[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Hikayat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hikayat merupakan salah satu bidang kesusteraan Melayu silam. Cerita-cerita hikayat biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau kejadian yang penting. Pada kebiasaannya cerita hikayat adalah warisan dari penceritaan secara lisan, dengan itu ia mengekalkan format penceritaan lisan. Kebanyakan cerita hikayat ditulis dalam bentuk di mana, pembaca akan membacanya secara kuat untuk didengari oleh pendengar.

Hikayat berasal daripada perkataan Arab 'حکا' yang bermaksud 'bercerita', manakala 'حکاية' pula bermaksud 'cerita'.[1] Wilkinson pula memberikan erti 'hikayat' sebagai narrative, story, tale. Walau bagaimanapun, dalam kesusasteraan Melayu lama yang bentuknya terbahagi kepada dua, iaitu bentuk lisan dan tulisan, kata hikayat ini lebih kerap ditemui pemakaiannya dalam sastera bertulis. Manakala untuk bentuk lisan, judulnya bermula dengan 'cerita'.

Hal ini jelas dilihat dalam cerita-cerita penglipur lara, misalnya Cerita Sulung Jawa, Cerita Si Suton dan Cerita Awang Semambu. Penggunaan 'hikayat' terhadap cerita-cerita penglipur lara hanyalah dibuat setelah ia ditulis. Ini dibuktikan melalui cerita-cerita penglipur lara yang dikumpulkan oleh R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda.[2]

Senarai mengikut zaman

[sunting | sunting sumber]
  • Hikayat Muhammad Hanafiah MH ±1450 (MSS <1624, <1682)
  • Undang-Undang Melaka UU 1450-1750 (MS ±1780)
  • Spraek en Woord-Boek SWB 1603
  • Taj al-Salatin (Dewan) TS.D 1603 (MS ±1775)
  • Taj al-Salatin (Roorda) TS.R 1603
  • Hikayat Aceh Aceh ±1625 (MS ±1675)
  • Cerita Kutai Kutai 1625 (MS 1849)
  • Bustan al-Salatin BS 1640 (MS >1807)
  • Hujjat al-Siddîq HS 1641-1644 (MS 1772)
  • Hikayat Tanah Hitu Hitu 1650 (MS <1662)
  • Hikayat Ibrahim ibn Adham IbrA ±1650 (MS 1775)
  • Hikayat Pelanduk Jenaka Pel unknown (MS ±1650)
  • Sejarah Melayu SM ±1650 (MS 1808)
  • Hikayat Banjar dan Kota Waringin Banj 1663 (MS 1810)
  • Tarjumân al-Mustafîd TM 1642-1693 (MS ±1675)
  • Bab Takzir BT ±1680 (MS <1753)
  • Hikayat Ibrahim ibn Adham (short) IbrA.s 1689 (MS 1817)
  • Hikayat Perintah Negeri Benggala PNB 1811 (MS 1811)
  • Syair Sultan Maulana Maul ±1815 (MS 1825)
  • Syair Sinyor Kosta Kosta 1820
  • Syair Raja Tedung dengan Raja Katak T&K unknown (MS ±1865)
  • Hikayat Merong Mahawangsa MW ±1821 (MS 1898)
  • Surat Keterangan Syeikh Jalaluddin SJal >1821 (MS <1829)
  • Silsilah Perak Perak ±1826
  • Syair Kerajaan Bima Bima ±1830 (MS 1857)
  • Syair Dagang Berjual-Beli DBB 1831
  • Syair Potong Gaji PG 1831
  • Syair Tengku Perbu Perb 1835
  • Pelayaran Abdullah ke Kelantan Abd.PK 1838
  • Civil War in Kelantan Kel 1839
  • Hikayat Marakarma (Si Miskin) Misk unknown (MS 1855)
  • Ceretera2 karangan Abdullah Abd.C 1843,1851
  • Hikayat Abdullah Munsyi Abd.H 1843
  • Syair2 karangan Abdullah Abd.S 1828-1848
  • Syair Engku Puteri EPut 1844
  • Hikayat Maharaja Marakarma Mar 1844 or 1848
  • Syair Perang Johor PJ 1844
  • Hikayat Iblis Iblis 1846
  • Syair Kunjungan Tengku Selangor KTS <1860
  • Warnasarie Ws 1852
  • Pelayaran Abdullah ke Mekah Abd.PM 1854
  • Mukhtasar Tawarikh al-Wustha TW 1854
  • Hikayat Siak Siak 1855 (MS 1893)
  • Syair Kumbang Mengindera Kumb <1859
  • Surat kepada Von de Wall VdW 1856-1872
  • Syair Bayan Budiman BayB ±1860
  • Syair Kumbang dan Melati K&M <1866
  • Syair Bunga Air Mawar Mwr <1866
  • Syair Nuri dengan Simbangan Nuri ±1860
  • Syair Nyamuk dan Lalat Nymk ±1860
  • Syair Saudagar Bodoh SBod 1861
  • Hikayat Raja Damsyik Dmsy.H 1863
  • Syair Raja Damsyik Dmsy.S 1864
  • Syair Kiamat Kmt unknown (MS 1865)
  • Salasilah Melayu dan Bugis M&B 1865
  • Tuhfat al-Nafis TN 1866 (MS 1890)
  • Syair Awai Awai 1868
  • Syair Bunga-Bungaan Bunga ±1870
  • Syair Burung Pungguk Pung ±1870
  • Syair Unggas Soal Jawab Ungg 1871
  • Syair Sang Kupu-Kupu Kupu ? 1870s
  • Kitab Suci KS 1879 (PL), 1935 (PB)
  • Raja Inggeris Jubili RIJ 1887
  • Ucapan Kwin Jubili UKJ 1887 (edition 1891) PB 1889-1938
  • Muhimmat al-Nafa´is MN 1892
  • Syair Perjalanan Sultan Lingga PSL 1894
  • Al-Imam Imam 1906-1908
  • Syair Raksi Raksi unknown (MS 1915)
  • Majalah Guru MG 1930-1935
  • Saudara S 1930-1935
  • Warta Malaya WM 1931-1935
  • Majlis M 1932-1935

Pelbagai tarikh

[sunting | sunting sumber]
  • Warisan Warkah Melayu Wrkh 1625-1899
  • Vernacular Newspapers - Editorials VN 1887-1940
  1. ^ Hashim Awang (1986) Glosari Mini Kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
  2. ^ Winstedt, R.O. (1969) A History of Classical Malay Literature.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]