[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Mengkuang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mengkuang
Rumpun mengkuang di dalam belukar
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Pandanales
Keluarga: Pandanaceae
Genus: Benstonea
Spesies:
B. atrocarpa
Nama binomial
Benstonea atrocarpa
(Griff.) Callm. & Buerki[1]
Sinonim[1]
  • Pandanus atrocarpus Griff.

Mengkuang kajang (Benstonea atrocarpa), turut dikenali sebagai mengkuang minyak atau hanya mengkuang,[2][3] ialah spesies tumbuhan berbunga dalam genus Benstonea, keluarga Pandaceae. Ia tempatan di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Thailand.[1]

Ia pokok yang banyak tumbuh di persekitaran tropika lembap, khususnya di kawasan paya. Ia turut dipanggil bengkuang, pandan mengkuang dan pandan duri.[4][3]

Penerangan

[sunting | sunting sumber]
Daun mengkuang dengan birai berduri

Tumbuhan ini mampu tumbuh mencapai 20 m (66 ka) tinggi, dengan daun mencapai 600 cm (240 in) panjang dan 15 cm (5.9 in) lebar.[4] Ia mempunyai duri tajam pada birai dan bawah daun, dengan bahagian bawah tersebut berwarna putih cair.[4] Cabang pokoknya tidak mempunyai tunas dorman, jadi ia tidak tumbuh kembali apabila batang tuanya dipotong. Sama dengan kebanyakan spesies lain, ia turut mempunyai buah, benih dan pangkal daun yang masih boleh dimakan.[5]

Buahnya terbentuk daripada perbungaan. Buah tetorak ini ialah sinkarpa yang terdiri daripada sebilangan pepauh berasingan. Pepauh ini ialah bebaji keras bak kayu yang mempunyai benih tirus kecil. Setiap bebaji mempunyai pangkal berdaging yang dipenuhi isi jingga yang manis baunya. Benihnya pula mempunyai rasa bak kacang yang enak apabila dimakan mentah mahupun setelah dimasak, sedangkan pangkal dalam daun muda pun boleh dimakan mentah.[5]

Daunnya sering dipungut dari kawasan liar dan dipakai secara besar-besaran untuk membuat anyaman semacam tikar, topi, kajang dan sebagainya. Ia boleh pula dijadikan layar pada perahu kecil.[5]

Buah, benih dan pangkal daun muda boleh dimakan namun kurang sesuai. Isinya harus dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan untuk menghilangkan bahan berbahaya.[5]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c "Benstonea atrocarpa". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ Zainol, Izyan Syamimi (2019). Utilization of screw-pine leaf bio-composite for home accessories. Masters thesis (Tesis). Universiti Putra Malaysia.
  3. ^ a b "mengkuang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ a b c Iwan Pranoto, S.Pd., M.Pd. (2021). Seni dan Budaya Dayak Kanayatn (Kajian Seni Rupa dan Persepsi Budaya). CV. Mitra Cendekia Media. m/s. 66-68. ISBN 6236957681.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ a b c d Tropical Plants Database, Ken Fern. tropical.theferns.info. 2023-08-15. <tropical.theferns.info/viewtropical.php?id=Benstonea+atrocarpa>

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Benstonea atrocarpa. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/70092. [Didapatkan kembali 26 November 2024].