Krisis ekonomi 2008
Pada tahun 2008, suatu krisis ekonomi sedunia dikatakan terjadi melihat dari beberapa peristiwa hingga berlakunya kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Ini merangkumi harga minyak tinggi yang menyebabkan harga makanan tinggi (akibat pergantungan penghasilan makanan pada petroleum, di samping menggunakan hasil tanaman makanan seperti etanol dan biodiesel sebagai alternatif kepada petroleum) dan inflasi sedunia; krisis kredit teruk yang mengakibatkan lingkupnya bank-bank pelaburan dan komersial yang besar dan ternama di merata dunia; pengangguran makin menjadi-jadi; dan kemungkinan kemelesetan sejagat.
Peristiwa sedunia
[sunting | sunting sumber]Harga komoditi tinggi
[sunting | sunting sumber]Dekad 2000-an menyaksikan ledakan komoditi, iaitu harga komoditi utama melambung semula setelah melalui Kemelesetan Komoditi Besar 1980-2000. Namun pada tahun 2008, harga-harga kebanyakan komoditi, khususnya minyak dan makanan, melambung begitu tinggi sampai betul-betul menjejaskan ekonomi, membawa ancaman stagflasi dan pengunduran globalisasi.[1]
Pada bulan Januari 2008, harga minyak mencecah $100 setong buat julung kalinya dalam apa yang disifatkan antara peristiwa penting terawal yang berlaku sepanjang tahun ini.[2] Pada bulan Julai, harga minyak mencapai tahap $147 setong, namun selepas itu kembali menjunam.
Krisis makanan dan bahan api pernah dibincangkan di Sidang Kemuncak G8 ke-34 pada bulan Julai.[3]
Pada separuh kedua tahun 2008, harga kebanyakan komoditi menjunam atas jangkaan permintaan berkurangan dalam keadaan ekonomi dunia meleset.[4]
Perdagangan
[sunting | sunting sumber]Pada pertengahan bulan Oktober 2008, Indeks Kering Baltik yang mengukur jumlah perkapalan, jatuh 50% dalam seminggu kerana krisis kredit menyukarkan para pengeksport memperoleh surat kredit.[5]
Inflasi
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Februari 2008, Reuters melaporkan bahawa inflasi global mencapai tahap paling dahsyat dalam sejarah, lebih-lebih lagi inflasi domestik adalah pada paras tertinggi dalam masa 10-20 tahun bagi kebanyakan negara.[6] "Lebihan bekalan wang di seluruh dunia, pelonggaran kewangan oleh Rizab Persekutuan untuk membendung krisis kewangan, bertambahnya pembangunan yang didukung dasar kewangan longgar di Asia, spekulasi terhadap komoditi, kegagalan pertanian, peningkatan kos import dari China dan kenaikan permintaan makanan dan komoditi di pasaran memuncul yang pesat membangun" dijadikan kemungkinan penyebab inflasi.[7]
Pada pertengahan bulan 2008, data IMF menunjukkan bahawa inflasi adalah pada tahap tertinggi di negara pengeksport minyak, terutamanya akibat pertumbuhan rizab tukaran asing yang kekurangan pengendalian dasar kewangan yang boleh mengimbangi campur tangan tukaran asing sedemikian agar memastikan sasaran dasar kewangan negara itu tercapai. Bagaimanapun, inflasi juga menjadi-jadi di negara-negara yang dikelaskan oleh IMF sebagai "negara termundur bukan pengeksport minyak" dan "Asia Membangun", disebabkan kenaikan harga minyak dan makanan.[8]
Inflasi juga menjadi-jadi di negara-negara maju,[9][10] namun tidak seteruk yang dialami negara-negara membangun.
