[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Timurlang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Tamerlane)
Timur
Patung kepala ukiran Mikhail Mikhaylovich Gerasimov berdasarkan tengkorak tinggalan
Pemerintahan9 April 1370– 14 Februari 1405
Pertabalan9 April 1370, Balkh [2]
Nama penuhShuja-ud-din Timur[3]
Keputeraan9 April 1336 [2]
Tempat keputeraanKesh, Khanate Chagatai (kini Uzbekistan)
Mangkat19 Februari 1405 (umur 68)
Tempat mangkatOtrar, Farab, berdekatan Shymkent, Syr Darya (kini Kazakhstan)
DimakamkanGur-e-Amir, Samarkand
PendahuluAmir Hussain
PenggantiKhalil Sultan
PasanganSaray Mulk Khanum
Chulpan Mulk Agha
Aljaz Turkhan Agha
Tukal Khanum
Dil Shad Agha
Touman Agha
seoranh lagi isteri
AnakandaMiran Shah
Shahrukh Mirza
Kerabat dirajaBarlas Timur
AyahandaMuhammad Taraghai
BondaTekina Mohbegim
AgamaIslam
Tamerlane

Timurlang[a] (Parsi: تيمور لنگ Temūr(-i) Lang; Templat:Lang-chg Aqsaq Temür,[5] 'Timur yang Tempang'; bahasa Inggeris: Tamerlane), Timūr Gurkānī[b] (Templat:Lang-chg Temür Küregen)[7] atau nama ringkasnya Timur (Templat:Lang-chg Temür 'Besi'; 9 April 1336 – 14 Februari 1405) adalah orang Turki yang terkenal pada abad ke-14 sebagai penakluk dan pemerintah di Asia Tengah, terutamanya sebagai pengasas Empayar Timuriyah di selatan Rusia dan Parsi.[8][9]

Pemerintahan baginda dilihat banyak menyatupadukan Asia Tengah dengan kuat kepada dunia Islam sehingga ada mendapat pujian dalam penulisan sejarah berpengaruh Ibnu Khaldun;[10] namun baginda amat dibenci di tanah-tanah Arab, Parsi dan India kerana kehancuran dan malapetaka yang menimpa dala penaklukannya terutamanya pemusnahan kota Baghdad dan Damsyik. Pandangan terhadapnya dalam kalangan masyarakat Eropah: ada kerajaan yang melihatnya sebagai suatu sekutu tetapi ada juga yang melihatnya sebagai ancaman kepada Eropah.[11]:341

Makam Tamerlane Gur Amir di Samarkand

Keputeraan

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kesh, lebih terkenal sebagai Shahr-i-Sabz, 'bandar hijau,' terletak sekitar 50 batu ke selatan Samarkand di Uzbekistan moden.[12]

Bapanya Teragai merupakan ketua kaum Barlas. Cicit kepada Karachar Nevian (menteri kepada Chagatai Khan, anak kepada Genghis Khan, dan panglima tentera pasukannya),[13] dan menonjol antara kaumnya sebagai yang pertama memeluk Islam, Teragai mungkin mewarisi pangkat tinggi tentera; tetapi seperti bapanya Burkul dia menggemari kehidupan bersara dan belajar.

Dibawah jagaan rapi, Timur ketika berusia dua puluh tahun bukan sahaja mahir bersukan luar tetapi mendapat reputasi sebagai pembaca tekun Al-Quran.[14] Pada tempoh ini, dia menunjukkan sifat lembut dan mudah simpati.

Peluasan kuasa

[sunting | sunting sumber]

Timur menghabiskan selama 35 tahun berperang dan bertempur untuk meluaskan kuasanya menakluk kawasan-kawasan milik saingan baginda pada kemuncaknya menuju menghampiri Laut Kaspia serta tebing-tebing sungai Ural dan Volga di sebelah barat sampai seluruh tanah Parsi termasuk Baghdad dari Ilkhanat, Karbala dan utara Iraq.[15]

Penaklukan Anatolia

[sunting | sunting sumber]

Timur menumpaskan bala tentera Sultan Bayezid di Ankara pada 20 Julai 1402.

