[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Wikipedia:ProveIt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
ProveIt
Pembuat asalKurt Luther,
Matthew Flaschen,
Terris Johnson,
Amy Bruckman,
Andrea Forte,
Christopher Jordan
PembangunSophivorus
Ditulis dalamJavaScript, CSS
JenisWikimedia gadgetMediaWiki userscript
GenreGajet Mediawiki
LesenCC BY-SA 3.0 dan GPLv2
Pautan berkaitan
Tapak webcommons.wikimedia.org/wiki/Help:Gadget-ProveIt
Repositoriphabricator.wikimedia.org/diffusion/WGPI/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

ProveIt (/ pruːvɪt /) adalah alat yang memudahkan untuk mencari, menyunting, menambah, dan memetik rujukan apabila menyunting rencana-rencana Wikipedia. Rujukan adalah tugas utama di Wikipedia, tetapi prosesnya sering sukar kerana templat kutipan (seperti Templat:Cite book) adalah rumit. ProveIt menyederhanakan proses dengan menambahkan antara muka pengguna pintar dan mudah apabila menyunting sebarang rencana. Anda berurusan dengan antara muka pengguna, dan ProveIt menguruskan hal berkaitan dengan teks wiki.

Anda boleh mengaktifkan alat tersebut dengan pergi ke bahagian Penyuntingan di bawah tab alat dalam pilihan anda, atau anda boleh mencuba demo terlebih dahulu dengan mengklik di sini.

Sekiranya anda mendapati seberang masalah pepijat atau ingin meminta ciri, anda boleh melakukannya di laman perbincangan.

Sila lawati halaman dokumentasi di Commons untuk maklumat lanjut dan senarai penyumbangnya. (Versi Bahasa Melayu dalam pembangunan)

Kotak pengguna

[sunting sumber]

Sekiranya anda mendapati alat ini berguna dan ingin membantu menyebarkannya, anda boleh menambah kotak pengguna Provelt ke halaman pengguna anda dengan templat dibawah (boleh diakses dengan mod Sunting). Melakukannya juga akan menambah anda kepada Kategori:Templat ProveIt yang menggunakan ProveIt.

Pengguna ini memudahkan rujukan Wikipedia dengan ProveIt.

Saya sebagai penyelia untuk alat ini di Wikipedia BM, jika mahu menggunakannya juga, sila "copy" (salin) dan "refresh" (segar semula) pelayar (browser) anda, dan selepas itu "paste" (tampal) dalam kota suntingan dan akhir sekali, tekan hantar. Buat masa ini, ProveIt Wikipedia BM masih dalam pembangunan dan pembetulan dari beberapa masalah teknikal. -(SNN95)