[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Mimbar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Minbar)

Mimbar atau minbar (Arab: منبر) adalah platform di dalam masjid di mana Imam (ketua solat) berdiri untuk memberi khutbah Jumaat. dan juga khutbah Aidil Fitri dan Aidil Adha. Mimbar yang tinggi membolehkan imam melihat jemaah yang ramai serta jemaah dapat mendengar suara khatib dengan lebih nyaring (sebelum wujudnya sistem pembesar suara).

Fail:Mimbar Masjid Hagia Sophia.jpg
Mimbar masjid Hagia Sophia yang digunakan untuk berkhutbah

Mimbar selalunya berbentuk seperti menara dan di atasnya berkubah ataupun berbentuk piramid. Mimbar selalunya berhias dan unik walaupun mimbar zaman dahulu hanya mempunyai tangga dan tempat berdiri (pada zaman Nabi saw, mimbar Masjid Nabawi ketika itu hanya mempunyai tiga buah anak tangga sebelum bilangan anak tangga ditambah semasa Khulafa Ar-Rasyidin) Mimbar terletak di tepi (kebiasaanya sebelah kanan) mihrab, dan kedudukannya menghadap arah kiblat (Makkah).

Sesetengah mimbar pula dibina ke dalam dinding masjid. Ini membenarkan lebih banyak ruang untuk para jemaah.