[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Trak makanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Trak-trak makanan di Johor Bahru, Johor, Malaysia

Trak makanan atau kendera saji ialah kenderaan bermotor yang berkelengkapan untuk menyediakan, memasak dan / atau menjual makanan kepada orang ramai di persekitaran luar;[1][2] makanan ini baik disediakan secara beku atau terbungkus; mahupun dimasak terlebih dahulu sebelum dihidangkan baik dalam kenderaan itu sendiri (yang mempunyai dapur) mahupun dalam bangunan komersial yang membekalkan makanan jajaan tersebut. Makanan yang dijual dari kenderaan-kenderaan ini seringkalinya daripada yang jenis segera mahupun mengkhusus kepada masakan budaya tertentu.[3]

  1. ^ "food truck". Oxford Dictionaries. Dicapai pada 12 December 2014.
  2. ^ "Mobile Food Truck". www.saskatoon.ca/business-development/business-licenses. Saskatoon. Dicapai pada 24 Ogos 2019.
  3. ^ Lempert, Phil (25 Oktober 2010). "Evolution: The Time for Food Trucks Has Arrived!". Supermarket News. Dicapai pada 21 Februari 2015.