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 1404, Timurlang mula bergerak menuju kerajaan Ming China untuk memulakan peperangan di sana serta menahan seorang duta kerajaan tersebut. Baginda mengalami suatu kegeringan semasa dalam persinggahan di bandar Farab kawasan hulu sungai Syr Darya (kini Otrar di Kazakhstan moden); beliau mangkat di sana pada 17 Februari 1405.[16][17] Cucundanya Khalil Sultan melepaskan para tahanan Ming ini tidak lama selepas kemangkatan ini.[18]

Menurut catatan duta kerajaan Castilla Ruy González de Clavijo, mayatnya dimandikan kesturi dan air mawar serta dikafankan untuk dibawa ke Samarkand.[19] Sebuah makam didirikan untuk menempatkan jenazahnya yang masih berdiri teguh di sana sehingga hari ini iaitu Gur-e-Amir.[20]

  1. ^ Nama yang digunakan dalam manuskrip Bustanus al-Salatin[4]
  2. ^ To legitimize his rule, Timur claimed the title Guregen (har. 'royal son-in-law') when he married Saray Mulk Khanum, a princess of Chinggisid descent.[6]
  1. ^ Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. 9. Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. 1847. m/s. 377.
  2. ^ a b Muntakhab-ul-Lubab, Khafi Khan Nizam-ul-Mulk, Vol I, p. 49. Printed in Lahore, 1985
  3. ^ W. M. Thackston, A Century of Princes: Sources on Timurid History and Art, (1989), p.239
  4. ^ Nuruddin al-Raniri (1638–1643). Bustan al-Salatin. Dicapai pada 30 Julai 2021 – melalui Malay Concordance Project, Universiti Nasional Australia.CS1 maint: date format (link)
  5. ^ Johanson, Lars (1998). The Turkic Languages. Routledge. m/s. 27. ISBN 0-415-08200-5.
  6. ^ Manz 1999, m/s. 14.
  7. ^ Heissig, Walther; Sagaster, Klaus (1989). Gedanke und Wirkung: Festschrift zum 90. Geburtstag von Nikolaus Poppe. m/s. 115. ISBN 9783447028936.
  8. ^ "The Rehabilitation Of Tamerlane". Chicago Tribune. 17 January 1999.
  9. ^ J.J. Saunders, The history of the Mongol conquests (page 174), Routledge & Kegan Paul Ltd., 1971, ISBN 0812217667
  10. ^ Frances Carney Gies (September–October 1978). "The Man Who Met Tamerlane". Saudi Aramco World. 29 (5). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2011. Dicapai pada 26 July 2011.
  11. ^ Knobler, Adam (November 1995). "The Rise of Timur and Western Diplomatic Response, 1390–1405". Journal of the Royal Asiatic Society. Third Series. 5 (3): 341–349. doi:10.1017/s135618630000660x.
  12. ^ Manz, Beatrice Forbes (1988). "Tamerlane and the symbolism of sovereignty". Iranian Studies. 21 (1–2): 105–122. doi:10.1080/00210868808701711. JSTOR 4310596.
  13. ^ Justin Marozzi (2006). Tamerlane: Sword of Islam, Conqueror of the World. Da Capo Press. m/s. 342. ISBN 978-0-306-81465-5.
  14. ^ Richard C. Martin, Encyclopedia of Islam and the Muslim World A-L, Macmillan Reference USA, 2004, ISBN 978-0-02-865604-5, p. 134.
  15. ^ Goldsmid 1911, m/s. 994.
  16. ^ Adela C.Y. Lee. "Tamerlane (1336–1405) – The Last Great Nomad Power". Silkroad Foundation. Dicapai pada 22 May 2012.
  17. ^ Tsai 2002, m/s. [ 161].
  18. ^ Tsai 2002, m/s. [ 188–189].
  19. ^ James Louis Garvin, Franklin Henry Hooper, Warren E. Cox, The Encyclopedia Britannica, Volume 22 (1929), p. 233
  20. ^ Abdulla Vakhabov, Muslims in the USSR (1980), p. 63-4

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]