[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Devon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Devonian)
Devon
419.2 ± 3.2 – 358.9 ± 0.4 Ma
Peta Bumi sewaktu akhir tempoh Devon, sekitar 370 Ma.
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Nama panggilanZaman Ikan
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDKP grafolit Monograptus uniformis
Sempadan bawah GSSPKlonk, Republik Czech
49°51′18″N 13°47′31″E / 49.8550°N 13.7920°E / 49.8550; 13.7920
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP1972[1]
Takrif sempadan atasDKP konodonta Siphonodella sulcata (ditemui mempunyai masalah biostratigrafi pada tahun 2006).[2]
Sempadan atas GSSPLa Serre, Montagne Noire, Perancis
43°33′20″N 3°21′26″E / 43.5555°N 3.3573°E / 43.5555; 3.3573
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP1990[3]
Data atmosfera dan iklim
Nilai aras laut melebihi zaman kiniAgak stabil sekitar 189 m, beransur-ansur turun ke 120 m sepanjang tempoh tersebut[4]

 

Devon ialah nama bagi satu tempoh dan sistem geologi pada era Paleozoik di bawah eon Fanerozoik, merangkumi 60.3 juta tahun bermula dari penghujung tempoh Silur pada 419.2 juta tahun dahulu (jtd), sehingga ke permulaan tempoh Karbon yang seterusnya pada 358.9 jtd.[5] Ia dinamakan sempena Devon, England Barat Daya, yang merupakan tempat paling awal munculnya batu-batuan dari tempoh ini dan kemudian dikaji.

Percambahan evolusi pertama hidupan di daratan berlaku semasa tempoh Devon, apabila tumbuhan daratan berspora bebas (pteridofit) mula merebak di tanah kering, membentuk hutan arang batu yang meliputi benua secara meluas. Menjelang pertengahan tempoh Devon, beberapa kumpulan tumbuhan pembuluh telah mengevolusi daun benar dan akar benarnya, dan pada penghujung tempoh tersebut tumbuhan berbiji pertama (pteridospermatofit) muncul. Proses evolusi dan pengkolonialan yang pesat, yang telah bermula semasa zaman Silur, dikenali sebagai Revolusi Terestrial Silur-Devon. Haiwan darat yang terawal, kebanyakannya artropoda seperti miriapoda, araknida dan heksapoda, juga mantap kemandiriannya pada awal tempoh ini, selepas memulakan pengkolonialan daratan sekurang-kurangnya bermula zaman Ordovisi.

Ikan, terutamanya ikan rahang, mencapai kepelbagaian yang besar pada masa ini, menyebabkan tempoh Devon sering digelar sebagai Zaman Ikan. Plakoderma berperisai mula mendominasi hampir setiap persekitaran akuatik yang diketahui. Di kawasan lautan, jenis-jenis ikan rawan seperti jerung primitif menjadi lebih banyak berbanding pada tempoh Silur dan tempoh Ordovisi Akhir. Tetrapodomorfa, yang termasuk nenek moyang semua vertebrata berkaki empat (iaitu tetrapoda), mula bercambar keluar daripada ikan bersirip cuping air tawar apabila sirip dada dan pelvisnya yang lebih tegap dan berotot berkembang secara beransur-ansur menjadi anggota badan depan dan belakang, walaupun mereka belum mantap sepenuhnya untuk hidup di darat sehingga tempoh Karbon Akhir.[6]

Amonit pertama, yang merupakan salah satu subkelas moluska sefalopod, muncul. Trilobit, brakiopoda dan terumbu karang yang besar masih biasa wujud pada zaman Devon. Kepupusan Devon Akhir yang bermula kira-kira 375 jtd[7] menjejaskan kehidupan marin dengan teruk, sehingga membunuh kebanyakan sistem terumbu, kebanyakan ikan tanpa rahang, separuh daripada semua plakoderma, dan hampir semua trilobit kecuali beberapa spesies dari order Proetida. Kepupusan paling akhir yang dikenali sebagai krisis Hangenberg berlaku pada sekitar 359 jtd, seterusnya memberi kesan kepada ekosistem dan melengkapkan kepupusan semua terumbu bunga karang kalsit dan plakoderma.

Palaeogeografi Devon didominasi oleh benua besar Gondwana di selatan, benua kecil Siberia di utara, dan benua Laurusia bersaiz sederhana di timur. Peristiwa tektonik utama termasuk penutupan Lautan Reik, pemisahan plat China Selatan dari Gondwana, dan pengembangan Lautan Paleo-Tethys. Tempoh Devon ini mengalami beberapa peristiwa major pembinaan gunung sewaktu Laurusia dan Gondwana menghampiri; dan hal ini termasuk Orogeni Akadia di Amerika Utara dan permulaan Orogeni Variska di Eropah. Perlanggaran awal ini mendahului pembentukan superbenua tunggal Pangea pada era Paleozoik Akhir.

Pembahagian

[sunting | sunting sumber]

Tempoh Devon secara formal terbahagi kepada bahagian kecil Awal, Tengah dan Akhir. Batuan berpadanan dengan epok-epok tersebut pula dikategorikan kepada bahagian Bawah, Tengah, Atas di bawah Sistem Devon.

