[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Pertempuran Dunkirk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Dunkirk
Sebahagian daripada Pertempuran Perancis dalam Perang Dunia II

Peta Fall Gelb dari 21 Mei hingga 4 Jun, 1940
Tarikh26 Mei – 4 Jun 1940
Lokasi
Dunkirk, Perancis
Keputusan kemenangan di pihak Jerman
Perubahan
wilayah
Tentera Bersekutu disingkir dari Dunkirk. Pihak Bersekutu berundur ke Britain.
Pihak yang terlibat
 United Kingdom
 Kanada[1]
Perancis Perancis
 Belgium
 Belanda[2]
 Jerman Nazi
Komandan dan pemimpin
United Kingdom Lord Gort
Perancis Maxime Weygand
Perancis Georges Blanchard
Perancis René Prioux
Perancis J. M. Abrial[3]
Jerman Nazi Gerd von Rundstedt
Jerman Nazi Ewald von Kleist
Jerman Nazi Fedor von Bock
Kekuatan
sekitar 400,000 anggota
338,226 diundurkan[4]
sekitar 800,000 anggota
Kerugian dan korban
  • Britain
    68,111 terbunuh, tercedera atau ditawan (~3,500 terbunuh)
    63,879 kenderaan termasuk kereta kebal dan motorsikal
    2,472 meriam lapangan
    6 pembinasa
    lebih 200 kapal laut
    lebih 100 kapal terbang[5][6]
  • Perancis
    Bilangan terbunuh dan tercedera tidak diketahui
    48,000 ditawan
    3 pembinasa[7][8]
  • (Anggaran)
    20,000 terbunuh atau tercedera
    100 kereta kebal
    156 pesawat terbang[9]
  • Korban awam: 1,000 orang awam terbunuh semasa serangan udara

    Pertempuran Dunkirk adalah operasi ketenteraan yang berlangsung di Dunkerque (Dunkirk), Perancis, semasa Perang Dunia Kedua di antara pihak Bersekutu dan Jerman Nazi. Sebagai sebahagian daripada Pertempuran Perancis di Perbatasan Barat, Pertempuran Dunkirk merupakan pertahanan dan pemindahan ke Britain oleh tentera British dan pasukan Bersekutu lain di Eropah dari 26 Mei hingga 4 Jun 1940.

    Selepas Perang Olok-Olok, Pertempuran Perancis berlangsung bersungguh-sungguh pada 10 May 1940. Disebelah timur, Kumpulan Tentera B Jerman menyerang Belanda dan mara ke arah barat. Sabagai tindak balas, Pemerintah Tertinggi Berikat yang dipangku Jeneral Perancis Maurice Gamelin memulakan "Pelan D" dan memasuki Belgium bagi menentang Jerman di Belanda. Rancangan ini banyak bergantung pada perkubuan Barisan Maginot sepanjang sempadan Jerman-Perancis, tetapi angkatan Jerman telah melintasi Belanda sebelum pasukan Perancis tiba. Gamelin sebaliknya menumpukan pasukan di bawah pemerintahannya, tiga tentera berjentera, Tentera Perancis Pertama dan Tentera Ketujuh dan Tentera ekspedisi British (British Expeditionary Force-BEF), pada Sungai Dyle. Pada 14 Mei, Kumpulan Tentera A Jerman menyerbu melalui Ardennes dan maju dengan pantas ke sebelah barat ke arah Sedan, dan berpaling ke arah utara ke Selat Inggeris, dalam apa yang digelar oleh Jeneral Erich von Manstein sebagai "Libasan Sabit" (dikenali sebagai "Pelan Kuning" atau Rancangan Manstein), secara berkesan menghimpit rusuk Tentera Bersekutu.[10]

    Satu siri serangan balas daripada pihak Berikat-termasuk Pertempuran Arras-gagal memutuskan barisan hadapan Jerman, yang tiba ke pantai pada 20 Mei, memisahkan Tentera Ekspedisi British (BEF) berhampiran Armentières, Tentera Pertama Perancis, dan Tentera Belgium jauh ke utara dari majoriti tentera Perancis di selatan pasukan Jerman. Selepas tiba ke Selat British, tentera Jerman berpaling ke utara di sepanjang pantai, mengancam untuk menawan pelabuhan dan memerangkap tentera British dan Perancis sebelum mereka boleh berundur ke Britain.

