[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

İzmir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Izmir)

38°26′N 27°09′E / 38.433°N 27.150°E / 38.433; 27.150

İzmir
Pelabuhan Izmir dilihat dari Jeti Konak
Pelabuhan Izmir dilihat dari Jeti Konak
Pelabuhan Izmir dilihat dari Jeti Konak
Logo Majlis Metropolitan İzmir
Logo Majlis Metropolitan İzmir

Logo Majlis Metropolitan İzmir
Kedudukan di Turki
Gambaran Keseluruhan
Wilayah Wilayah Aegean, Turki
Wilayah Wilayah İzmir
Jumlah penduduk 3,500,000 http://www.izmir.gov.tr (2005)
Ketinggian 25 m
Koordinat 38°26′ N 27°09′ E
Kod pos 35xxx
Kod kawasan (0090)+ 232
Plat nombor Turki 35
Datuk Bandar Tunç Soyer (Parti Rakyat Republik)
Laman sesawang www.izmir.bel.tr/
Gabenor Erol Ayyıldız
Laman sesawang Gabenor www.izmir.gov.tr

İzmir, dari segi sejarah dikenali sebagai Smyrna, adalah bandar ketiga paling ramai penduduk di Turki dan pelabuhan kedua terbesar negara tersebut setelah Istanbul. Ia terletak di Teluk İzmir, berhampiran Laut Aegean. Ia adalah ibu negeri Wilayah İzmir. Bandar İzmir terdiri dari 9 daerah metropolitan, iaitu Balçova, Bornova, Buca, Çiğli, Gaziemir, Güzelbahçe, Karşıyaka, Konak dan Narlıdere. Setiap daerah memiliki ciri-ciri dan pembawaan yang berbeza. Pada 2000, jumlah penduduk zon bandar ini adalah 2,409,000 manakala anggaran 2005 adalah 3,500,000 orang.