Devon Awal

Epok Devon Awal menjangkau bermula 419.2 sehingga ke 393.3 jtd. Ia bermula dengan Peringkat Lochkovian dari 419.2 sehingga ke 410.8 jtd, yang kemudian diikuti dengan Peringkat Pragian dari 410.8 sehingga ke 407.6 jtd, dan kemudian bersambung dengan Peringkat Emsian, yang berakhir sehingga permulaan Epok Devon Tengah, 393.3 jtd.[8] Pada waktu ini, amonoid pertama muncul, yang bersanad dari nautiloid baktritoid. Amonoid pada masa ini adalah ringkas dan berbeza sedikit berbanding padanan nautiloid yang dibandingkan. Amonoid tersebut terkumpul di bawah order Agoniatitida, yang pada epok kemudiannya berevolusi menjadi order amonoid baharu, seperti Goniatitida dan Clymeniida. Kelas moluska sefalopoda ini mendominasi fauna lautan sehingga ke permulaan Era Mesozoik.

Devon Tengah

Epok Devon Tengah terdiri daripada dua bahagian kecil: yang pertama ialah Peringkat Eifelian, yang kedua ialah Peringkat Givetian 387.7 jtd. Pada ketika ini ikan agnatha yang tiada rahang mula berkurangan kepelbagaiannya di persekitaran air tawar serta persekitaran lautan disebabkan perubahan persekitaran yang mendadah serta peningkatan persaingan, pemangsa dan kepelbagaian ikan berahang. Kawasan perairan yang cetek, panas dan kekurangan oksigen pada tasik dalam benua pada tempoh Devon pula dikelilingi tumbuhan primitif, dan menyediakan persekitaran yang diperlukan untuk beberapa jenis ikan kuno untuk berevolusi beberapa ciri-ciri penting seperti peparu yang matang fungsinya, serta keupayaan untuk merangkak keluar dari air ke daratan untuk masa yang singkat.[9]

Devon Akhir

Akhirnya, epok Devon Akhir bermula dengan Peringkat Frasnian dari 382.7 ke 372.2 jtd, yakni sewaktu hutan pertama mula terbentuk di daratan. Tetrapoda pertama muncul dalam rekod fosil pada Peringkat Famennian yang seterusnya, dengan permulaan dan pengakhiran peringkat tersebut ditandakan dengan peristiwa kepupusan. Perkara ini berlangsung sehingga ke akhir tempoh Devon pada 358.9 jtd.[8]

  1. ^ Chlupáč, Ivo; Hladil, Jindrich (January 2000). "The global stratotype section and point of the Silurian-Devonian boundary". CFS Courier Forschungsinstitut Senckenberg: 1–8. Dicapai pada 7 December 2020.
  2. ^ Kaiser, Sandra (1 April 2009). "The Devonian/Carboniferous boundary stratotype section (La Serre, France) revisited". Newsletters on Stratigraphy. 43 (2): 195–205. doi:10.1127/0078-0421/2009/0043-0195. Dicapai pada 7 December 2020.
  3. ^ Paproth, Eva; Feist, Raimund; Flajs, Gerd (December 1991). "Decision on the Devonian-Carboniferous boundary stratotype" (PDF). Episodes. 14 (4): 331–336. doi:10.18814/epiiugs/1991/v14i4/004. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-06-09.
  4. ^ Haq, B. U.; Schutter, SR (2008). "A Chronology of Paleozoic Sea-Level Changes". Science. 322 (5898): 64–68. Bibcode:2008Sci...322...64H. doi:10.1126/science.1161648. PMID 18832639. S2CID 206514545.
  5. ^ Gradstein, Felix M.; Ogg, James G.; Smith, Alan G. (2004). A Geologic Time Scale 2004. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-0521786737.
  6. ^ Amos, Jonathan. "Fossil tracks record 'oldest land-walkers'". BBC News. Dicapai pada 24 December 2016.
  7. ^ Newitz, Annalee (2013-06-13). "How do you have a mass extinction without an increase in extinctions?". The Atlantic.
  8. ^ a b Cohen, K.M.; Finney, S.C.; Gibbard, P.L.; Fan, J.-X. (2013). "The ICS International Chronostratigraphic Chart" (PDF). Episodes. 36 (3): 199–204. doi:10.18814/epiiugs/2013/v36i3/002. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2015-09-13. Dicapai pada 7 January 2021.
  9. ^ Clack, Jennifer (13 August 2007). "Devonian climate change, breathing, and the origin of the tetrapod stem group". Integrative and Comparative Biology. 47 (4): 510–523. doi:10.1093/icb/icm055. PMID 21672860. Estimates of oxygen levels during this period suggest that they were unprecedentedly low during the Givetian and Frasnian periods. At the same time, plant diversification was at its most rapid, changing the character of the landscape and contributing, via soils, soluble nutrients, and decaying plant matter, to anoxia in all water systems. The co-occurrence of these global events may explain the evolution of air-breathing adaptations in at least two lobe-finned groups, contributing directly to the rise of the tetrapod stem group.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]