Pengangguran
[sunting | sunting sumber]Pertubuhan Buruh Antarabangsa menjangka bahawa sekurang-kurangnya 20 juta pekerjaan bakal hilang menjelang penghujung tahun 2009 akibat krisis - kebanyakannya dalam "sektor pembinaan, hartanah, perkhidmatan kewangan, dan kereta", sekaligus mengakibatkan pengangguran sedunii8iua melepasi tahap 200 juta buat julung kalinya.[11]
Amerika Utara
[sunting | sunting sumber]Kanada
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Mei 2008, KDNK Kanada dilaporkan susut 0.1% akibat kemerosotan industri perlombongan, minyak dan gasnya sebanyak 1.2% serta kejatuhan penghasilan kereta sebanyak 3.6%. Keluaran pembinaan di Kanada jatuh 0.4%, utiliti jatuh 1.3%, dan hasil pertanian pula menyusut 0.9%.[12] Pada suku pertama tahun 2008, ekonomi Canada merudum 0.3%, lalu Bank Kanada menyatakan bahawa pertumbuhan suku kedua mungkin kurang 0.8% dari jangkaan sebelum ini.[13] Kanada seterusnya mengkaji semula prestasi KDNK suku pertamanya yang menunjukkan penyusutan 0.8% dan menyatakan prestasi KDNK suku kedua meningkat 0.3% sahaja.[14]
Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]Amerika Syarikat memasuki tahun 2008 ketika mengalami pembetulan pasaran perumahan, krisis gadai janji subprima dan kemerosotan nilai dolar.[15] Pada bulan Februari, 63,000 orang hilang pekerjaan dalam kejadian pengangguran terbesar sejak lima tahun.[16] Pada bulan September, 159,000 orang lagi hilang pekerjaan, maka purata hilang kerja bulanan dari Januari hingga September 2008 mencecah 84,000 orang sebulan.[17]
Perubahan kadar rizab persekutuan (Tahun terkini sahaja) | |||||
Tarikh | Kadar diskaun | Kadar diskaun | Kadar diskaun | Dana persekutuan | Kadar dana persekutuan |
---|---|---|---|---|---|
Primer | Sekunder | ||||
perubahan kadar | kadar faedah baru | kadar faedah baru | perubahan kadar | kadar faedah baru | |
Apr 30, 2008 | -.25% | 2.25% | 2.75% | -.25% | 2.00% |
Mar 18, 2008 | -.75% | 2.50% | 3.00% | -.75% | 2.25% |
Mar 16, 2008 | -.25% | 3.25% | 3.75% | ||
Jan 30, 2008 | -.50% | 3.50% | 4.00% | -.50% | 3.00% |
Jan 22, 2008 | -.75% | 4.00% | 4.50% | -.75% | 3.50% |
Rujuk carta terperinci kadar diskaun persekutuan Amerika Syarikat: [1]
Kemelesetan
[sunting | sunting sumber]Pada awal tahun 2008, ramai pemerhati percaya bahawa kemelesetan sudah melanda Amerika Syarikat.[18][19][20] Sebagai kesan langsung keruntuhan syarikat kewangan Bear Stearns, Global Insight menaikkan kebarangkalian kemelesetan yang semakin teruk ke paras 40% (berbanding 25% sebelum syarikat itu jatuh). Lebih-lebih lagi, pergolakan pasaran kewangan menandakan krisis ini pastinya bukan ringan mahupun singkat.
