September 2009
Penampilan
September 2009 ialah bulan kesembilan untuk tahun 2009. Ia bermula pada hari Selasa dan berakhir selepas 30 hari pada hari Rabu.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 30 September - Satu gempa bumi 7.6 Mw di Sumatera, Indonesia mengorbankan lebih 1,100 orang.
- 29 September - Satu gempa bumi 8.0 Mw di Kepulauan Samoa menyebabkan tsunami dan mengorbankan lebih 189 orang.
- 26 September - Taufan Ketsana menyebabkan pengisytiharan "keadaan malapetaka" di 25 wilayah. Ia mengorbankan lebih 450 orang di Filipina, Vietnam dan Kemboja.
- 23 September - Ribut debu (gambar), dikatakan "terburuk sejak 70 tahun", melanda beberapa negeri Australia, melitupi Brisbane, Canberra dan Sydney dengan debu merah.
- 21 September - Pasukan lumba Renault F1 diberikan hukuman tergantung dua tahun oleh FIA, selepas mengaku bersalah bersubahat menyebabkan kemalangan sengaja di Grand Prix Singapura 2008.
- 17 September - Militan paling dikehendaki Indonesia Noordin Mohammad Top terbunuh dalam satu serbuan polis di Jawa Tengah.
- 16 September - Yukio Hatoyama mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun ke-60.
- 11 September - Bekas Presiden Republik China di Taiwan Chen Shui-bian (gambar) dihukum penjara seumur hidup kerana rasuah.
- 7 September - Trafik bertukar ke sebelah kiri jalan di Samoa, penukaran trafik seumpamanya yang pertama sejak hampir 40 tahun.
- 2 September - Satu gempa bumi mengorbankan 79 orang dan memusnahkan lebih 87,000 rumah dan pejabat di Jawa, Indonesia.
- 1 September - Fiji digantung daripada Negara-Negara Komanwel kerana enggan mengembalikan pilihan raya sebelum 2010 selepas rampasan kuasa pada 2006.
- 1 September - Harga petrol RON 97 di Malaysia naik 25 sen, manakala penjualan petrol RON 92 dihentikan dan digantikan dengan RON 95.