[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Gorila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Gorilla)

Gorila
Gorila Barat
(Gorilla gorilla)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Gorillini
Genus:
Gorilla

Spesies jenis
Troglodytes gorilla
Savage, 1847
Spesies

Gorilla gorilla
Gorilla beringei

taburan Gorila
Sinonim
  • Pseudogorilla Elliot, 1913
Seksual Dimorphisme tengkorak

Gorila (Jawi: ݢوريلا; Bahasa Inggeris: Gorilla) merupakan spesis primat masih hidup yang terbesar di dunia. Haiwan ini termasuk genus Gorilla dibahagikan kepada dua spesies iaitu gorila timur (Gorilla beringei) dan gorila barat (Gorilla gorilla), dan mempunyai 4 hingga 5 subspesies.

Gorila adalah primat herbivor yang tinggal di hutan-hutan tropika Afrika tengah. DNA gorila sangat menyerupai manusia, kira-kira dalam 95-99% dan merupakan saudara evolusi terdekat Manusia selepas Cimpanzi[1].

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Perkataan "Gorilla" dikatakan berasal dari perkataan Yunani Γόριλλαι (Gorillai) yang bermaksud "Suku wanita yang berbulu"[2].