Anthony Kiedis
Anthony Kiedis | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Tony Cole Dammett Tony Flow Antoine the Swan[1] |
Kelahiran | Grand Rapids, Michigan, Amerika Syarikat | 1 November 1962
Genre | |
Pekerjaan |
|
Instrumen |
|
Tahun aktif | 1983–kini |
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait | Red Hot Chili Peppers |
Laman sesawang | redhotchilipeppers |
Anthony Kiedis (lahir 1 November 1962) ialah seorang pemuzik, penyanyi dan pelakon dari Amerika Syarikat. Beliau mengetuai kugiran Red Hot Chili Peppers sebagai vokalis utama ia.
Awal hidup dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Kiedis lahir di bandar Grand Rapids, negeri Michigan pada tahun 1962. Ibunya Margaret "Peggy" Noble, seorang suri rumah mananakala ayahnya John Michael Kiedis seorang pelakon di bawah nama Blackie Dammett;[2] keluarga sebelah ayahnya imigran dari Lithuania pada tahun 1900-an.[3] Kedua ibu bapanya bercerai pada usia 3 tahun, di mana Anthony tinggal dibesarkan ibunya di Grand Rapids, ibunya berkahwin lagi lalu mempunyai dua adik perempuan tiri hasil hubungan tersebut.[4]
Anthony sering berkunjung melawat bapanya di Hollywood selama dua minggu - hubungan bersama begitu rapat pada ketika ini.[5] Beliau berpindah ke California untuk hidup bersama bapanya pada 1974 ketika berusia 12 tahun.[6] Di sana, Anthony menceburi lakonan di bawah nama Cole Dammett dengan filem F.I.S.T. tahun 1978 sebagai anak watak lakonan Sylvester Stallone antara lainnya.
Kiedis bersekolah di Fairfax High School di Los Angeles; pada ketika itu beliau susah berkawan memandangkan beliau baru sahaja berpindah negeri. Namun, beliau berkenalan dengan Michael "Flea Balzary dalam suatu perbalahan, namun lama-kelamaan mereka menjalin suatu persahabatan yang rapat dan "tahan lama".[7][8] Dia turut memperkenalkan Flea kepada muzik punk rock - Flea sudah tahu menahu hal bidnag muzik dengan minatnya terhadap genre jazz pada ketika itu
Kerjaya permuzikan
[sunting | sunting sumber]Kiedis, Flea dan Slovak memulakan kugiran mereka sendiri, Red Hot Chili Peppers, pada tahun 1984.
Discografi
[sunting | sunting sumber]- Bersama Red Hot Chili Peppers
- The Red Hot Chili Peppers (1984)
- Freaky Styley (1985)
- The Uplift Mofo Party Plan (1987)
- Mother's Milk (1989)
- Blood Sugar Sex Magik (1991)
- One Hot Minute (1995)
- Californication (1999)
- By the Way (2002)
- Stadium Arcadium (2006)
- I'm with You (2011)
- The Getaway (2016)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]- Di bawah nama Cole Dammett
- F.I.S.T. (1978) sebagai Kevin Kovak
- ABC Afterschool Special (1978, episod "It's a Mile from Here to Glory") sebagai Jimmy Plummer
- Jokes My Folks Never Told Me (1978) sebagai watak pelajar
- Di bawah nama sendiri
- Thrashin' (1986) sebagai diri sendiri - tidak tercatat
- Tough Guys (1986)
- Less Than Zero (1987) sebagai pemuzik #3
- Point Break (1991) sebagai Tone
- The Chase (1994) as Will
- Song to Song (2017) as Himself
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ^ "Nicknames". Anthony Kiedis.net. 24 Julai 2011. Dicapai pada 24 Jun 2013.
- ^ Kiedis, Sloman, 2004. p. 39
- ^ Kiedis, Sloman, p. 9
- ^ Kiedis, Sloman, p. 14
- ^ Kiedis, Sloman, p. 21
- ^ Sutton, Michael. "Anthony Kiedis | Biography & History". AllMusic. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ Apter, 2004. p. 34
- ^ Apter, 2004. p. 35