    Dalam salah satu keputusan yang paling dibahaskan hangat diperbahaskan, tentera Jerman menghentikan kemaraan mereka di Dunkirk. yang dikenali sebagai "Perintah Berhenti" tidak datangnya dari Adolf Hitler, sepertimana ramai yang percaya tetapi daripada Marsyal Tentera Darat Gerd von Rundstedt dan Günther von Kluge yang mencadangkan bahawa angkatan Jerman sekitar poket Dunkirk patut menghentikan kemaraan mereka ke pelabuhan dan bergabung, untuk mengelakkan tentera Bersekutu lolos keluar. Hitler mengesahkan perintah itu pada 24 Mei dengan sokongan daripada Oberkommando der Wehrmacht (OKW). Pihak tentera akan berhenti selama tiga hari, yang memberi masa yang mencukupi pada pihak Berikat untuk mengaturkan Pengunduran Dunkirk dan membina garis pertahanan. Disebalik anggaran suram keadaan pihak Berikat, dengan Britain turut membincangkan penyerahan bersyarat kepada pihak Jerman, pada akhirnya lebih daripada 330,000 tentera Berikat telah diselamatkan.[11]

    Pada tarikh 10 Mei 1940, Winston Churchill menjadi Perdana Menteri bagi United Kingdom. Oleh 26 Mei, BEF dan Tentera Perancis Pertama telah terperangkap dalam koridor ke laut, kira-kira 60 batu (97 km) dalam dan 15–25 bt (24–40 km) lebar. Kebanyakan tentera British masih berada sekitar Lille, lebih 40 bt (64 km) dari Dunkirk, dengan Perancis lebih jauh ke selatan. Dua pasukan Jerman yang besar menghimpit mereka. Kumpulan Tentera B Jeneral Fedor von Bock berada di timur, dan Kumpulan Tentera A Jeneral Gerd von Rundstedt berada di sebelah barat. (Kedua-dua pegawai ini telah dinaikkan pangkat sebagai Marsyal Tentera Darat.)[10]

    Arahan Berhenti

    [sunting | sunting sumber]
    Petikan arahan berhenti

    Semasa hari berikutnya... telah diketahui bahawa keputusan Hitler sebahagian besarnya dipengaruhi oleh Goering. Bagi ditaktor, pergerakan pantas Tentera, yang risiko dan jangkaan kejayaan dia tidak faham kerana ketiadaan latihan ketenteraan, menjadi seolah mengancam. Dia sentiasa dihantui oleh perasaan bimbang bahawa kekalahan menghantui ...

    — Halder, dalam surat pada Julai 1957.[12]
    Major L. F. Ellis menulis:

    "Catatan harian disimpulkan dengan ulasan: "Tugas Kumpulan Tentera A boleh dianggap telah selesai terutamanya" Satu pandangan yang menjelaskan lebih lanjut keengganan Rundstedt untuk menggunakan divisi perisainya di peringkat pembersihan fasa pertama dalam kempen ini.[13]

    Halder menulis dalam diarinya pada 30 May:

    "Brauchitsch marah ... Poket penentangan pasti akan dihapuskan di pantai hanya sekiranya pasukan berperisai kita tidak ditahan. Cuaca buruk telah menghalang Luftwaffe dan kita kini perlu berdiri dan melihat beribu musuh lepas ke England betul-betul di hadapan muka kita."[14]

    Pada 24 Mei, Hitler telah melawat ibu pejabat Jeneral von Rundstedt di Charleville. Von Rundstedt menasihati beliau bahawa pasukan infantri harus menyerang tentera British di Arras, di mana pihak British telah membuktikan kemampuan bertindak yang ketara, manakala pasukan perisai Kleist yang memegang perbatasan barat dan selatan Dunkirk perlu menyerang pihak Berikat yang berundur di hadapan Kumpulan Tentera Darat B. Perintah ini membenarkan pihak Jerman untuk memperkukuhkan kemenangan mereka dan bersedia untuk mara ke arah selatan untuk menentang pasukan Perancis yang tersisa. Rupa bumi di sekitar Dunkirk dipercayai tidak sesuai untuk pasukan perisai; Hitler telah biasa dengan paya Flanders dari Perang Dunia Pertama. Sungguhpun juruterbangnya telah berjuang selama dua minggu berturut-turut, mereka telah dibantu oleh methamphetamine sintetik, dan komander Luftwaffe Hermann Göring meminta peluang untuk membinasakan pasukan musuh di Dunkirk. Pembinasaan Tentera Bersekutu tersebut pada mulanya ditugaskan pada tentera udara dan pasukan infantri Jerman diataur dalam Kumpulan Tentera B. Von Rundstedt kemudiannya menggelarkannya sebagai "salah satu titik perubahan yang besar ketika perang."[15][16][17][18]

    Sebab sebenar bagi keputusan untuk menghentikan pasukan perisai Jerman pada 24 Mei masih dibahaskan. Satu teori adalah Von Rundstedt dan Hitler bersetuju untuk menyimpan pasukan berperisai untuk Fall Rot, satu operasi di selatan. Ada kemungkinan bahawa hubungan Luftwaffe yang lebih rapat kepada Parti Nazi berbanding tentera menyumbang kepada permintaan Göring ini diluluskan oleh Hitler. Satu teori-yang tidak ramai sejarahwan percaya adalah Hitler masih cuba untuk menubuhkan hubungan perdamaian diplomatik dengan Britain sebelum Operasi Barbarossa (Penjajahan Kesatuan Soviet). Sungguhpun von Rundstedt, selepas perang menyatakan rasa syak wasangka bahawa Hitler mahu "untuk membantu British", berdasarkan dakwaan dia memuji Empayar British semasa lawatan ke ibu pejabatnya, tiada terdapat sebarang bukti wujud bahawa Hitler mahu untuk membiarkan pihak Berikat lepas lari.[16][18][19] The historian Brian Bond stated:

