetraonyx lessonii Duméril & Bibron, 1835
  • Tetraonyx longicollis Duméril & Bibron, 1835
  • Clemmys (Clemmys) batagur Fitzinger, 1835
  • Hydraspis (Tetronyx) lessonii Fitzinger, 1835
  • Emys tetraonyx Temminck & Schlegel, 1835
  • Tetraonyx batagur Gray, 1844
  • Batagur (Batagur) baska Gray, 1856
  • Clemmys longicollis Strauch, 1862
  • Tetraonyx baska Gray, 1869
  • Batagur batagur Lindholm, 1929
  • Tetraonyx lessoni Bourret, 1941 (ex errore)
  • Batagur ranongensis Nutaphand, 1979
  • Batagur basca Anan'eva, 1988 (ex errore)
  • Batagur ranongensis Nutaphand, 1979
  • Batagur basca Anan'eva, 1988 (ex errore)
  • Batagur batagur batagur Joseph-Ouni, 2004
  • Batagur batagur ranongensis Joseph-Ouni, 2004

Tuntung biasa atau hanya disebut tuntung (nama saintifik: Batagur baska; Inggeris: northern river terrapin) ialah spesies kura-kura air sungai tempatan dari Asia Tenggara. Ia dikelaskan terancam genting oleh IUCN dan dianggap pupus dikebanyakan habitat asalnya. Ia turut dipanggil tuntung sungai dan tuntung laut.[5]

Habitat utamanya adalah di perairan payau. Tuntung boleh hidup hingga mencecah umur 70-80 tahun. Terdapat juga rekod yang mencatatkan tuntung mampu hidup sehingga berumur 100 tahun.[perlu rujukan]

Sifat fizikal

[sunting | sunting sumber]
Konco-konco tuntung sungai berlainan umur: (dari atas ke bawah) anak tetasan sekitar seminggu, setahun dan dua tahun tuanya.

Saiznya berbeza mengikut jantina. Tuntung betina lebih besar daripada jantan. Tuntung betina boleh membesar sehingga 50 sm berbanding dengan tuntung jantan yang boleh membesar lebih kurang 40 sm mengikut karapasnya.[perlu rujukan]

Antara perbezaan tuntung dengan penyu adalah tuntung mempunyai kaki renang yang berkuku seperti kura-kura. Ini membolehkan ia berjalan di atas tanah atau pasir untuk bertelur. Tuntung mempunyai kepala yang kecil dan boleh disembunyikan di dalam karapasnya apabila diganggu.

Anak tuntung biasanya mempunyai lunas tulang belakang yang lebih menonjol di balik karapasnya berbanding tuntung dewasa. Tuntung khususnya anak tuntung amat mudah diancam oleh haiwan pemangsa seperti biawak, buaya sungai dan memerang.

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Makanan utama tuntung adalah tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di tepi sungai. Namun tuntung juga turut menggemari ikan kecil.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Anak tuntung berwarna kelabu dan yang dewasa berwarna coklat kekelabuan. Apabila tiba musim mengawan, warna kepalanya menjadi putih dan terdapat jalur merah di bahagian tepi mata, tetapi yang betina tidak berubah.[perlu rujukan]

Spesies tuntung banyak terdapat di Sungai Perak. Tuntung juga boleh dijumpai di Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.[perlu rujukan] Musim bertelur adalah dari bulan Oktober hingga Januari. Tuntung betina biasanya akan bertelur 2 kali setahun bergantung pada kekerapan pengawanan bersama tuntung jantan. Tuntung betina akan mendarat untuk bertelur di pantai-pantai atau muara sungai pada masa air surut di waktu malam. Tuntung betina biasanya mengorek lubang penetasan kira-kira pada kedalaman 50-70 sm.

Tuntung betina mengorek lubang penetasan dengan menggunakan kedua-dua kaki depannya dan mengambuskan kembali lubang dengan ekor dan kedua-dua kaki belakangnya.

Pantai tempat bertelur kebiasaannya terletak beberapa kilometer dari muara sungai tempat hidupnya. Telurnya berbentuk bujur dan menghasilkan 4 hingga 20 biji telur setiap kali bertelur. Telur-telur akan ditinggalkan dan tidak dijaga sama seperti penyu. Telur-telur tersebut akan menetas dalam tempoh lebih kurang 72 hari.

Konservasi dan pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Aktiviti pemuliharaan spesies tuntung kini merupakan salah satu agenda penyelamatan spesies hidupan liar yang bergerak aktif. Misalnya di Malaysia, aktiviti seperti ini diusahakan oleh PERHILITAN di Perak. Populasi tuntung di Malaysia khususnya di sekitar Sungai Perak mengalami kemerosotan yang teruk dalam tempoh 30 tahun; kini status tuntung berada dalam keadaan amat terancam dan hampir pupus.

Langkah konservasi tuntung yang diamalkan oleh Perhilitan negeri Perak biasanya bermula dari aspek pengutipan telur tuntung, pengeraman, penjagaan lepas menetas, pelepasan, penguatkuasaan dan pengawalan.

