[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Quincy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Quincy dengan busur uniknya

Quincy 滅却師 (kuinshī, dieja dengan kanji yang bermaksud "rahib pemusnahan") merupakan pemburu semangat dalam siri manga dan anime Bleach. Pada asalnya, Quincy ialah campuran daripada mereka yang terselamat daripada serangan hollow dan mereka yang telah kehilangan orang tersayang kepada Hollow. Puak Quincy telah membangkitkan kuasa luar biasa untuk memburu dan membunuh Hollow sebelum mereka menyerang manusia (dan yang telah pun berbuat demikian). Quincy juga mempunyai kebolehan untuk mengawal tenaga semangat. Mereka juga hampir-hampir pupus angkara gerakan penyingkiran shinigami kira-kira 200 tahun sebelum jalan cerita utama Bleach bermula. Kini, hanya Ishida Uryū dan ayahnya, Ishida Ryūken merupakan keturunan kepada puak Quincy.

Gambaran umum

[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti shinigami yang menggunakan pedang sebagai senjata utama, senjata Quincy ialah sepasang busur dan panah. Senjata ini dibina daripada zarah-zarah semangat yang diserap daripada persekitaran, tidak seperti shinigami yang bergantung kepada tenaga semangat masing-masing. Quincy juga mempunyai benang semangat yang berwarna putih seperti manusia biasa manakala benang semangat shinigami berwarna merah. Busur Quincy diseru dengan menggunakan sejenis artifak yang dikenali sebagai Salib Quincy. Satu-satunya batasan kepada kebolehan seorang Quincy untuk membina dan menembak panah adalah stamina dan keupayaan mereka untuk menyerap zarah-zarah semangat. Quincy juga mempunyai beraneka jenis alatan yang boleh meningkatkan kuasa atau berfungsi sebagai senjata kedua.

Satu lagi kontra antara shinigami dengan Quincy adalah cara kombat. Shinigami membersihkan jiwa hollow, yakni mengekalkan keseimbangan di antara dunia nyata dan dunia semangat tetapi Quincy memusnahkan "hollow" secara langsung. Jika hal ini dibiarkan, keseimbangan antara dua dunia tersebut akan terjejas, sekaligus membahayakan penghuni-penghuninya. Ancaman ini menjadi punca utama tercetusnya peperangan shinigami-Quincy yang berakhir dengan kemenangan shinigami dan kematian kebanyakan ahli daripada puak Quincy. Waris kepada puak ini diawasi dengan ketat walaupun bilangan Quincy terus berkurangan dengan masa. Kemudiannya, Quincy berpendapat bahawa memandangkan mereka masih berada dalam kalangan komuniti hidup dan belum pupus sepenuhnya, mereka boleh bertindak sebagai "petindak pertama" kepada serangan hollow. Maka, Quincy juga dapat memainkan peranan mereka sebagai pelindung kepada manusia sehinggalah shinigami berupaya menghantar wakil untuk menghapuskan hollow tersebut. Tetapi, oleh sebab kerapuhan hubungan antara kedua-dua kaum tersebut rentetan daripada peperangan shinigami-Quincy, para shinigami menolak cadangan tersebut. Hal ini menyebabkan Ishida Uryū, rakan sekelas Ichigo dan juga seorang Quincy, memendam kemarahan terhadap shinigami kerana datuknya (perunding terakhir kepada rancangan Quincy tersebut) telah dibunuh oleh sekumpulan hollow sebelum shinigami tiba ke tempat kejadian.

Kontra terakhir antara Quincy dengan shinigami adalah pilihan mereka dalam isu seragam. Shinigami memakai hakama hitam tradisional yang longgar manakala seragam Quincy berwarna putih, berkolar tinggi dan lebih ketat. Maka, Quincy seolah-olah mempunyai stail Barat atau asing jika dibandingkan dengan shinigami. Satu lagi motif jelas yang berulangan bagi puak Quincy ialah simbol salib yang sering tertera pada seragam dan artifak yang digunakan. Malah, salib ini tidak selalunya sama dengan individu Quincy yang lain (Uryū menggunakan salib Celtic sementara Ryūken menggunakan bintang lima bucu). Salib berbucu enam juga pernah dijahit pada pakaian Uryū suatu ketika dahulu.

