Tanah Kubur (drama)
Tanah Kubur | |
---|---|
Genre | Keislaman |
Format | Drama |
Ditulis oleh | Rashid Sibir Basri Musa Nora Sham Hajis Sipir |
Pengarah | Rashid Sibir |
Dibintangi oleh | Telefilem:
Drama:
|
Lagu pembukaan | "I’tirof" oleh Raihan dan Yasin Sulaiman (Musim 1-4) |
Lagu penutup | "I’tirof" oleh Raihan dan Yasin Sulaiman (Musim 1) "Takbir Cinta" oleh Yasin Sulaiman dan Amy Search (Musim 2-12) "Innalillah" oleh Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan (Musim 13) "Ya Allah" oleh Hafiz Hamidun (Musim 16) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 16 |
Bilangan episod | 212 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Opera Klasik Sdn Bhd |
Penerbit | Nurul Huda Azizi Lee |
Penyunting |
|
Lokasi | Lembah Kelang dan Melaka |
Sinematografi |
|
Tempoh siaran | 90 minit (telefilem) 25 minit (drama) |
Syarikat penerbitan | Opera Klasik Sdn Bhd, |
Penyiaran | |
Saluran asal |
|
Siaran asal | 13 Mei 2011 | – 17 November 2023
Rancangan berkaitan |
|
Tanah Kubur merupakan sebuah siri drama dan telefilem Malaysia arahan Rashid Sibir yang disiarkan di Astro Prima manakala siri televisyennya disiarkan di Astro Oasis[2] Ia mengisahkan seorang hartawan yang kaya-raya hidup dengan penuh kemewahan. Apabila beliau meninggal dunia, segala kemewahan yang beliau kecapi semasa hayatnya tidak dapat menolongnya melainkan pengharapan kepada orang lain. Lebih menyedihkan apabila jenazah beliau tidak dapat dikebumikan di daerah tempat tinggal beliau oleh kerana tiada tanah kubur untuk beliau.
Versi siri televisyen ini dibintangi oleh Nasir Bilal Khan yang menjadi teraju utama keseluruhan musim.[3] Dengan jumlah sebanyak 16 musim dan 212 episod, Tanah Kubur menjadi siri drama keagamaan yang paling lama bersiaran di televisyen Malaysia. Sebuah siri drama meranting daripada cerita pokok drama ini iaitu Tok Adi bersiaran di Astro Prima dan Astro Oasis.[4][5]
Plot
[sunting | sunting sumber]- Permulaan
Cerita bermula sewaktu Datuk Fadhli sedang bersarapan sambil membaca akhbar yang menulis mengenai beliau seorang dermawan utama di Malaysia dan merasa bangga dengan kenyataan tersebut. Isteri beliau Datin Yvonne juga merasa bangga denga kejayaan suami beliau.
- Perkembangan
Di pejabat, Datuk Fadhli menemui rakan kongsi beliau Datuk Zahrul. Mereka berbincang mengenai bisnes dan keuntungan sama rata yang bakal mereka peroleh jika projek berjaya. Dalam masa yang sama, Datuk Fadhli mahukan tandatangan Datuk Fadhli di atas sebuah perjanjian yang kononnya untuk sewa-beli projek. Tanpa memikir panjang, Datuk Fadhli menandatangani dokumen tersebut.
- Konflik
Konflik bermula apabila Datuk Fadhli tiba-tiba rebah di pejabat. Rakannya Datuk Zahrul membawanya ke hospital dan kemudian ke banglonya setelah doktor mengesahkan Datuk Fadhli telah meninggal dunia. Apabila Datin Yvonne pulang, beliau amat meratapi kematian suaminya.
Ketika jenazah masih di ruang tamu, mereka yang lain sibuk menguruskan harta peninggalan. Tukang kebun beliau Pak Mat lah yang menguruskan jenazah dalam menyembahyangkan dan segalanya. Anak Datuk Fadhli, Azlan yang baru pulang dari Amerika Syarikat mempersoalkan jenazah bapanya yang hanya dikafankan dengan kain putih sedangkan di Amerika, mereka yang mati dipakaikan sut dan kelengkapan mewah.
Ketika rakan taulan dan sanak isteri yang jahil tentang pengurusan jenazah, imbasan metafora diselitkan dengan kerjaya dan perlakuan Datuk Fadhli menjalankan perniagaannya. Ketika ini, penonton akan mendapati kesalahan yang telah Datuk Fadhli lakukan demi mengejar kekayaan dan kesenangan tanpa memikirkan hari kematian.
- Klimaks
Amat mengejutkan apabila selesai solat jenazah, imam meminta diri tanpa mengiringi jenazah ke kuburan. Apabila ditanya Pak Mat, imam menjawab jenazah Datuk Fadhli tidak dikuburkan ditempat tersebut kerana tanah kubur yang sedia kosong sudah ditempah oleh jemaah lain. Mereka mempersoal tetapi imam menjawab beliau hanya menjalankan tugas.