Pada bulan Mac 2008, bekas Pengerusi Rizab Persekutuan Alan Greenspan berkata bahawa krisis kewangan di AS mungkin dilihat sebagai yang paling teruk semenjak berakhirnya Perang Dunia II.[21]
Menurut perangkaan yang dikeluarkan Biro Analisa Ekonomi pada bulan Mei 2008, pertumbuhan KDNK dua suku tahun sebelumnya adalah positif. Memandangkan salah satu petanda kemelesetan yang ketara ialah pertumbuhan ekonomi negatif selama sekurang-kurangnya dua suku fiskal, sesetengah penganalisa percaya ini menandakan ekonomi AS belum dilanda kegawatan ketika itu.[22] Namun, jangkaan ini diragui beberapa penganalisa yang mendakwa sekiranya inflasi diambil kira, maka pertumbuhan KDNK menjadi negatif selama dua suku itu, maka jadinya kemelesetan teknikal.[23] Dalam satu laporan keluaran 9 Mei 2008, ketua ahli ekonomi Amerika Utara untuk bank pembangunan Merrill Lynch menulis, walaupun dilaporkan pertumbuhan KDNK untuk suku pertama 2008, namun "masih boleh dipercayai bahawa kemelesetan sudah melanda antara bulan September dan Januari", atas sebab keempat-empat petunjuk kemelesetan Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan memuncak dalam jangka masa tersebut.[24]
Pengarah belanjawan negeri New York membuat kesimpulan bahawa negerinya secara rasminya sudah dilanda kemelesetan. Gabenor David Paterson menyeru sesi ekonomi kecemasan perundangan negeri diadakan pada 19 Ogos untuk menggesa potongan bajet $600 juta di samping pembekuan penyewaan dan penurunan perbelanjaan agensi negeri sebanyak 7% yang sudah dilaksanakan Gabenor.[25] Satu laporan yang dikeluarkan ahli-ahli ekonomi firma Wachovia pada 1 Ogos berkata, negeri Florida secara rasminya dilanda kemelesetan.[26]
Pengarah belanjawan Rumah Putih Jim Nussle berkata AS mengelak kemelesetan berikutan perangkaan KDNK yang dikaji semula oleh Jabatan Perdagangan menunjukkan penyusutan 0.2% dalam suku keempat tahun 2007 berbanding kenaikan 0.6%, dan pembetulan ke 0.9% dari 1% pada suku pertama 2008. KDNK suku kedua pula berada pada paras 1.9% di bawah jangkaan 2% sebelum ini.[27] Martin Feldstein yang mengetuai Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan sehingga bulan Jun dan bertugas di panel pentarikhan kemelesetan, berkata beliau percaya AS sudah agak lama mengalami kemelesetan dan Rizab Persekutuan tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan.[28]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-01-14. Dicapai pada 2008-10-22.
- ^ "Crude oil prices set record high 102.08 dollars per barrel".[pautan mati kekal]
- ^ "Africa's Plight Dominates First Day of G8 Summit".
- ^ {{cite web|url=http://ftalphaville.ft.com/blog/2008/10/10/16910/commodities-crash/%7Ctitle=Commodities[pautan mati kekal] crash
- ^ A juddering halt to world trade
- ^ "Global inflation climbs to historic levels". International Herald Tribune. 2008-02-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-16. Dicapai pada 2008-07-11.
- ^ "Are emerging economies causing inflation?". Economic Times (India). 2008-07-08. Dicapai pada 2008-07-11.
- ^ "Prospects for Inflation outside America - Guest Post from Menzie Chinn". Jeff Frankel's Weblog. 2008-06-26. Dicapai pada 2008-07-11.
- ^ "EU slashes growth forecast, foresees inflation surge".
- ^ "EU cuts growth forecast".
- ^ "Financial crisis to cost 20 mn jobs: UN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-26. Dicapai pada 2008-10-22.
- ^ "Canada GDP Unexpectedly Shrank in May on Gas, Cars". Bloomberg. 2008-07-31. Dicapai pada 2008-08-10.
- ^ "Economy, inflation weaker than expected, says Bank of Canada". The Canadian Press. 2008-08-26. Dicapai pada 2008-08-26. Check date values in:
|date=
(bantuan)[pautan mati kekal] - ^ "Canada squeaks past recession as GDP edges up in second quarter". The Canadian Press. 2008-08-29. Dicapai pada 2008-08-29. Check date values in:
|date=
(bantuan)[pautan mati kekal] - ^ "dollar hits record low against euro, oil prices rally".
- ^ Aversa, Jeannine, "Employers Slash 63,000 Jobs in February, Most in 5 years, Feeding Recession Fears,", Associated Press, 7 Mac 2008. DIcapai 11 Julai 2008.
- ^ CJJ Staff, "Massive Job Cuts Across the Country" Diarkibkan 2008-10-29 di Wayback Machine, accessed October 6, 2008
- ^ "Recession in the US 'has arrived'".
- ^ "US recession is already here, warns Merrill". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-04. Dicapai pada 2021-08-29.
- ^ "Poll: Majority of people believe recession underway".
- ^ Greenspan, Alan. "We will never have a perfect model of risk". Financial Times. Dicapai pada 2008-09-22.