Quincy yang dikenali

[sunting | sunting sumber]
  • Ishida Uryū (石田 雨竜)
  • Ishida Ryūken (石田 竜弦) - Disuarakan oleh: Ken Narita (Bahasa Jepun), Michael McConnohie (Bahasa Inggeris)

Ryūken ialah anak lelaki kepada Ishida Sōken dan ayah kepada Ishida Uryū. Dia juga merupakan pengarah kepada Hospital Karakura dan dikenali sebagai Quincy Terakhir, satu status yang turut diakui oleh anaknya. Ryūken dipaparkan sebagai seorang yang dingin, mementingkan kerjaya dan renggang dengan ayah dan anaknya. Dia benci akan puak Quincy dengan justifikasi bahawa identiti itu tidak memberikan wang saraan dan dia lebih rela menyelamatkan orang hidup daripada yang telah mati. Dia juga menyatakan bahawa puak Quincy akan berakhir dengan kematian generasi Sōken. Oleh itu, dia mengarahkan Uryū agar tidak mengikut jejak langkah datuknya. Pegangan ini menyebabkan Ryūken berbeza daripada watak-watak Bleach yang lain; mereka yang sedar akan kewujudan dunia semangat biasanya mendahulukan kepentingan dunia semangat daripada dunia nyata.

Selain itu, Ryūken juga bersahabat dengan Kurosaki Isshin; hubungan persahabatan mereka agak seiras dengan pertalian antara anak lelaki mereka. Ryūken sedar akan kuasa shinigami Isshin yang terpulih apabila Isshin melawat Ryūken dan mereka berdua saling bertukar petua mendidik anak. Urahara Kisuke juga nampaknya mengenali Ryūken dan identitinya.

Walaupun Ryūken berasa tidak senang akan statusnya sebagai seorang Quincy, dia sering berpakaian putih dan tali lehernya mempunyai sulaman salib biru sebagai satu lambang kepada puak Quincy. Dalam babak Bount (anime), salib biru boleh didapati pada dinding dan lantai hospitalnya. Sōken memberitahu Uryū (dalam satu imbasan kembali) bahawa Ryūken mempunyai motif tersirat yang masih belum dapat diselami oleh si kecil Uryū. Ryūken juga membantu Uryū memulihkan kuasa Quincy-nya dengan syarat anaknya tidak boleh bergaul dengan shinigami lagi, walaupun mereka merupakan kawannya.

Uryū berasa terkejut kerana walaupun Ryūken benci akan puak Quincy, kemahiran ayahnya sebagai seorang kombatan adalah sangat tinggi. Malah, tahap kemahirannya melepasi Uryū yang dianggap sebagai genius oleh saintis shinigami, Kurotsuchi Mayuri yang suatu ketika dahulu gemar membuat kajian tentang puak Quincy. Ryūken juga menguasai semua skill dan teknik yang dicipta oleh puaknya memandangkan dialah yang mewarisi kuasa ayahnya dan Salib Quincy. Semasa dia diperkenalkan buat pertama kali dalam babak Arrancar, Ryūken menewaskan dua arrancar yang tidak lengkap dengan tiga panahan; satu untuk menyelamatkan Uryū dan dua lagi untuk menghapuskan arrancar tersebut. Dia juga telah membina satu bilik rahsia sebagai lokasi latihan di bawah Hospital Karakura yang mampu menyembunyikan kehadiran tenaga semangat.

Seperti Quincy lain, Ryūken menggunakan busur sebagai senjata utamanya. Dia juga mempunyai pengetahuan yang terperinci berkenaan dengan hollow dan keupayaan mereka, seperti penjanaan semula pada kadar yang tinggi. Tetapi, Ryūken berbeza daripada Quincy lain kerana dia boleh mengubah saiz busurnya dan memanah beberapa panah secara serentak. Dia juga boleh memanah dengan satu tangan sahaja pada kelajuan yang tinggi. Busurnya berwarna putih dan bukannya biru. Dalam anime, busurnya kelihatan lebih nyata dan metalik jika dibandingkan dengan busur Quincy lain. Ryūken menggunakan bintang berbucu lima untuk menyeru busurnya walaupun artifak ini masih dipanggil Salib Quincy (滅却十字, mekkyaku jūji).