    Tidak ramai ahli sejarahwan kini menerima pandangan bahawa tingkah-laku Hitler dipengaruhi oleh keinginannya bagi melepaskan British pergi dengan rigan dengan harapan mereka akan menerima perdamaian tolak ansur. Benar, dalam kenyataan politiknya bertarikh 26 Februari 1945 Hitler menyesali bahawa Churchill "tidak dapat menghargai semangat kesukanan" dalam mana dia telah menahan dari menghapuskan Pasukan Ekspedisi British, di Dunkirk, tetapi ini tidak disokong dengan rekod kontemporari. Arahan No. 13, yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Agung pada 24 Mei yang menegaskan khusus bagi penghapusan tentera Perancis, Inggeris dan Belgium dalam poket penentangan, manakala Luftwaffe telah diarahkan untuk menghalang angkatan Inggeris lolos menyeberangi selat British.[20]

    Walau apa pun alasan bagi keputusan Hitler, pihak Jerman yakin bahawa tentera Berikat telah hancur. Wartawan Amerikan William Shirer melaporkan pada 25 Mei, "kalangan tentera Jerman di sini malam menyatakan dengan tegas. Mereka berkata nasib tentera Bersekutu yang terperangkap di Flanders telah ditentukan." Komander BEF Bangsawan Gort bersetuju, menulis kepada Anthony Eden, "Saya tidak boleh menyembunyikan daripada anda bahawa sebahagian besar daripada BEF dan peralatannya tidak dapat tidak akan hilang dalam keadaan yang terbaik".[18] Hitler tidak membatalkan Perintah Berhenti sehingga petang 26 Mei.Tiga hari tersebut dengan itu memberi ruang bernafas yang penting pada Tentera Laut Diraja untuk mengatur pengunduran tentera British dan Sekutu. Kira-kira 338,000 orang telah diselamatkan dalam tempoh kira-kira 11 hari. Daripada jumlah ini, 215,000 adalah tentera British dan 123,000 adalah tentera Perancis, yang mana 102,250 melarikan diri dengan kapal-kapal British.[21]

    Pertempuran

    [sunting | sunting sumber]

    "Lawan balik ke barat"

    [sunting | sunting sumber]
    Peta pertempuran.

    Pada 26 Mei, Anthony Eden memberitahu Jeneral Lord Gort, Panglima Besar (C-in-C) BEF, bahawa dia mungkin perlu "melawan balik ke barat", dan mengarahkan beliau untuk menyediakan rancangan untuk pengunduran, tetapi tanpa memberitahu pihak Perancis atau Belgium. Gort menjawab, "Saya tidak boleh menyembunyikan dari anda bahawa sebahagian besar daripada BEF dan peralatannya tidak dapat dielak akan hilang". Dia telah meramalkan perintah itu dan rancangan awal sudah ada dalam tangan. Pelan yang pertama itu, untuk pertahanan di sepanjang Terusan Lys, tidak dapat dilaksanakan kerana kemaraan Jerman pada 26 Mei, dengan Bahagian ke-2 dan ke-50 tersekat, dan Bahagian 1, 5 dan Bahagian ke-48 diserang hebat. Bahagian 2 menerima korban yang besar ketika cuba untuk mengekalkan koridor terbuka, berkurangan kepada kekuatan pasukan briged, tetapi mereka berjaya; Bahagian 1, 3, 4 dan Bahagian ke-42 lepas lari di sepanjang koridor pada hari itu, seperti juga yang dilakukan oleh kira-kira satu pertiga daripada Tentera Pertama Perancis. Ketika pihak Berikat berundur, mereka melumpuhkan meriam dan kenderaan mereka dan memusnahkan simpanan mereka.[22][23][24]

    Pada 27 Mei, British berjuang kembali ke garis perimeter Dunkirk. Pembunuhan beramai-ramai Le Paradis berlaku hari itu, apabila Bahagian ke-3 SS Totenkopf menembak 97 tahanan British dan Perancis berhampiran Terusan La Bassée. Tahanan British adalah dari Batalion ke-2, Rejimen DiRaja Norfolk, sebahagian daripada Brigad ke-4 dari Bahagian ke-2. Tentera SS membariskan mereka pada dinding bangsal dan menembak mereka semua; hanya dua orang terselamat. Sementara itu, Luftwaffe menjatuhkan bom dan risalah ke atas tentera Bersekutu. Risalah menunjukkan peta situasi tersebut. Ia menyatakan, dalam bahasa Inggeris dan Perancis: "Askar British! Lihatlah peta: ia memberikan keadaan sebenar anda! Pasukan anda sedang dikelilingi sepenuhnya - berhenti berjuang! Angkat tangan anda!" Pada pihak Jerman yang biasa dengan tanah dan udara, laut seolah-olah satu halangan yang tidak dapat dilalui, dengan itu mereka percaya bahawa pihak Berikat telah terkepung; tetapi British melihat laut sebagai laluan untuk keselamatan.[25][26]