Tuntung betina yang telah bertelur di tepi muara akan meninggalkan telurnya begitu sahaja sebaik dikambus dengan pasir. Para pekerja Perhilitan akan bertanggungjawab untuk memantau dan mengawal kawasan pendaratan tuntung dengan lebih kerap bagi mengelakkan telurnya daripada dicuri. Seawal pukul 7.20 pagi, pekerja Perhilitan akan pergi ke kawasan pendaratan tuntung untuk melihat dan memeriksa sama ada terdapat telur tuntung yang tertanam. Tapak bertelur yang mengandungi telur akan dikorek dan dikeluarkan telurnya dengan berhati-hati. Semua telur dipindahkan ke pusat rehabilitasi tuntung di tepi Sungai Perak, Bota Kanan, Perak.

Telur tuntung yang telah dikutip akan dieram di tapak eraman khas yang berpasir dan bersangkar. Tuntung yang berjaya menetas akan dijaga rapi dan diletakkan dalam besin untuk dibiarkan berenang dengan bebas. Setiap anak tuntung pada mulanya akan diberikan makanan palet yang berzat penuh dengan mineral dan multivitamin bagi membolehkan ia membesar dengan cepat dan sihat. Tuntung yang telah berumur 1-2 tahun akan diberikan makanan mengikut diet semula jadinya seperti ikan kecil dan bayam segar. Sayur tersebut akan dinyahracun bagi mengelakkan tuntung cepat sakit dan mati. Pemberian makanan biasanya dilakukan pada pukul 10.00 pagi.

Kolam tuntung akan sentiasa dibersihkan sekerap mungkin iaitu seminggu sekali bagi mengelakkan jangkitan penyakit. Tuntung yang sudah berumur 2 tahun dan ke atas biasanya akan dimasukkan mikrocip pengesan, ini bagi membolehkan tuntung dikesan apabila dilepaskan ke habitat asalnya.

Kos penyelenggaran dan perbelanjaan pemuliharaan dan pemeliharaan tuntung dianggarkan memakan belanja sehingga RM 85,000 setahun. Tuntung di Malaysia merupakan haiwan eksotik perlindungan penuh dibawah Akta Hidupan Liar 2010 yang melarang mana-mana orang dari menangkap, memakan, menjual tuntung dan telurnya.

Pusat Konservasi Tuntung

[sunting | sunting sumber]

Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung di Bota, Perak terletak di Kampung Bota Kanan, daerah Perak Tengah iaitu kira-kira 50 km dari Bandar Ipoh.[6] Pusat yang ditubuhkan pada 1968 adalah sama dengan majlis yang berlangsung pada tahun 1630-an di mana Sultan Perak ketika itu Sultan Mudzaffar Shah II melepaskan tuntung ke Sungai Perak. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memulihara tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur.

Tuntung sungai (Batagur baska) dan tuntung laut (Batagur borneoensis) merupakan spesies reptilia yang di pelihara di kolam-kolam pembiakan di pusat konservasi ini. Spesies tuntung ini dipelihara dan dibiakkan bagi mengelak kepupusan akibat aktiviti-aktiviti pengambilan pasir sungai yang tidak terkawal. Pasir sungai merupakan komponen utama di dalam habitat semula jadi spesies ini.

Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan merupakan pusat pemuliharaan tuntung yang terbesar dengan bilangan mencapai 1356 ekor. Selain menjadi kawasan bagi pemuliharaan, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara terutamanya bagi pelajar-pelajar yang meminati spesies hidupan liar ini.

Telur-telur tuntung yang diperolehi pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat pemuliharaan. Tempoh masa pengeraman telur-telur tuntung ini antara 75 hingga 100 hari. Terdapat sepuluh buah kolam pembiakan tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung tertua yang terdapat di sini berusia 37 tahun.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Das, Indraneil (1989) "Batagur baska in Orissa" Hamadryad: The Journal of the Madras Crocodile Bank Trust 14(1): 2-3
  • Gray,J.E. (1857) "Notice of some Indian tortoises (including the description of a new species presented to the British Museum by Professor Oldham)" Annals and Magazine of Natural History 19(2): 342-344
  • Platt, S.G.; Bryan L. Stuart; Heng Sovannara; Long Kheng, Kalyar and Heng Kimchhay (2003) "Rediscovery of the critically endangered river terrapin, Batagur baska, in Cambodia, with notes on occurrence, reproduction, and conservation status" Chelonian Conservation and Biology 4(3): 691
  1. ^ Praschag, P.; Singh, S. (2019). "Batagur baska". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T97358453A2788691. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-1.RLTS.T97358453A2788691.en. Dicapai pada 18 November 2021.
  2. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. ^ Rhodin, Anders G.J.; van Dijk, Peter Paul; Inverson, John B.; Shaffer, H. Bradley; Roger, Bour (2011-12-31). "Turtles of the world, 2011 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status" (PDF). Chelonian Research Monographs. 5. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-01-31.
  4. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 212–213. doi:10.3897/vz.57.e30895. S2CID 87809001. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2011-05-01. Dicapai pada 29 Mei 2012.
  5. ^ Batagur baska. Sistem Maklumat Biodiversiti Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/20819. [Didapat kembali 03 Julai 2023]
  6. ^ Kenali haiwan dua alam di Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung Bota Kanan oleh Suhaila Megat

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]