  • Ishida Sōken (石田 宗弦)

Merupakan mentor kepada anaknya dan cucu, Uryū. Sōken (dilahirkan pada Mac 22) ialah seorang lelaki tua yang murah hati dan disanjung tinggi oleh Uryū. Dia berdakwah tentang pelbagai falsafah Quincy yang menegaskan kerjasama antara Quincy dengan shinigami supaya Quincy boleh bertindak sebagai "petindak pertama" untuk melindungi manusia sementara menunggu ketibaan shinigami. Dia dibunuh oleh hollow dan pasukan shinigami yang patut bertolak ke tempat kejadian telah ditahan oleh Kurotsuchi Mayuri supaya dia boleh membuat kajian terhadap semangat Sōken. Kematiannya menjadi punca utama Uryū membenci shinigami. Tetapi, selepas mengetahui hakikat di sebalik konspirasi ini, kebencian Uryū terhadap shinigami berkurangan.

Pertarungan

[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti shinigami yang menggunakan kuasa semangat dalaman untuk bertarung, Quincy menyerap tenaga semangat daripada persekitaran. Mereka biasanya menyerap tenaga semangat daripada atmosfera dan dapat berbuat demikian dengan lebih mudah di kawasan yang tepu dengan zarah-zarah semangat seperti Soul Society dan Hueco Mundo. Kepada seorang Quincy berkemahiran tinggi, kedua-dua zarah semangat dan tenaga semangat boleh bertindak sebagai sumber kuasa. Quincy juga boleh menggunakan tenaga yang dikumpul oleh mereka atau menggunakan tiub perak yang diisi dengan tenaga semangat (gintō) untuk melakukan pelbagai teknik offensif, sokongan dan pertahanan seperti kidō shinigami.

Kuasa Quincy boleh dipertingkat dengan menggunakan sarung tangan sanrei (散霊). Seseorang Quincy perlu menjalani latihan intensif selama seminggu untuk menggunakan sarung tangan itu. Ia beroperasi dengan menolak zarah semangat. Sebagai akibatnya, Quincy itu menghadapi kesukaran dalam menyeru busurnya. Quincy yang berjaya menggunakan kuasa mereka dengan memakai sarung tangan ini dapat meninggikan keupayaannya dengan drastik. Latihan ini juga merupakan asas kepada bentuk terakhir Quincy.

Seorang Quincy yang memakai sarung tangan sanrei boleh menanggalkannya pada saat-saat bahaya dan memasuki satu tahap yang dikenali sebagai tahap terakhir Quincy. Dengan menanggalkan artifak ini, dia akan memperoleh peningkatan kuasa secara mendadak yang diiringi dengan perubahan fizikal. Dalam bentuk ini, Quincy itu akan menyerap tenaga daripada persekitaran pada kadar yang amat tinggi sehingga mereka boleh merobohkan binaan yang diperbuat daripada zarah semangat. Maka, dia mampu bertarung dengan kekuatan dan kelajuan maksimum sehingga mampu menewaskan seorang kaptan shinigami. Tetapi, bentuk ini mempunyai keburukannya. Memandangkan tiada tubuh manusia boleh menampung kuasa dalam kuantiti sebanyak itu, selepas tempoh tertentu, badan Quincy itu akan mengurung dirinya daripada segala kuasa semangat untuk melindungi sifatnya sekaligus menghapuskan keupayaannya sebagai seorang Quincy. Bentuk terakhir ini digunakan sebagai langkah terakhir kerana prosedur untuk mengembalikan kuasa yang telah hilang itu sangat berisiko.

Satu-satunya kaedah untuk memperoleh kuasa Quincy yang telah hilang selepas menggunakan bentuk terakhir adalah dengan meletihkan individu berkenaan dari segi fizikal dan mental, dan kemudiannya memanahnya dengan panah semangat 19 mm ke kanan jantungnya. Selepas ini, satu parut berbentuk bintang berbucu lima akan kelihatan di tempat panahan itu dan kuasanya akan terpulih.

Barangan Quincy

[sunting | sunting sumber]

Quincy mempunyai pelbagai artifak dan peralatan yang dapat membantu mereka.

