Selising
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Selising
Lising سليسيڠ | |
---|---|
Pekan | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kelantan |
Jajahan | Pasir Puteh |
Daerah | Bukit Jawa |
Pentadbiran | |
• ADUN | Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,209.5 km2 (467.0 batu persegi) |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Selising merupakan sebuah pekan yang terletak dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia. Pekan Selising dilengkapi dengan balai polis, pejabat pos, pusat kesihatan, stesen minyak, masjid, Jabatan KADA dan padang bola. Pekan Selising sebagai pusat perhentian/persimpangan Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu dan juga dari Pekan Kok Lanas.
Secara keseluruhannya, Selising adalah sebuah pekan Melayu yang terletak diantara Kota Bharu dan Pasir Puteh. Namun, dari segi sejarah, pekan Selising telah menjadi satu tempat tumpuan kaum Cina sejak sebelum Perang Dunia ke 2 lagi.[perlu rujukan] Antara Kota Bharu dan Pasir Puteh, selain daripada pekan-pekan di Peringat, Melor (lebih dari 10 keluarga), Danan (2 keluarga), Bukit Abal (2 keluarga ) , Padang Pak Mat dan Kg Kelubi, Selising juga menjadi tumpuan beberapa peniaga kecil Cina yang turut menyumbangkan perkhidmatan kedai runcit, kedai basikal dan tayar basikal, kedai getah, kedai emas , kedai kopi , kedai jahit, dan juga kedai jualan pakaian dan kasut. Walaupun pekan ini pekan yang kecil, tetapi secara asasnya pekan ini menyediakan bekalan keperluan harian yang mencukupi.
Selising juga menjadi pusat tumpuan orang kampung berdekatan termasuk Kedai Menanti, Bukit Jawa, Banir Belikong, Alor Hijau, Lepah, Banggol, Bukit Bidan, Bukit Merbau dan lain-lain. Namun sejak tahun 1990-an, kemajuan ekonomi dan pembangunan perhubungan jalan raya serta kebolehan memiliki kenderaan sendiri dikalangan penduduk berdekatan telah telah mengurangkan peranan Selising sebagai pekan utama di kawasan ini. Padang bola yang luas di tengah-tengah pekan ini bukan sahaja merupakan green lung kepada pekan ini, malah padang bola ini telah banyak meyumbang kepada perkembangan warisan tradisi serta pusat utama kerajaan menyampaikan berita dan laporan kemajuan semasa. Pekan Selising adalah antara tempat yang terunggul bagi persembahan berdikir barat, wayang kulit dan juga perlawanan bola sepak.
Apabila wayang kulit, tarian mak yong atau persembahan dikir barat diadakan, orang kampung dari beberapa kampung berdekatan akan berpusu-pusu ke padang ini untuk menyaksikan persembahan tersebut. Pada zaman 1960-an, apabila penganjur dikir barat atau wayang kulit menganjurkan persembahan, padang ini akan dipagarkan dengan plastik putih dan orang ramai perlu bayar tiket untuk menyaksikan persembahan dikir barat dan wayang kulit. Tidak kurang juga penjaja-penjaja yang menjual kacang putih, kuih-muih, minuman dan lain-lain akan membina gerai-gerai sewaktu persembahan ini diadakan.
Berdikir barat lazimnya diadakan selepas musim menuai padi. Pada masa itu, padi hanya dituai setahun sekali. Apabila tamat musim padi, golongan petani akan mengadakan aktiviti dikir barat, main gasing, main wau bulan dan lain-lain termasuk melaga ikan sepilar. Kadang kala, tukang karut dikir barat dari Selatan Thailand juga turut dijemput. Pada ketika dahulu, orang Kelantan merujuk Selatan Thailand sebagai "barat". Orang Kelantan akan pergi ke Kedah melalui "barat" iaitu selatan Thailand untuk membantu petani Kedah menuai padi. Sejarah Thailand menyatakan wayang kulit dan dikir barat berasal dari jajahan Pathalung, iaitu jajahan sawah padi, lebih kurang 80 km utara ke Hatyai. Ini mungkin benar kerana nama dikir barat merujuk kepada "barat" iaitu Selatan Thai.
Walaupun elektrik masih belum ada pada tahun 1950-an dan awal 1960-an, orang ramai tetap hadir berkunjung. Pelita ayam , lilin dan juga lampu-lampu pam minyak tanah digunakan untuk mencerahkan padang ini. Apabila adanya mentol lampu, penjana elektrik (generator) petrol telah digunakan untuk menjana elekrtik untuk mencerahkan padang ini. Suasana di padang menjadi sangat meriah seperti suatu pesta sedang berlangsung.
