[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Tugu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.

Sebuah tugu ialah binaan yang didirikan untuk memperingati seseorang atau sekumpulan orang yang dikebumikan atau disemadikan jauh di tempat lain. Ia dapat disamakan dengan erti monumen dalam bahasa Inggeris yaitu menurut kamus The New Oxford Illustrated Dictionary adalah segala sesuatu yang telah melalui ketahanan yang sangat lama dipakai untuk mengenang seseorang, kegiatan, atau kejadian. Erti kedua yang disebutkan kamus tersebut adalah pekerjaan atau hasil karya yang benilai kekal. Tugu disebut sebagai bangunan atau lokasi alamiah yang dilestarikan oleh kerana keindahan atau erti sejarahnya.[1]

Bentuk

Tugu dapat berupa makam kosong dari seseorang, sedangkan jenazah yang asli berada di tempat lain. Sebagaimana makam pada umumnya, makam kosong juga dijadikan tujuan ziarah dan semacamnya sesuai adat setempat. Beberapa tokoh terkemuka dan dihormati, seperti nabi dan keluarga istana, dibuatkan makam kosong untuk menghindari hal-hal yang tidak diinginkan terhadap jenazahnya.

Tugu makam juga dapat berupa monumen peringatan untuk mengenang sekelompok orang yang meninggal, biasanya kerana suatu peristiwa luar biasa seperti musibah besar, gugur dalam perang, dan lainnya. Contoh monumen peringatan ini antara lain tugu makam pahlawan.

Galeri

Rujukan

  1. ^ Amudi Pasaribu, “Pembangunan Tugu Dari segi sosial-Ekonomi”, B.A Simanjuntak (ed), dalam Pemikiran Tentang Batak, Pusat Dokumentasi dan Pengkajian Kebudayaan Batak, Universitas HKBP Nomensen: Medan, 1986, 182

Bacaan tambahan

Pranala luar

  • Kategori berkenaan Tugu di Wikimedia Commons
  • "Cenotaph" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 5 (ed. ke-11). 1911.
  • The New London School explosion cenotaph Memorial Diarkibkan 2016-03-08 di Wayback Machine
  • Cenotaph of Sigismunda and Lutyen's Whitehall Cenotaph
  • Royal British Legion article