[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kebuluran Besar Ireland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kebuluran Besar (Ireland))
Gambaran seorang ibu yang menderita dengan dua anaknya akibat Kebuluran Besar ini, tahun 1849

Kebuluran Besar Ireland (Ireland: an Gorta Mór, [anˠ ˈgɔɾˠtˠa mˠoːɾˠ]) merupakan suatu tempoh kesusahan yang dilalui dengan kejadian kebuluran, penyakit dan penghijrahan di pulau tersebut antara tahun-tahun 1845 dan 1849.[1]:xv

Kebuluran ini dianggap berpunca secara langsungnya daripada hawar[2]:7 yang membunuh tanaman kentang di serata Eropah sewaktu tahun 1840-an. Kesan yang dibawa oleh kegagalan tanaman lebih jauh terkena terutamanya di Ireland kerana kebergantungan tinggi satu pertiga penduduk pulau tersebut kepada tanaman tersebut atas faktor bermotifkan etnik, agama, politik, sosial dan ekonomi seperti pemerolehan tanah, pemilikan ghaib tanah oleh pemilik yang tidak menghuninya (absentee landlord) dan pemaktuban Undang-Undang Bijirin oleh kerajaan Britain. Kesemua faktor ini menyumbang kepada bencana ini pada tahap-tahap yang berbeza serta dihujahkan secara sengitnya dalam perbincangan sejarah.

Bencana ini merupakan titik genting dalam sejarah Ireland[1]:xv yang pada ketika itu merupakan sebahagian daripada negara gabungan Negara Beraja Bersatu Britain Raya dan Ireland dari segi demografi, politik dan budaya di pulau tersebut. Ia menjadi begitu diingati penduduk Ireland serta diasporanya <ref>"The Famine that affected Ireland from 1845 to 1852 has become an integral part of folk legend."[1]:342 lalu menjadi pembakar semangat pergerakan-pergerakan yang mendokong fahaman nasionalisme di Ireland. Hubungan antara masyarakat pulau tersebut Ireland dengan kerajaan yang memerintah di United Kingdom menjadi lebih keruh lalu menegangkan hubungan antara etnik dan mazhab agama (yakni antara golongan Katolik Ireland dengan Anglikan Britain), serta menguatkan sentimen dan perjuangan nasionalisme dan republikanisme di Ireland serta para emigrannya di negara lain sejauh Amerika Syarikat.

  1. ^ a b c Kinealy, Christine (1994), This Great Calamity, Gill & Macmillan, ISBN 0-7171-1881-9
  2. ^ Ó Gráda, Cormac (2006), Ireland's Great Famine: Interdisciplinary Perspectives, Dublin Press, ISBN 978-1-904558-57-6

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]