[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2023. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2023 (nombor).


Milenium: milenium ke-3
Abad:
Dekad:
Tahun:

2023 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Ahad dalam kalendar Gregory.


Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Peristiwa yang diramalkan dan dijadualkan

[sunting | sunting sumber]
  • Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pulai dan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
  • Pilihan raya kecil (PRK) DUN Pelangai, pada 7 Oktober 2023.
  • Pilihan raya kecil (PRK) DUN Jepak, pada 4 November 2023.
  • Pelaksanaan menyeluruh projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak kini hampir siap sepenuhnya, sebelum projek mega ini ditamatkan pelaksanaannya pada bulan Januari 2024.
  • Projek tenaga karbon bakal dilaksanakan secara menyeluruh di negeri Sarawak.
  • Bermulanya projek asas pelaksanaan trem pintar Autonomous Rail Transit (ART) Sarawak di sekitar bandaraya Kuching, Sarawak. Projek pelaksanaan ART ini dimulakan dengan tempoh percubaan pemanduan trem pintar ART selama 3 bulan, sehingga akhir November 2023, sebelum ianya dilaksanakan secara menyeluruh pada bulan Januari 2025.
  • Pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) 2023.
  • Pembentangan Belanjawan Malaysia Madani 2024 di Parlimen, pada 13 Oktober 2023.
  • 10 Mac 2023 – Kematian seorang penyanyi berasal dari Peru, José Abelardo Gutiérrez Alanya atau dikenali sebagai Tongo, meninggal dunia pada usia 65 tahun akibat kegagalan buah pinggang yang rumit oleh diabetes.
  • 17 Ogos 2023 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun, disahkan meninggal dunia dalam nahas pesawat di kawasan Elmina, Shah Alam. Beliau adalah antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas berkenaan.
  • 15 September 2023 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip, menghembuskan nafas terakhirnya ekoran masalah komplikasi buah pinggang, setelah dimasukkan ke pusat perubatan sehari sebelumnya. Beliau adalah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.