[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Tulisan Kerinchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Aksara Rencong)

Tulisan Kerinchi atau Kerinchung ialah sistem tulisan yang diterbitkan berdasarkan Pallava Tamil dan Sanskrit Kawi yang telah diturunkan atau menghasilkan tulisan Brahmi.

Rencong ialah perkataan Bahasa Melayu Kuno yang membawa maksud serong kerana tulisan ini ditulis secara menyerong dan menyendeng.

Huruf Rencong iaitu huruf Melayu Purba yang banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau dan banyak didapati digunakan semasa zaman pemerintahan Kerajaan Srivijaya. Huruf-huruf yang telah digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf tertua yang menyerupai bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut mempunyai kaitan dengan huruf-huruf orang Kemboja pada zaman purba.

Aksara huruf-huruf Kawi, Pallava dan Rencong telah ditulis orang-orang Melayu Tua di atas helaian kulit-kulit kayu, helaian daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan di atas ketulan batu-batu (batu bersurat). Tulisan kuno ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu, Batu Bersurat Kota Kapur, di Kota Kapur (Bangka Barat).


Tulisan Rencong yang terperinci pada manuskrip (UB Leiden D Or. 239 (KITLV Or. 239)). Huruf yang berbentuk O mewakili huruf vokal i. Teks yang ditulis (separuh dan dieja mengikut Voorhoeve): haku manangis ma- / -nyaru kahu kahu di- / -saru tiyada da- / -tang [hitu hadik sa-]. Tersurat: Aku menangis menyeru kau, kau diseru tiada datang [itu adik sa-] dan terjemahan moden: Aku menangis memanggil engkau, engkau yang dipanggil tidak pula datang [itu adik sa-]. (Voorhoeve, 1970)

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak versi tulisan Rencong yang telah digunakan dan masing-masing berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di Selatan Sumatera dan Sulawesi.


Cara Menulis

[sunting | sunting sumber]
Huruf Rencong dari penulisan gaya Kerinci. Suku kata Rencong mempunyai dua atau tiga bentuk yang berbeza.(Westenenk, 1922)

Tulisan Rencong ini terdiri daripada tanda baca bagi suku kata berikut (diberikan dengan bunyi a):

ka, ga, nga, ta, da, na, pa, ba, ma,
ca, ja, nya, sa, ra, la, ya, wa, ha, a,
mba, ngga, nda, nja

Selain itu, huruf yang ditandakan dengan tanda titik atau sengkang yang terletak di bawah, atas ataupun di sebelah huruf tersebut asalnya akan tetap dibunyikan huruf tersebut jika tidak dinyatakan berbunyi a adalah penanda untuk dibaca sebagai huruf lain seperti huruf vokal e, i, o, u, ai, au, ataupun bermakna huruf tersebut adalah pangkal suku kata seperti -ng atau -h. Huruf-huruf ini boleh dicantumkan bersama-sama untuk menghasilkan suku kata Bahasa Melayu yang difahami. Tanda selepas huruf na, jika dicantumkan dengan tanda baca u dan -ng akan dibaca dengan bunyi nung. Terdapat juga tanda berhenti atau tanda mati yang disebut sebagai tanda bunuh yang dituliskan secara jelas pada huruf vokal a yang ditambah; contohnya huruf ka dicantumkan dengan tanda bunuh akan menjadi -k.

Karya Kesusasteraan

[sunting | sunting sumber]
  • Uli Kozok (2005). Aksara Melayu Pra-Islam. Sastera Melayu Merentas Sepadan (Sastra Melayu Lintas Daerah), In E. Sedyawati dan A. Ikram, Jakarta: Balai Pustaka.
  • A. L. van Hasselt (1881). Karya dan Bahasa Kesusasteraan di Sumatera Tengah (De talen en letterkunde van Midden-Sumatra), E. J. Brill, Leiden
  • M. A. Jaspan (1964). Kesusateraan Tempatan di Selatan Sumatera: Teks Ka-Ga-Nga Rejang (Folk literature of South Sumatra: Redjang Ka-Ga-Nga texts), Universiti Kebangsaan Australia, Canberra
  • P. Voorhoeve (1970). Dokumen Kerinci dalam Sumbangan Bahasa, Etnologi dan Tanah 126, No: 4 ("Kerintji documents", In: Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 126, No: 4), Leiden, ms. 369-399 (online beschikbaar)
  • L. C. Westenenk (1922). Tulisan Rencong. II. disingkap penggunaannya dalam landskap Kerinci dalam Majalah Bahasa India, Tanah dan Etnologi 61 ("Rèntjong-schrift. II. beschreven hoorns in het landschap Krintji" in Tijdschrift voor Indische Taal-, Land-, en Volkenkunde 61), Batavia, Albrecht en co./'s-Gravenhage, M. Nijhoff

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.