    Selain bom Luftwaffe, meriam berat Jerman (yang baru sahaja sampai dalam jangkauan) juga turut melepaskan bedilan bahan letupan tinggi ke Dunkirk. Pada masa ini, bandar mengandungi mayat lebih 1,000 korban awam. Pengeboman ini berterusan sehingga pengunduran itu berakhir.[23]


    Pertempuran Wytschaete

    [sunting | sunting sumber]

    Gort telah menghantar Leftenan Jeneral Ronald Adam, Pemerintah Kor III, ke hadapan untuk membina perimeter pertahanan di sekeliling Dunkirk. Leftenan Alan Brooke, Pemerintah Kor II, akan bertindak aksi bertahan bersama Bahagian ke-3, 4, 5, dan ke-50 sepanjang terusan Ypres-Comines sejauh sehingga ke Yser, Sementara yang lain dari BEF berundur. Pertempuran Wytschaete, di sempadan di Belgium, merupakan pertempuran yang paling sukar dihadapi Brooke dalam peranan ini.[27]

    Pada 26 Mei, pihak Jerman membuat peninjauan besar-besaran terhadap kedudukan British. Pada tengah hari pada 27 Mei, mereka melancarkan serangan besar-besaran dengan tiga bahagian ke selatan Ypres. Satu pertempuran mengelirukan berlangsung, di mana jarak penglihatan adalah rendah kerana kawasan hutan atau bandar, dan komunikasi lemah kerana pihak British pada masa itu tidak menggunakan radio di bawah tahap batalion dan wayar telefon telah dipotong. Pihak Jerman menggunakan taktik penyusupan untuk rapat dikalangan British, yang telah dikalahkan.[28]

    Pertempuran paling sengit adalah di sektor Division ke-5 ini. Masih pada 27 Mei, Brooke memerintah komander Bahagian 3, Major-Jeneral Bernard Montgomery [Notes 1] untuk melanjutkan garis pembahagian-nya ke kiri, Dengan itu membebaskan Briged ke-10 dan Briged ke-11, untuk Kedua-duanya dari Bahagian ke-4, untuk menyertai Division ke-5 di Rabung Messines. Briged ke-10 tiba dahulu, dan mendapati pihak musuh telah begitu kehadapan sehinggakan mereka telah menghampiri meriam lapangan British. Mereka bersama, Briged ke-10 dan ke-11 membersihkan rabung tersebut dari pihak Jerman, dan menjelang 28 May mereka selamat berkubu di timur Wytschaete.[29]

    Pada hari itu, Brooke mengarahkan serangan balas. Ini akan diketuai oleh kedua Batalion, Pengawal Grenadier ke-3 dan Rejimen Staffordshire Utara ke-2, Kedua-dua dari Division Pertama Mejar Jeneral Harold Alexander. Staffords Utara mara sejauh Sungai Kortekeer, manakala Grenadiers sampai pada terusan itu sendiri, tetapi tidak dapat memegangnya. Kesan serangan balas tersebut adalah untuk mengganggu pihak Jerman, menahan mereka kembali lebih lama sementara BEF berundur.[30]


    Pertempuran di Poperinge

    [sunting | sunting sumber]

    Laluan kembali dari kedudukan Brooke ke Dunkirk melalui bandar Poperinge (dikenali oleh kebanyakan sumber British sebagai "Poperinghe"), di mana terdapat kesesakan di jambatan melepasi Terusan Yser. Kebanyakan jalan utama di kawasan tersebut bercantum pada jambatan tersebut. Pada 27 May, pihak Luftwaffe mengebom kesesakan jalan yang terhasil sepanjang selama dua jam, membinasakan atau melumpuhkan sekitar 80% daripada kenderaan. Satu lagi serangan Luftwaffe pada malam 28/29 May—diterangi oleh Cahaya Penerang dan juga cahaya dari kenderaan yang terbakar. Division ke-44 British terutamanya terpaksa meninggalkan banyak meriam dan lori, kehilangan hampir kesemua mereka antara Poperinge dan Mont.[31]

    Pihak German 6. Panzerdivision kemungkinannya dapat memusnahkan Division ke-44 di Poperinge pada 29 May, dengan itu turut juga memisahkan Division ke-3 dan ke-50. Sejarahwan dan pengarang Julian Thompson mengulasnya sebagai "menghairankan" bahawa mereka tidak melakukan sedemikian, tetapi mereka terganggu, menumpu pada bandar Cassel, Nord berhampiran.[32]


    Belgian Menyerah

    [sunting | sunting sumber]

