[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kekhilafahan Uthmaniyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Khilafah Uthmaniyyah)
Selim I, khalifah Uthmaniyah yang pertama (1517–1520) dan Abdul Majid II, khalifah Uthmaniyah yang terakhir (1922–1924)

Kekhilafahan Uthmaniyah (1517–1924), di bawah dinasti Uthmaniyah daripada Empayar Uthmaniyah, adalah khilafah Islam Sunni terakhir zaman pertengahan dan awal zaman moden. Semasa tempoh pertumbuhan Uthmaniyah, penguasa Uthmanah mengaku kuasa khalifah sejak penaklukan Murad I terhadap Edirne pada tahun 1362.[1] Kemudian Selim I, melalui penaklukan dan penyatuan tanah muslim, menjadi pembela Kota Suci Mekah dan Madinah yang terus memperkuat tuntutan Uthmaniyah untuk menjadi khalifah di dunia Islam.

Kematian Khalifah Uthmaniyah terjadi disebabkan oleh pengikisan kekuasaan yang lambat berhubung dengan Eropah Barat, dan kerana akhir negara Uthmaniyah akibat pembahagian Empayar Uthmaniyah oleh mandat Liga Bangsa-Bangsa. Abdul Majid II, khalifah Uthmaniyah yang terakhir, memegang kedudukan khalifahnya selama beberapa tahun selepas pemisahan tersebut, tetapi dengan pembaharuan sekular Mustafa Kemal dan pengasingan keluarga Osmanoğlu diraja dari Republik Turki pada tahun 1924, kedudukan khalifah telah dihapuskan.

Nota dan rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Lambton, Ann; Lewis, Bernard (1995). The Cambridge History of Islam: The Indian sub-continent, South-East Asia, Africa and the Muslim west. 2. Cambridge University Press. m/s. 320. ISBN 9780521223102. Dicapai pada 13 March 2015.