Pak Mat membuat keputusan untuk mengebumikan Datuk Fadhli di kuburan kampungnya yang terletak di Johor.
Ketika perjalanan, van jenazah yang membawa jenazah Datuk Fadhli diganggu oleh dua pelumba haram menyebabkan jenazah beliau dihempap keranda. Lebih menyedihkan ketika hendak dikebumi, lahad menjadi kecil dan dipenuhi air. Setelah Pak Mat berdoa memohon agar dipermudahkan urusan pengebumian, Allah makbulkan.
- Peleraian
Datin Yvonne yang kini tidak mempunyai tempat tinggal setelah banglonya ditukar milik kepada milik syarikat diminta Pak Mat supaya tinggal bersama adiknya di Johor.
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]Telefilem
[sunting | sunting sumber]- M. Rajoli sebagai Pak Mat
- Yusni Jaafar sebagai Mak Som
- Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Datuk Fadzli
- Azean Irdawaty sebagai Datin Yvonne
- Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Zahrul
- Azizah Mahzan sebagai isteri Datuk Zahrul
- 'Burn' Bakar sebagai Datuk Yong
- Ako Mustapha sebagai Azlan
- Fahrin Ahmad sebagai Peguam Fahmi
- Roslan Saleh sebagai Imam
- Rosnah Mat Aris sebagai rakan Datin Yvonne
Drama
[sunting | sunting sumber]- Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi (Musim 1-16)
- Fauziah Nawi sebagai Mak Teh (Musim 1)
- Talha Harith sebagai Ezal (Musim 2, 5-14)
- Syafiq Kyle sebagai Johan (Musim 3-10, 13)
- Hamidah Wahab sebagai Rosnah (Musim 3-16)
- Meor Mohd sebagai Adam (Musim 9-14)
- Mohd Syahir Aniq sebagai Yunos (Musim 1-16)
- Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Moin (Musim 3-10, 12-14)
- Hirzi Jalil sebagai Fuad (Musim 10)
- Adam Lee sebagai Jamal (Musim 10)
- Md Rasyeed Ahmad sebagai Angah (Musim 9-11)
- Ejal Jalal sebagai Kamil (Musim 9-11)
Tayangan
[sunting | sunting sumber]Drama ini ditayangkan kali pertama oleh Astro Ria dan kemudian ditayang kembali di Astro Prima. Kini, Astro Oasis merupakan saluran yang menyiarkan drama berbentuk keislaman dan keinsafan. Astro mendapat hak penuh menyiarkan drama tersebut disaluran miliknya. Tayangan pertama telefilem ini adalah pada tahun 2004.[6]
Siri drama Tanah Kubur disiarkan di Astro Oasis bermula sejak 13 Mei 2011 dan diterbitkan sebanyak 16 musim dan 212 episod. Ia dibintangi oleh Nasir Bilal Khan yang memegang watak sebagai Tok Adi, seorang penggali kubur yang berdepan dengan pelbagai kejadian aneh semasa menguruskan jenazah si mati, setiap episod menampilkan beberapa pelakon undangan. Kesinambungan drama ini diikuti oleh dua telefilem berikutnya, Tanah Kubur: Syawal dan Tanah Kubur: Ummah Jahiliah.
Episod
[sunting | sunting sumber]Terbitan turunan
[sunting | sunting sumber]Tok Adi, sebuah siri terbitan turunan (spin-off) Tanah Kubur, telah bersiaran di Astro Oasis bermula 5 Mac 2018 dan berakhir pada 7 Mei 2018, dengan Nasir Bilal Khan kembali menjayakan peranannya sebagai Tok Adi. Drama ini turut dibintangi oleh Usop Wilcha, Izzue Islam, Fouziah Gous dan Shera Aiyob.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Syafiq Kyle Mahu Lari Dari Imej “Tanah Kubur” mStar. (10 Disember 2013). Diakses pada 13 Ogos 2016.
- ^ Wahida Othman (25 Oktober 2011). "Tanah Kubur bukan untuk menakutkan penonton - Rashid Sibir". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2011. Dicapai pada 16 Februari 2014.
- ^ Wahida Othman (13 Mei 2011). "Nasir Bilal Khan kembali menggali kubur". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2011. Dicapai pada 16 Februari 2014.
- ^ Aqmar Mustaza (14 Februari 2018). "Tok Adi penggali kubur kembali..." Sinar Harian. Dicapai pada 5 Mac 2018.
- ^ "Watak 'Tok Adi' Beri Kesan Kepada Masyarakat". Malaysian Access. 26 September 2015. Dicapai pada 5 Mac 2018.
- ^ Roni Hidayat Ridwan (13 Februari 2012). "Rekod rating Tanah Kubur". Kosmo!. Dicapai pada 5 Mac 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- YouTube - Tanah Kubur Abdullah Abdullah