    Gort telah memerintah Leftenan Jenderal Adam, pemerintah Kor III, dan Jeneral Bertrand Fagalde Perancis bagi menyediakan pertahanan sekeliling Dunkirk. Perimeter itu berbentuk separuh bulatan, dengan tentera Perancis mengendalikan sektor barat dan tentera British di timur. Ia memanjang sepanjang pantai Belgium dari Nieuport di timur melalui Furnes, Bulskamp dan Bergues hingga ke Gravelines di barat. Garis itu sekuat mungkin yang dapat dibuat di bawah keadaan ini, tetapi pada 28 Mei tentera Belgium, yang sebahagian besarnya diatasi oleh oleh penyerang Jerman, dan masih di bawah arahan langsung Raja Leopold, yang enggan meninggalkan seorang tenteranya dan pelarian belgian dalam wilayah kecil daripada apa yang masih tinggal dari Belgium bebas, menyerah diri. Ini meninggalkan jurang 20 batu (32 km) di sayap timur Gort di antara British dan laut. Pihak British terkejut dengan penyerahan Belgium, sungguhpun Raja Leopold telah memberi amaran kepada mereka terlebih dahulu.[33][34] Sebagai raja berperlembagaan, keputusan Leopold untuk menyerah tanpa berunding dengan kerajaan Belgium telah mengakibatkan beliau diselar oleh Perdana Menteri Belgium dan Perancis, Hubert Pierlot dan Paul Reynaud.

    Raja George VI mengirim Gort sepucuk telegram yang bertulis:

    "Semua warga anda telah mengikuti dengan rasa bangga dan kagum penentangan berani ekspedisi Tentera British semasa pertempuran berterusan dua minggu yang lalu. Berhadapan dengan keadaan di luar kawalan mereka dalam kedudukan yang sukar yang melampau, mereka memaparkan keberanian yang tidak pernah diatasi dalam sejarah Tentera British. Hati setiap orang dari kami di rumah adalah bersama dengan anda dan tentera anda yang mengkagumkan di saat yang merbahaya ini."[33]

    Gort menghantar Division ke-3, ke-4 dan ke-50 yang lesu bertempur ke garisan bagi mengisi ruang yang dipegang oleh pasukan Belgium sebelumnya.[35]

    Pertahanan perimeter

    [sunting | sunting sumber]
    Gambar hitam putih tentera dengan kereta kebal kecil
    Tahanan perang British dengan kereta kebal PzKpfw Ib Jerman

    Ketika mereka masih bergerak mengambil kedudukan, mereka terserempak dengan Divisi Infantri ke-256 (Wehrmacht), yang cuba menyerang rusuk pasukan Gort. Kereta perisai milik 12 Royal Lancers menghentikan tentera Jerman di Nieuport itu sendiri. Satu pertempuran mengelirukan menular di sepanjang perimeter sepanjang 28 Mei. Kawalan arahan di sebelah pihak British hancur, dan perimeter itu didorong perlahan-lahan ke dalam kedudukan Dunkirk.[35]

    Sementara itu, Erwin Rommel telah mengepung lima bahagian Tentera Pertama Perancis berhampiran Lille. Sngguhpun terkepung sepenuhnya, tentera Perancis bertempur selama empat hari di bawah pimpinan Jeneral Molinié, justeru memastikan tujuh bahagian tentera Jerman terkecuali pada serangan ke atas Dunkirk dan menyelamatkan kira-kira 100,000 tentera Bersekutu.[35]

    Pertahanan perimeter kekal sepanjang 29-30 Mei, dengan pihak Berikat berundur secara berperingkat. Pada 31 Mei, pihak Jerman hampir lolos berhampiran Nieuport, dan keadaan menjadi begitu terdesak sehinggakan dua komander batalion British terpaksa mengendalikan sendiri senapang Bren, dengan satu kolonel menembak dan seorang lagi mengisi peluru. Beberapa jam kemudian, Batalion ke-2, Pengawal Coldstream, dari Bahagian 3, bergegas untuk mengukuhkan garisan berhampiran Furnes, di mana tentera British telah dikalahkan. Pasukan Pengawal memulihkan kawalan dengan menembak sebahagian daripada tentera yang melarikan diri, dan memaksa yang lain berpaling kembali di hujung bayonet. Tentera British kembali ke garisan, dan serangan Jerman diundurkan.[36]

    Pada petang hari yang sama, pihak Jerman menembusi perimeter berhampiran terusan di Bulskamp, tetapi tanah berpaya di sebelah lagi terusan, dengan tembakan sekali-sekala dari Infantri Ringan Durham, menghentikan mereka. Ketila malam berlabuh, tentera Jerman berkumpul untuk satu lagi serangan di Nieuport. Lapan belas pengebom RAF menjumpai pihak Jerman ketika mereka masih berkumpul, dan menyelerakkan mereka dengan pengeboman yang tepat.[37]

    Pengunduran ke Dunkirk

    [sunting | sunting sumber]
    Filem feature menggambarkan semula tentera British diserang di pantai Dunkirk.

