[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Lepus arcticus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelinci Artik
کلينچي ارتيك
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
L. arcticus
Nama binomial
Lepus arcticus
Ross, 1819

Kelinci Artik (Tulisan Jawi: کلينچي ارتيك) (Lepus arcticus), atau arnab kutub (Tulisan Jawi: ارنب قطب), ialah sejenis arnab yang cukup tersesuai dengan habitat kawasan kutub dan pergunungan. Kelinci Artik hidup dengan bulu yang tebal dan selalu menggali lubang ke bawah tanah atau salji untuk memanaskan diri atau tidur. Arnab Artik mempunyai telinga yang lebih panjang, berdiri lebih tegak, dan lebih pandai menjaga diri dalam keadaan sejuk berbanding arnab biasa. Seekor kelinci Artik boleh bersiar-siar atau berhimpit-himpit dengan arnab lain, tetapi selalunya dijumpai bersendirian, adakalanya bersama beberapa teman. Arnab Artik boleh berlari sepantas 40 mph (64 km/j).[2] Pemangsa utamanya ialah serigala artik.

Kelinci Artik tertabur di seluruh kawasan tundra di Greenland dan kawasan paling utara di Kanada dan juga Alaska. Di utara jauh, arnab menjadi putih pada musim sejuk agar berpadu dengan salji. Pada musim panas pula, tubuh dan kepala arnab ini menjadi perang kekelabuan untuk berpadu dengan lumpur dan batuan, tetapi kakinya kekal putih.

Pukul rata, arnab artik berukuran 55–70 cm (22–28 in) panjangnya, dan beratnya 4–5.5 kg (9–12 lb).

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Arnab Artik gemar mamakan tumbuhan berkayu, tetapi juga memakan tunas, beri, daun dan rumput.[3] Pada awal musim panas, kelinci Artik memakan pokok bunga saxifraga ungu. Arnab ini kuat deria baunya dan boleh mengorek salji untuk mencari ranting dedalu. Semasa memakan tumbuhan, kelinci artik gemar berdiri ketika salji tidak lebat, supaya mudah mencari ranting atau tumbuhan yang gugur atas tanah untuk santapannya. Arnab ini bukan sahaja memakan tumbuhan, bahkan juga daging bangkai.[4]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Kelinci betina boleh melahirkan sebanyak lapan ekor anak sekali. Anak kelinci ini tinggal dalam lingkungan tempat tinggal ibunya sehingga cukup matang untuk hidup sendiri.[5]

Subspesies

[sunting | sunting sumber]

Spesies arnab ini terbahagi kepada empat subspesies:

  • Lepus arcticus arcticus
  • Lepus arcticus bangsii
  • Lepus arcticus groenlandicus
  • Lepus arcticus monstrabilis
  1. ^ "Lepus arcticus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1996. 1996. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes a brief justification of why this species is of least concern
  2. ^ "Artic Hare". National Geographic. Dicapai pada 9/4/09. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ Best, Troy L.; Henry, Travis Hill (1994). "Lepus arcticus". Mammalian Species. American Society of Mammalogists. 457: 1–9. doi:10.2307/3504088.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ "thearctcichare". Ukaliq. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-24. Dicapai pada 09/04/09. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ "The Arctic Hare". Canadian Museum of Nature. Dicapai pada 2010-07-26.