[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Gangren

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gangren
Nama lain
Nekrosis bergangren
Gangren kering mengganggu jejari kaki yang merupakan susulan kepada penyakit arteri periferi
PengkhususanPenyakit berjangkit, pembedahan
GejalaPerubahan warna kulit ke merah atau hitam, kebas, bengkak, sakit, kerosakan kulit dan kesejukan[1]
KerumitanSepsis, amputasi[1][2]
JenisGangren kering, gangren basah, gangren gas, gangren dalaman, fasilitis bernekrosis[3]
Diabetes, penyakit arteri periferi, merokok, trauma major, alkoholisme, HIV/AIDS, reput fros, Sindrom Raynaud[3][4]
RawatanPembedahan, antibiotik[5]
KekerapanTidak diketahui[2]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gangren atau kelemayuh[6] ialah sejenis kematian tisu yang disebabkan oleh kekurangan bekalan darah.[4] Antara gelaja terlibat mungkin termasuk perubahan warna kulit kepada merah atau hitam, kebas, bengkak, sakit, kerosakan kulit dan kesejukan.[1] Kaki dan tangan paling kerap terjejas.[1] Sesetengah jenis mungkin wujud serentak dengan demam atau sepsis.[1]

Antara faktor-faktor risiko berkaitan termasuklah diabetes, penyakit arteri periferal, merokok, trauma major, alkoholisme, HIV/AIDS, reput fros dan sindrom Raynaud.[3][4] Gangren boleh dipecahkan lagi kepada gangren kering, gangren basah, gangren gas, gangren dalaman, dan fasilitis bernekrosis.[3] Diagnosis gangren adalah berdasarkan simptom dan disokong dengan ujian seperti pengimejan perubatan.[7]

Rawatan mungkin melibatkan pembedahan untuk membuang tisu mati, antibiotik untuk merawat sebarang jangkitan, dan usaha untuk menangani punca yang mendasari keadaan ini.[5] Usaha pembedahan mungkin termasuk pendebridan, amputasi, atau penggunaan terapi berenga.[5] Usaha untuk merawat punca dasar mungkin termasuk pembedahan pintasan atau angioplasti.[5] Dalam kes tertentu, terapi oksigen hiperbarik mungkin berguna.[5] Seberapa kerap keadaan itu berlaku tidak diketahui.[2]

  1. ^ a b c d e "Gangrene Symptoms". NHS. 13 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2017. Dicapai pada 12 December 2017.
  2. ^ a b c "Gangrene". patient.info. 12 March 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2017. Dicapai pada 12 December 2017.
  3. ^ a b c d "Gangrene Causes". NHS. 13 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2017. Dicapai pada 12 December 2017.
  4. ^ a b c "Gangrene". NHS. 13 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 March 2018. Dicapai pada 12 December 2017.
  5. ^ a b c d e "Gangrene Treatment". NHS. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2017. Dicapai pada 12 December 2017.
  6. ^ Ensaiklopedia Dualiran (1975)
  7. ^ "Gangrene Diagnosis". NHS. 13 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2017. Dicapai pada 12 December 2017.