    Juga pada 31 Mei, Jeneral Von Kuechler mengambil alih pemerintahan semua tentera Jerman di Dunkirk. Rancangannya adalah mudah: dia akan melancarkan serangan habis-habisan di seluruh garisan hadapan pada 11:00 pada 1 Jun. Anehnya, Von Kuechler mengabaikan pintasan radio yang memberitahunya bahawa pihak British telah meninggalkan garisan hujung timur untuk berundur ke Dunkirk itu sendiri.[38]

    Pagi 1 Jun adalah cuaca terbang jelas-baik, berbeza dengan cuaca buruk yang telah menghalang operasi udara pada 30 dan 31 Mei. (Terdapat hanya dua setengah hari terbang pada keseluruhan operasi.) Sungguhpun Churchill telah menjanjikan pihak Perancis bahawa Inggeris akan melindungi pengunduran mereka, dengan alasan pihak Perancislah yang mempertahankan garisan ketika tentera British yang terakhir telah dipindahkan. Menahan tumpuan tembakan artileri Jerman dan tembakan dan pengeboman Luftwaffe, tentera Perancis kekal bertahan. Pada 2 Jun (hari terakhir unit British menaiki ke kapal), [Notes 2] Perancis mula berundur perlahan-lahan, dan menjelang 3 Jun pihak Jerman kira-kira dua batu (3 & nbsp; km) dari Dunkirk. Malam 3 Jun adalah malam terakhir pengunduran. Pada 10:20 pada 4 Jun, Jerman menaikan swastika sepanjang dok yang dari mana begitu ramai tentera British dan Perancis telah melarikan diri di bawah hidung mereka.[40][41][42]

    Penentangan bersungguh-sungguh tentera Bersekutu, terutamanya Division Infantri Bermotor ke-12 Perancis dari Kubu des Dunes, memberi masa untuk pemindahan sebahagian besar daripada tentera Berikat. Wehrmacht menawan kira-kira 35,000 askar, hampir semua daripada mereka pasukan Perancis. Mereka telah dilindungi pengunduran sehingga saat-saat akhir dan tidak sempat berundur. Nasib yang sama dikhaskan bagi mangsa Bahagian Infantri Bermotor Perancis ke-12 (terdiri khususnya daripada Rejimen Infantri ke-150 Perancis); mereka telah dijadikan tawanan pada pagi 4 Jun di pantai Malo-les-Bains. Bendera rejimen ini telah dibakar supaya tidak jatuh ke tangan musuh. [43]

    Pengunduran

    [sunting | sunting sumber]
    Lakonan semula filem nelayan British membantu tentera Berikat ketika bom Stuka meledak beberapa meter di hadapan

    The War Office made the decision to evacuate British forces on 25 May. In the nine days from 27 May–4 June, 338,226 men escaped, including 139,997 French, Polish, and Belgian troops, together with a small number of Dutch soldiers, aboard 861 vessels (of which 243 were sunk during the operation). The historian Basil Liddell Hart says British Fighter Command lost 106 aircraft dogfighting over Dunkirk, the Luftwaffe lost about 135 – some of which were shot down by the French Navy and the Royal Navy; but MacDonald says the British lost 177 aircraft and the Germans lost 240.[40][42][44]

    The docks at Dunkirk were too badly damaged to be used, but the East and West Moles (sea walls protecting the harbour entrance) were intact. Captain William Tennant—in charge of the evacuation—decided to use the beaches and the East Mole to land the ships. This highly successful idea hugely increased the number of troops that could be embarked each day, and indeed at the rescue operation's peak, on 31 May, over 68,000 men were taken off.[23][40]

    The last of the British Army left on 3 June, and at 10:50, Tennant signalled Ramsay to say "Operation completed. Returning to Dover." However, Churchill insisted on coming back for the French, so the Royal Navy returned on 4 June in an attempt to rescue as many as possible of the French rearguard. Over 26,000 French soldiers were evacuated on that last day, but between 30,000 and 40,000 more were left behind and forced to surrender to the Germans.[45]

    Aftermath

    [sunting | sunting sumber]
    Battle of Dunkirk memorial

    Following the events at Dunkirk, the German forces regrouped before commencing an operation called Fall Rot ("Case Red"), a renewed assault southward, starting on 5 June. Although two fresh British divisions had begun moving to France in an attempt to form a Second BEF, the decision was taken on 14 June to withdraw all the remaining British troops; an evacuation called Operation Ariel. By 25 June, almost 192,000 Allied personnel, 144,000 of them British, had been evacuated through various French ports.[46] Although the French Army fought on, German troops entered Paris on 14 June. The French government was forced to negotiate an armistice at Compiègne on 22 June.

    The loss of materiel on the beaches was huge. The British Army left enough equipment behind to equip about eight to ten divisions. Discarded in France were, among huge supplies of ammunition, 880 field guns, 310 guns of large calibre, some 500 anti-aircraft guns, about 850 anti-tank guns, 11,000 machine guns, nearly 700 tanks, 20,000 motorcycles, and 45,000 motor cars and lorries. Army equipment available at home was only just sufficient to equip two divisions. The British Army needed months to re-supply properly and some planned introductions of new equipment were halted while industrial resources concentrated on making good the losses. Officers told troops falling back from Dunkirk to burn or otherwise disable their trucks (so as not to let them benefit the advancing German forces). The shortage of army vehicles after Dunkirk was so severe that the Royal Army Service Corps (RASC) was reduced to retrieving and refurbishing numbers of obsolete buses and coaches from British scrapyards to press them into use as troop transports. Some of these antique workhorses were still in use as late as the North African campaign of 1942.[47]

    The Dean of St Paul's, Walter Matthews was the first to call the evacuation the "Miracle of Dunkirk" (on 2 June).[48]

    A marble memorial to the battle stands at Dunkirk. The French inscription is translated as: "To the glorious memory of the pilots, mariners, and soldiers of the French and Allied armies who sacrificed themselves in the Battle of Dunkirk, May–June 1940."