- ^ Zumbrun, Joshua (2008-04-30). "Technically, No Recession (Feel Better?)". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-03. Dicapai pada 2008-05-08.
- ^ "US in Recession Despite Manipulated Employment and Inflation Statistics". The Market Oracle. 2008-05-03. Dicapai pada 2008-05-08.
- ^ "Rosenberg: Debunking Five Myths". Mish's Global Economic Trend Analysis. 2008-05-18. Dicapai pada 2008-05-19.
- ^ "New York economy officially in recession, state budget director says". The Business Review. 2008-07-30. Dicapai pada 2008-08-10.
- ^ "Wachovia economists say Florida is in recession". Business Week. 2008-08-01. Dicapai pada 2008-08-10.
- ^ "White House says U.S. avoided recession". Market Watch. 2008-07-31. Dicapai pada 2008-08-10.
- ^ "U.S. May Be in `Very Long' Recession, Harvard's Feldstein Says". Bloomberg. 2008-07-31. Dicapai pada 2008-08-10.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Brau, Eduard and McDonald, Ian (editors). Successes of the International Monetary Fund : untold stories of cooperation at work. New York : Palgrave Macmillan, 2009. ISBN 978-0-230-20313-6 ISBN 0-230-20313-2
- Carney, Richard (editor). Lessons from the Asian financial crisis. New York, NY : Routledge, 2009. ISBN 978-0-415-48190-8 (hardback) ISBN 0-415-48190-2 (hardback) ISBN 978-0-203-88477-5 (ebook) ISBN 0-203-88477-9 (ebook)
- Funnell, Warwick N. In government we trust : market failure and the delusions of privatisation / Warwick Funnell, Robert Jupe and Jane Andrew. Sydney : University of New South Wales Press, 2009. ISBN 978-0-86840-966-5 (pbk.)
- Hunnicutt, Susan, book editor. The American housing crisis. Farmington Hills, MI : Greenhaven Press, c2009. ISBN 978-0-7377-4310-4 (hbk.) ISBN 978-0-7377-4309-8 (pbk.)
- Lowenstein, Roger. While America aged : how pension debts ruined General Motors, stopped the NYC subways, bankrupted San Diego, and loom as the next financial crisis / Roger Lowenstein. New York : Penguin Press, 2008. 274 p. ; ISBN 978-1-59420-167-7 ISBN 1-59420-167-6
- Read, Colin. Global financial meltdown : how we can avoid the next economic crisis / Colin Read. New York : Palgrave Macmillan, c2009. ISBN 978-0-230-22218-2
- Robertson, Justin. US-Asia economic relations : a political economy of crisis and the rise of new business actors. Abingdon, Oxon ; New York, NY : Routledge, 2008. ISBN 978-0-415-46951-7 (hbk.) ISBN 978-0-203-89052-3 (ebook)
- United States. Congress. House. Committee on the Judiciary. Subcommittee on Commercial and Administrative Law. Working families in financial crisis : medical debt and bankruptcy : hearing before the Subcommittee on Commercial and Administrative Law of the Committee on the Judiciary, House of Representatives, One Hundred Tenth Congress, first session, July 17, 2007. Washington : U.S. G.P.O. : For sale by the Supt. of Docs., U.S. G.P.O., 2008. 277 p. : ISBN 978-0-16-081376-4 ISBN 0-16-081376-X http://purl.access.gpo.gov/GPO/LPS99198
- Zandi, Mark M. Financial shock : a 360° look at the subprime mortgage implosion, and how to avoid the next financial crisis / Mark Zandi. Upper Saddle River, N.J. : FT Press, c2009. Description: 270 p. : ISBN 0-13-714290-0 (hardback : alk. paper) ISBN 978-0-13-714290-3 (hardback : alk. paper) 2830026
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "The Depression of 2008" Fred Foldvary 2007
- Global Economic Crisis Resource Guide - Indexed sites include news, special coverage websites, economic indicators, statistics, credit and debt, energy, food, housing, mortgages, subprime, labor and unemployment, and related resources from the U.S. Government. Directory from Middletown Thrall Library, A Federal Depository Library