Kelumpang telur
Kelumpang telur | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Monokot |
Order: | Asparagales |
Keluarga: | Asparagaceae |
Genus: | Agave |
Spesies: | A. angustifolia
|
Nama binomial | |
Agave angustifolia |
Kelumpang telur (juga kelompang telur; nama botani: Agave angustifolia)[2] ialah spesies tumbuhan dari genus Agave yang tumbuh asli di Mexico dan Amerika Tengah.[3]
Botani
[sunting | sunting sumber]Daun kelumpang telur berbentuk mata lembing berwarna hijau serta tepi berwarna hijau pucat, kuning atau putih.[2] Daunnya lebih tebal daripada daun nanas.[2] Setiap helai daun mempunyai duri yang keras dan tajam di hujungnya.
Ia mempunyai getah yang boleh menyebabkan keradangan kimia.[4]
Bunganya tumbuh pada pucuk batang bulir yang bercabang-cabang, batang ini tumbuh sehingga 3–6 meter.[2]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Pokok kelumpang telur ditanam untuk menghiasi halaman rumah atau tepi jalan. Durinya pada daun-daun pokok yang ditanam ini digunting dan dibuang untuk mengelak daripada tertusuk.[4] Kadang-kadang duri ini ditutup dengan kulit telur yang telah kosong, juga semacam hiasan.[perlu rujukan]
Umbutnya dimasak dan ditapai untuk dibuat minuman keras di Mexico.[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ García-Mendoza, A.J.; Casas, A.; González-Elizondo, M.; Torres-García, I.; Véliz, M.; Sandoval-Gutiérrez, D.; Hernández Sandoval, L. (2019). "Agave angustifolia". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T96899948A96899951. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-3.RLTS.T96899948A96899951.en. Dicapai pada 20 November 2021.
- ^ a b c d e Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 38, 148–149. ISBN 9789676118929.
- ^ "Agave angustifolia Haw". Plants of the World Online. Royal Botanical Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
- ^ a b "Cantik dipandang, jangan sampai tercucuk duri". Berita Harian. 11 Mac 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2007.