    The missing dead of the BEF are commemorated on the Dunkirk Memorial.

    "Dunkirk Spirit"

    [sunting | sunting sumber]
    Fail:DUNKIRK1940.jpg
    British troops evacuating Dunkirk's beaches

    British propaganda later exploited the successful evacuation of Dunkirk in 1940, and particularly the role of the "Dunkirk little ships", very effectively. Many of them were private vessels such as fishing boats and pleasure cruisers, but commercial vessels such as ferries also contributed to the force, including a number from as far away as the Isle of Man and Glasgow. These smaller vessels—guided by naval craft across the Channel from the Thames Estuary and from Dover—assisted in the official evacuation. Being able to move closer into the beachfront shallows than larger craft, the "little ships" acted as shuttles to and from the larger ships, lifting troops who were queuing in the water, many waiting shoulder-deep in water for hours. The term "Dunkirk Spirit" refers to the solidarity of the British people in times of adversity.[49]

    1. ^ "Monty" yang kemudiannya akan memenangi Pertempuran ke-2 El Alamein]], merncang Pendaratan Normandy dan Operasi Market Garden dalam Pertempuran Arnhem. Dia daik pangkat sebagai Fil Marsya dan menjadi Jeneral British yang paling diraikan semasa Perang DUnia Kedua, tetapi pada May 1940 dia merupakan komander Bahagian ke-3 di bawah Brooke.
    2. ^ Mejar Jeneral Harold Alexander, memerintah Kor I, merupakan yang terakhir untuk pergi. Sejurus sebelum tengah malam pada 2 Jun, Ramsay menerima isyarat: "BEF dipindahkan".[39]
    1. ^ Castellow, Ellen. "Evacuation of Dunkirk"
    2. ^ "Dunkirk Evacuation". Encyclopædia Britannica World War II. Dicapai pada 9 Januari 2016.
    3. ^ "HyperWar: The War in France and Flanders 1939–1940 [Chapter XII]".
    4. ^ "Operation Dynamo, the evacuation from Dunkirk, 27 May–4 June 1940". Rickard, J – Military History Encyclopedia on the Web. 16 Februari 2008. Dicapai pada 5 Disember 2016.
    5. ^ "Evacuation of Dunkirk: Miracle on the Channel".
    6. ^ "The Battle for France and the Dunkirk Evacuation May–June 1940". guidedbattlefieldtours.co.uk.
    7. ^ "Dunkirk facts & figures". BBC.
    8. ^ "Timeline of the Dunkirk Evacuation (May 27th, 1940 - June 4th, 1940)".
    9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama historytoday.com
    10. ^ a b MacDonald 1986, p. 8.
    11. ^ Frieser 2005, pp. 291–92.
    12. ^ Shirer 1959, p. 879.
    13. ^ Butler 2009, p. 151.
    14. ^ Shirer 1959, p. 883.
    15. ^ Taylor and Mayer 1974, p. 59.
    16. ^ a b Taylor and Mayer 1974, p. 60.
    17. ^ Shirer 1959, p. 877.
    18. ^ a b c Atkin 1990, p. 120.
    19. ^ Kershaw 2008, p. 27.
    20. ^ Bond 1990, pp. 104–05.
    21. ^ Lord 1983, p. 148.
    22. ^ Liddell Hart 1970, p. 40.
    23. ^ a b c MacDonald 1986, p. 12.
    24. ^ Sebag-Montefiore 2006, p. 250.
    25. ^ Lord 1982, pp. 74–76.
    26. ^ Shirer 1959, p. 882.
    27. ^ Thompson 2009, pp. 174–178.
    28. ^ Thompson 2009, p. 179.
    29. ^ Thompson 2009, pp. 182–183.
    30. ^ Thompson 2009, pp. 183–184.
    31. ^ Thompson 2009, pp. 186–192, 215.
    32. ^ Thompson 2009, p. 219.
    33. ^ a b Anderson, Professor Duncan. "Day of National Prayer." BBC. Retrieved: 30 July 2009.
    34. ^ Sebag-Montefiore 2006, p. 303.
    35. ^ a b c Liddell Hart 1970, p. 41.
    36. ^ Lord 1982, p. 199.
    37. ^ Lord 1982, p. 200.
    38. ^ Lord 1982, p. 210.
    39. ^ MacDonald 1986, p. 18.
    40. ^ a b c MacDonald 1986, p. 16.
    41. ^ Lord 1982, p. 246.
    42. ^ a b Liddell Hart 1970, p. 46.
    43. ^ Page 180 - Dunkirk, 1940: a history, Robert Carse, Prentice-Hall, 1970 - Biography & Autobiography - 214 pages
    44. ^ Shirer 1959, p. 884.
    45. ^ Lord 1982, pp. 267–269.
    46. ^ Butler 2009, pp. 296–305.
    47. ^ Postan 1952, Chapter IV.
    48. ^ Anderson, Professor Duncan. "Miracle' at Dunkirk/", writing BBC. Retrieved: 30 July 2009.
    49. ^ Rodgers, Lucy. "The men who defined the 'Dunkirk spirit'." BBC, 14 May 2010. Retrieved: 30 July 2010.

