[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Ekoton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lapisan rumput buluh ialah ekoton yang biasa ditemui di tepi tasik. Lapisan tersebut cenderung mengumpul bahan organik yang kemudiannya dijajah oleh pokok, memaksa rumput buluh untuk berundur jauh ke dalam tasik.

Ekoton ialah kawasan peralihan antara dua komuniti biologi, [1] di mana dua komuniti bertemu dan berintegrasi. [2] Ia mungkin bersaiz sempit atau lebar, dan ia mungkin sejenis kawasan setempat (zon antara padang dan hutan) atau kawasan wilayah (peralihan antara ekosistem hutan dan padang rumput ). [3] Ekoton mungkin muncul di atas tanah sebagai gabungan ansuran dua komuniti yang merangkumi kawasan yang luas, atau ia mungkin muncul sebagai suatu garis sempadan yang jelas.

  • Ekoton Kra yang bertempat antara latitud 11°U dan 13°U iaitu di utara Segenting Kra yang menghubungkan Semenanjung Thai-Melayu dengan tanah besar Asia ialah contoh ekoton skala serantau. [4] Ia menandakan zon peralihan antara hutan luruh lembap di tanah besar rantau biogeografi Asia Tenggara di utara dan hutan keruing-keruingan bermusim basah di wilayah Sundaland di selatan. [4] Ia telah dikaji sebagai peralihan biogeografi antara fauna Indochina dan Sunda. [5] Kira-kira 152 spesies burung didapati mempunyai had julat utara atau selatan antara latitud ini. [5] Kajian genetik populasi juga mendapati bahawa ekoton Kra ialah penghalang fizikal utama yang mengehadkan aliran gen lebah madu: Apis cerana dan Apis dorsata dan lebah tanpa sengat: Trigona collina dan Trigona pagdeni . [6]
  • Garis Wallace yang merentasi Selat Lombok antara pulau Bali dan pulau Lombok di Indonesia adalah merupakan sempadan fauna yang memisahkan alam Indomalaya dari Wallacea . [7] Ia dinamakan bersempena Alfred Russel Wallace, manusia pertama yang mengkaji sempadan antara dua biom pada tahun 1859. Para ahli biologi percaya bahawa kedalaman Selat Lombok itu sendiri yang menjadikan binatang di kedua-dua belah sempadan diasingkan daripada satu sama lain. Walau bagaimanapun, telah didapati bahawa pada masa lalu, beberapa haiwan yang tidak dapat terbang seperti spesies kumbang tertentu telah terlibat dalam beberapa kejadian pelanggaran batas di mana spesies dari daratan di sebelah timur Garis Wallace berpindah ke Bali. [8] Apabila paras laut menurun semasa zaman ais Pleistosen, kepulauan Bali, Jawa dan Sumatera semuanya bersambung antara satu sama lain dan pada tanah besar Asia. Mereka berkongsi fauna Asia. Kedalaman perairan Selat Lombok menyebabkan Lombok dan kepulauan Sunda Kecil terpencil dari tanah besar Asia. Kepulauan ini, sebaliknya, dijajah oleh fauna Australasia.
  • Ekoton Taman Negara Mbam Djerem di Cameroon yang lebarnya sehingga 1,000 km dan perbezaan ditemui dalam spesies di situ dipercayai adalah pelopor kepada penspesiesan . [9]
  • Contoh umum ekoton termasuk rawang masin dan zon riparia.
  1. ^ Senft, Amanda (2009). Species Diversity Patterns at Ecotones (PDF). University of North Carolina. Diarkibkan daripada yang asal (Master's thesis) pada 2011-09-30. Dicapai pada 2011-01-07.Senft, Amanda (2009). Species Diversity Patterns at Ecotones (PDF). University of North Carolina. Archived from the original (Master's thesis) on 2011-09-30. Retrieved 2011-01-07.
  2. ^ Pearl, Solomon Eldra; Berg, Linda R.; Martin, Diana W. (2011). Biology. Belmont, California: Brooks/Cole.Pearl, Solomon Eldra; Berg, Linda R.; Martin, Diana W. (2011). Biology. Belmont, California: Brooks/Cole.[halaman diperlukan][page needed]
  3. ^ Smith, Robert Leo (1974). Ecology and Field Biology (ed. 2nd). Harper & Row. m/s. 251. ISBN 978-0-06-500976-7.
  4. ^ a b Smith, Deborah R (2011). "Asian Honeybees and Mitochondrial DNA". Honeybees of Asia. m/s. 69–93. doi:10.1007/978-3-642-16422-4_4. ISBN 978-3-642-16421-7.
  5. ^ a b Hughes, Jennifer B; Round, Philip D; Woodruff, David S (2003). "The Indochinese-Sundaic faunal transition at the Isthmus of Kra: An analysis of resident forest bird species distributions". Journal of Biogeography. 30 (4): 569–80. doi:10.1046/j.1365-2699.2003.00847.x.Hughes, Jennifer B; Round, Philip D; Woodruff, David S (2003). "The Indochinese-Sundaic faunal transition at the Isthmus of Kra: An analysis of resident forest bird species distributions". Journal of Biogeography. 30 (4): 569–80. doi:10.1046/j.1365-2699.2003.00847.x. S2CID 55953315.
  6. ^ Theeraapisakkun, M; Klinbunga, S; Sittipraneed, S (2010). "Development of a species-diagnostic marker and its application for population genetics studies of the stingless bee Trigona collina in Thailand". Genetics and Molecular Research. 9 (2): 919–30. doi:10.4238/vol9-2gmr775. PMID 20486087.
  7. ^ Alfano, Niccolò; Michaux, Johan; Morand, Serge; Aplin, Ken; Tsangaras, Kyriakos; Löber, Ulrike; Fabre, Pierre-Henri; Fitriana, Yuli; Semiadi, Gono (2016). "Endogenous Gibbon Ape Leukemia Virus Identified in a Rodent (Melomys burtoni subsp.) from Wallacea (Indonesia)". Journal of Virology. 90 (18): 8169–80. doi:10.1128/JVI.00723-16. PMC 5008096. PMID 27384662.
  8. ^ Tanzler, R; Toussaint, E. F. A; Suhardjono, Y. R; Balke, M; Riedel, A (2014). "Multiple transgressions of Wallace's Line explain diversity of flightless Trigonopterus weevils on Bali". Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences. 281 (1782): 20132528. doi:10.1098/rspb.2013.2528. PMC 3973253. PMID 24648218.
  9. ^ Steve Nadis (11 June 2016). "Life on the edge". New Scientist.