  • Umpan hollow: Item ini kecil, berbentuk seperti syiling dan berfungsi untuk mengumpan hollow apabila dihancurkan. Apabila item ini digunakan oleh Uryū, umpan tersebut mempunyai kuasa yang cukup untuk menarik perhatian satu Menos Grande kelas Gillian dari Hueco Mundo. Tetapi, Uryū berkata bahawa umpan tersebut tidak sepatutnya begitu efektif.
  • Gelang Quincy (装身具, soushingu): Item ini diperkenalkan dalam babak Bount. Ia direka untuk meniru kuasa semula jadi seorang Quincy. Gelang ini berfungsi untuk menyerap zarah-zarah semangat dari persekitaran seperti yang dilakukan oleh mana-mana Quincy dalam pertarungan. Hanya mereka yang benar-benar mahir dalam membentuk dan mengawal zarah semangat mampu menggunakan gelang ini dengan baik. Apabila diaktifkan, ia membentuk satu busur besi di tangan penggunanya dan memberikan satu set pakaian Quincy yang bersesuaian dengan Quincy tersebut. Tetapi, gelang ini tidak stabil dan rapuh serta mudah pecah apabila digunakan secara berpanjangan. Busur yang dicipta itu pula mempunyai satu kelemahan yang besar; zarah semangat mesti dikumpul dan dicaj sebelum digunakan atau kuasa sebenar panah yang dibina tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Selain itu, panah yang dilepaskan itu tidak mempunyai hala tuju yang pasti - kadang-kadang ia boleh terpesong dari targetnya. Tambahan pula, apabila panah dilepaskan pada tahap kuasa maksimum, ia boleh meletup sekaligus memusnahkan penggunanya dan apa-apa di sekitarnya. Uryū berjaya mengatasi kebanyakan daripada masalah yang dinyatakan di atas dengan memaksa busurnya menggunakan kuasa dalaman sendiri dan bukannya zarah semangat dari persekitaran.
  • Salib Quincy (滅却十字, mekkyaku jūji): Salib ini ialah kelengkapan wajib kepada seorang Quincy kerana ia berperanan menumpukan kuasa semangat Quincy tersebut bagi menyeru busurnya. Ia tidak semestinya berbentuk salib memandangkan salib Quincy kepunyaan Ryūken berbentuk bintang berbucu lima.
  • Sarung tangan Sanrei (散霊手套, sanrei shutō): Sarung tangan ini merupakan artifak Quincy yang berkuasa tinggi yang berfungsi meningkatkan keupayaan seorang Quincy secara mendadak. Tetapi, untuk mencapai tahap tersebut, satu sesi latihan yang sukar dan bahaya (memakai sarung tangan Sanrei selama seminggu sambil melepaskan anak panah secara berterusan) perlu dijalani untuk belajar menguasainya. Fungsi sarung tangan ini adalah meneraburkan zarah semangat di sekitarnya.
  • Seele Schneider (魂を切り裂くもの, kon o kirisaku mono, bermaksud yang menghiris semangat, bahasa German untuk "penghiris semangat"): Seele Schneider pada dasarnya adalah sebatang panah yang juga boleh berfungsi sebagai sebilah pedang dalam kombat jarak dekat. Ia lebih panjang daripada panah biasa dan berfungsi seperti gergaji rantai - zarah semangat bilahnya bergetar pada frekuensi yang amat tinggi dan boleh merenggangkan ikatan molekul di antara mana-mana jirim (asas binaannya ialah zarah semangat) supaya penggunanya dapat menyerap zarah semangat yang terbebas itu. Uryū menjelaskan bahawa dengan menggunakan Seele Schneider, kuasa semangatnya dapat ditingkatkan. Sebenarnya, Seele Schneider yang digunakan Uryū dicuri dari sebuah bilik simpanan di bawah hospital ayahnya.
  • Tiub perak (銀筒, gintō): Tiub perak ialah kapsul kecil berisi cecair yang menyimpan tenaga semangat dan digunakan oleh Quincy untuk menjampi sebagaimana seorang shinigami menggunakan kidō. Jampi-jampi ini diaktifkan dengan kata-kata seruan tertentu.
  • Perak yang disintesis oleh semangat (霊化銀, reika gin): Digunakan oleh Ryūken untuk membina bilik rahsia di bawah hospitalnya yang digunakan sebagai pusat latihan anaknya.
  • Kaca yang disintesis oleh semangat (霊化硝子 reika gurasu): Seperti perak yang disintesis oleh semangat, kaca yang disintesis oleh semangat juga digunakan untuk membina bilik rahsia di bawah Hospital Karakura.