    Bibliografi

    [sunting | sunting sumber]
    • Atkin, Ronald. Pillar of Fire: Dunkirk 1940. Edinburgh: Birlinn Limited, 1990. ISBN 1-84158-078-3.
    • Bond, Brian. Britain, France and Belgium 1939–1940. London: Brasseys, 1990. ISBN 0-08-037700-9.
    • Butler, J. R. M., ed. The War in France and Flanders 1939–1940: Official Campaign History. Uckfield, UK: Naval & Military Press Ltd., 2009. ISBN 978-1-84574-056-6.
    • Frieser, Karl-Heinz. The Blitzkrieg Legend: The 1940 Campaign in the West. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. 2005. ISBN 978-1-59114-294-2
    • Holmes, Richard, ed. "France: Fall of". The Oxford Companion to Military History. New York: Oxford University Press, 2001. ISBN 0-19-866209-2.
    • Hooton, E.R. Luftwaffe at War; Blitzkrieg in the West. London: Chevron/Ian Allen, 2007. ISBN 978-1-85780-272-6.
    • Keegan, John. The Second World War. New York: Viking Penguin, 1989. ISBN 0-670-82359-7.
    • Kershaw, Ian. Fateful Choices: Ten Decisions That Changed the World, 1940–1941. London: Penguin Books, 2008. ISBN 978-0-14-101418-0.
    • Kilzer, Louis. Hitler's Traitor: Martin Bormann and the Defeat of the Reich. New York: Presidio Press, 2000. ISBN 0-89141-710-9.
    • Liddell Hart, B.H. History of the Second World War. New York: G.P. Putnam, 1970. ISBN 0-306-80912-5.
    • Lord, Walter. The Miracle of Dunkirk. New York: The Viking Press, 1982 / London: Allen Lane, 1983. Citations from the Wordsworth Military Library reprint of 1998. ISBN 1-85326-685-X.
    • MacDonald, John. Great Battles of World War II. Toronto, Canada: Strathearn Books Limited, 1986. ISBN 0-86288-116-1.
    • McEwan, Ian. Atonement. London: Jonathan Cape, 2001. ISBN 0-224-06252-2.
    • McGlashan, Kenneth B. with Owen P. Zupp. Down to Earth: A Fighter Pilot Recounts His Experiences of Dunkirk, the Battle of Britain, Dieppe, D-Day and Beyond. London: Grub Street Publishing, 2007. ISBN 1-904943-84-5.
    • Murray, Willamson. Strategy for Defeat: The Luftwaffe 1935–1945. Princeton, New Jersey: University Press of the Pacific, 2002. ISBN 0-89875-797-5.
    • Murray, Williamson and Allan R. Millett. A War to Be Won: Fighting the Second World War. Cambridge, Massachusetts: Belknap Press, 2000. ISBN 0-674-00163-X.
    • Postan Michael M.History of the Second World War: British War Production, London: HMSO, 1952.
    • Salmaggi, Cesare and Alfredo Pallavisini. 2194 Days of War: An Illustrated Chronology of the Second World War. New York: Gallery Books, 1993. ISBN 0-8317-8885-2.
    • Sebag_Montefiore, Hugh. Dunkirk: Fight to the Last Man. London: Penguin Books, 2006. ISBN 978-0-141-02437-0.
    • Shirer, William L. The Rise and Fall of the Third Reich: A History of Nazi Germany. New York: Simon & Schuster, 1959. ISBN 0-330-70001-4.
    • Taylor, A.J.P. and S.L. Mayer, eds. A History Of World War Two. London: Octopus Books, 1974. ISBN 0-7064-0399-1.
    • Thomas, Nick. RAF Top Gun: Teddy Donaldson CB, DSO, AFC and Bar, Battle of Britain Ace and World Air Speed Record Holder. London: Pen and Sword, 2008. ISBN 1-84415-685-0.
    • Thompson, Major General Julian. Dunkirk: Retreat to Victory. London: Pan Books, 2009. ISBN 978-0-330-43796-7.
    • Weinberg, Gerhard L. A World at Arms. New York: Cambridge University Press, 1994. ISBN 0-521-44317-2.
    • Wilmot, Chester. The Struggle for Europe. Old Saybrook, Connecticut: Konecky & Konecky, 1952. ISBN 1-56852-525-7

    Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]

    Koordinat: 51°02′03″N 2°22′37″E / 51.0343°N 2.37682°E / 51.0343; 2.37682