[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Busur silang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Crossbow)
Lakaran oleh Leonardo da Vinci, sekitar tahun 1500

Busur silang ialah sejenis senjata berjarak yang direkakan daripada busur dan terdiri dari satu susunan busur mendatar dipasang pada sebuah bingkai yang boleh dipegang dengan tangan, sepertimana kaedah sama yang digunakan bagi memegang senjata api.

Senjata ini memainkan peranan yang penting dalam peperangan yang berlaku di Asia Timur dan Eropah zaman Pertengahan.[1] Rekaan awal busur ini wujud dalam tamadun China purba lalu menyebabkan perubahan besar dalam peranan peluru senjata. Senjata busur dan anak panah yang biasa telah lama dijadikan senjata khusus yang memerlukan banyak latihan penggunaan, kekuatan fizikal dan kepakaran untuk mengendalikan senjata ini dengan tahap kecekapan yang mencukupi. Dalam banyak budaya, pemanah dianggap sebagai satu kasta yang berasingan dan dianggap hebat meskipun ahli kumpulan ini datangnya daripada kelas pertengahan. Hal ini disebabkan kemahiran memanah mereka yang dilatih dan diterapkan sejak usia kecil (sama seperti yang ada pada tamadun yang punya amalan berkuda), oleh itu tradisi ini mustahil diwujudkan budaya-budaya lain yang langsung tiada budaya sedemikian. Busur silang pula merupakan senjata pertama yang berkemudahan dari segi pengunaan, berkos rendah dan tidak memerlukan kerahan tentera yang banyak untuk mengendalikannya, lalu mana-mana negara boleh mewujudkan pasukan pembusur silang dengan perbelanjaan yang sedikit di luar kos senjata itu sendiri.[2]

Pada zaman moden, busur silang sebahagian besarnya telah digantikan oleh senjata api dalam kebanyakan situasi, namun senjata ini masih banyak digunakan untuk tujuan sukan, memburu dan apabila menembak dengan relatif diam, adalah penting.

Kegunaan moden

[sunting | sunting sumber]

Busur silang masih digunakan untuk sukan menembak dan bowhunting dalam sukan memanah moden dan untuk mengambil sampel lemak bluber untuk biopsi dalam penyelidikan saintifik yang tertentu. Di beberapa negara-negara seperti Kanada atau United Kingdom, senjata ini barangkalinya kurang dikawal dengan ketat berbanding jenis senjata api yang lain, oleh itu senjata ini amat digenari untuk tujuan memburu; beberapa bidang kuasa membenarkan musim-musim memburu hanya dengan menggunakan busur silang sahaja.[3]

  1. ^ Tom Ukinski (23 May 2013). "Drones: Mankind's Always Had Them". Guardian Liberty Voice. Dicapai pada 1 March 2015.
  2. ^ "Facts and interesting information about Medieval Weapons, Armor and arms, specifically, the Crossbow". medieval-life-and-times.info. Dicapai pada 1 March 2015.
  3. ^ https://dr6j45jk9xcmk.cloudfront.net/documents/3311/2014-ontario-hunting-regulations.pdf