Teknik tiub perak

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai teknik yang menggunakan tiub perak (gintō):

  • Heizen (聖噬, haizen, bahasa Jerman untuk "haba"): Teknik ini membina satu jalur tenaga yang lutsinar dan berbentuk sisi empat daripada empat tiub perak untuk menghiris pihak lawan. Kata seruan untuk teknik ini ialah "Rasalah keberangan pertempuran dan terimalah piala suci ini - Gigitan Suci!" (大気の戦陣を杯に受けよ)
  • Gritz (五架縛, gurittsu): Teknik ini membina satu simbol bintang berbucu lima sebesar manusia yang mengurung sesuatu target. Ia diaktifkan dengan kata seruan "Sebatang rod perak meyerang katil batu berjari lima - Empat Rangka Pengurung!" (銀鞭下りて五手石床に堕つ)
  • Wolke (緑杯, vorukōru, bahasa Jerman untuk "awan"): Teknik ini menggunakan tiub perak untuk menghasilkan satu letupan. Walaupun teknik ini belum digunakan bagi tujuan ofensif, Uryū menggunakan teknik ini untuk melindungi dirinya daripada impak apabila dia jatuh. Ia diaktifkan dengan kata seruan "Condongkan gelas ini ke Barat - Gelas Zamrud!" (盃よ西方に傾け)
  • Sprenger (破芒陣, supurengeru, bahasa Jerman for "letupan"): Teknik ini memerlukan lima Seele Schneider untuk membentuk satu kalimat bersisi lima yang boleh mengakibatkan letupan besar di dalam sempadannya apabila diaktifkan. Seele Schneider berfungsi sebagai pengumpul yang menyerap zarah semangat secukupnya untuk menghasilkan letupan. Cecair di dalam tiub perak digunakan sebagai isyarat letupan. Persediaan yang perlu dilaksanakan bagi menggunakan teknik ini diikuti dengan masa yang diperlukan untuk Seele Schneider menyerap zarah semangat menyebabkan teknik ini tidak sesuai digunakan dalam pertarungan, kecualilah jika Quincy tersebut mempunyai seorang sekutu bersamanya untuk menangguhkan masa.

Teknik Quincy

[sunting | sunting sumber]

Quincy juga mempunyai teknik lain sebagai pelengkap kepada teknik penggunaan busur mereka.

  • Hirenkyaku (飛廉脚, bermaksud "skrin layang/langkah malaikat"): Satu analogi kepada shunpo shinigami dan sonido arrancar, hirenkyaku Quincy membenarkan penggunanya bergerak ke sesuatu tempat dalam jarak dekat dengan sekelip mata; mengikut Uryū, kelajuan hirenkyaku mengatasi shunpo tetapi idea ini disanggah oleh Kurotsuchi Mayuri. Untuk menggunakan teknik ini, penggunanya perlu mengumpul zarah semangat di bawah tapak kakinya dan meluncur di atasnya ke destinasi yang diingini. Teknik ini juga boleh digunakan untuk terapung di udara. Mayuri pernah memuji Uryū kerana berjaya menguasai teknik ini pada usia yang begitu muda. Hal ini seolah-olah menekankan bahawa hirenkyaku tidak mudah untuk dipelajari.
  • Ransōtengai (乱装天傀, bermaksud "boneka syurga buas"): Teknik peringkat tinggi ini membolehkan penggunanya mengawal anggota badannya dengan menggunakan bebenang tenaga semangat yang dikuasai oleh minda. Dengan menggunakan teknik ini, Quincy tersebut boleh mengawal badannya seperti boneka, termasuklah membenarkannya bergerak walaupun anggota tubuh sebenarnya telah lumpuh, patah atau tidak mampu bergerak lagi. Teknik ini pada asalnya dicipta untuk membolehkan Quincy uzur bertarung dengan lebih efektif dan nampaknya teknik ini jarang ditemui; Mayuri belum pernah bersemuka dengan seorang Quincy yang boleh menggunakan teknik ini walaupun telah mengkaji 2661 "spesimen" sebelum Uryū.