Padang Selising ini juga digunakan oleh Jabatan Penerangan untuk menunjukkan wayang gambar secara percuma. Kain layar putih akan didirikan di tengah-tengah padang. Pada waktu malam, van dari Jabatan Penerangan akan menayangkan gambar-gambar. Bagi orang kampung pada masa itu yang masih belum mempunyai TV, inilah hiburan yang terbaik bagi mereka. Mereka akan keluar beramai-ramai dan membawa tikar bersama keluarga mereka sebagai alas duduk. Lazimnya, sebelum tayangan gambar, Jabatan Penerangan akan menayangkan filem-filem gambar mengenai pembangunan atau propaganda kerajaan. Antara filem yang paling digemari ramai pada masa tersebut ialah filem arahan P.Ramlee, Jin Shamsuddin, Saadiah dan Soloma. Namun begitu, aktiviti ini sudah tidak lagi dilakukan sejak akhir tahun 1970-an apabila TV yang memaparkan grafik berwarna telah dimiliki oleh majoriti kalangan masyarakat. Wayang kulit dan dikir barat hampir pupus pada waktu tersebut disebabkan oleh orang ramai tidak lagi berminat dengan hiburan jenis tradisional. Boria yang disiarkan di dalam TV dilihat lebih menarik berbanding dikir barat.
Pada tahun 1950-an, terdapat satu insiden yang menyayat hati berlaku iaitu kebakaran besar yang memusnahkan deretan rumah dan rumah kedai di pekan ini. Maka, pada masa itu Urban Development Authority (UDA) telah memainkan peranan mereka dengan membina berpuluh-puluh unit rumah kedai jenis rumah kedai papan yang menjadi asas pekan Selising yang sedia ada. Mangsa-mangsa kebakaran tersebut telah diberi peluang untuk mencabut undi bagi lot-lot rumah kedai yang dibina. Tetapi rumah-rumah kedai ini tidak diberikan secara percuma, mangsa-mangsa kebakaran tersebut dan juga lain-lain penduduk perlu membayar harga rumah kedai baru tersebut secara ansuran selama berpuluh-puluh tahun. Rumah-rumah kedai tersebut masih lagi digunakan sehingga ke hari ini walaupun beberapa rumah kedai papan tersebut telah diroboh dan dibina semula dengan konkrit.
Ramai yang tidak sedar bahawa Selising mempunyai tempat hiburan yang sihat dan boleh dianggapkan lebih maju dari kebanyakan kampung dan pekan lain pada zaman 1960-an kerana pekan ini mempunyai sebuah panggung wayang yang dikenali sebagai Panggung Kiew. Panggung ini dinamakan sempena nama pemilik panggung ini yang bernama Kiew (nama sebenar Koh Boon Chiew –arwah yang sudah meninggal berpuluh tahun dulu). Walau bagaimanapun tahun mula-mula panggung ini beroperasi tidak dapat dikenalpasti.
Panggung ini tidak menayangkan gambar setiap hari. Ia hanya menayangkan gambar jika ada gambar yang baik. Gambar-gambar yang ditayangkan lazimnya gambar Hindi dan gambar Melayu. Antara gambar Hindi yang tersohor pada ketika itu ialah Sangam dan Bobi, bintang filem Hindi seperti Asha Paresh, Sashi Kapoor dan Raj Kapoor yang diminati ramai penduduk di sini. Panggung Kiew akan menghantar lorinya yang dilengkapkan dengan banner gambar serta alat pembesar suara lalu mereka meronda ke kampung-kampung untuk memaklumkan orang ramai mengenai gambar yang akan ditayangkan.
Panggung ini juga akan mengedarkan circular yang disebut "sekelar" oleh orang tempatan yang merupakan suatu pamplet berkenaan cerita serta gambar pelakon utama filem yang akan ditayangkan. Pelakon utama ini lazimnya dikenali sebagai “kepala cerita”. Begitulah cara orang-orang kampung diberitahu dengan terperinci mengenai filem yang bakal di tayangkan. Harga tiket pada tahun 1960 hanyalah 20 sen seorang.
Walaupun panggung ini dipagar, tetapi keadaannya adalah jenis open air kerana tiada bumbung. Satu amalan yang unik yang diamalkan di panggung Kiew ini ialah, jika tempat in dituruni hujan semasa tayangan gambar, tayangan gambar akan dihentikan dan penonton-penonton yang menyimpan "kaki tiket" boleh datang pada keesokan hari untuk menonton filem itu sekali lagi tanpa perlu membuat bayaran lagi. Menonton filem di panggung ini adalah menarik kerana setiap aksi pelakon utama terhadap watak antagonis akan diikuti dengan sorakan besar. Walaupun kemudahan di panggung ini sangat sederhana, menonton wayang dalam panggung yang serba ringkas ini sudah cukup untuk memberi hiburan kepada orang kampung pada masa itu. Namun, panggung wayang ini telah ditutup pada akhir tahun 1980-an selepas TV grafik berwarna dan Video menjadi popular dalam kalangan orang kampung.
Pada tahun 1950-an, sebuah sekolah rendah Cina yang bernama Sekolah Jiao Kwang di pekan ini terpaksa ditutup kerana tidak mempunyai cukup pelajar Cina di kampung ini. Tapak asalnya sekarang terdapat di antara jalan utama dan belakang klinik Selising. Selepas itu, Sekolah Kebangsaan Rendah Bukit Jawa dibina lebih kurang dalam akhir 1960-an atau awal tahun 1970-an dan diikuti dengan Sekolah Menengah Bukit Jawa.
Pada 19 Disember 2015, Pasar Selising terbakar dan insiden ini sekali gus mengakibatkan kesemua peniaga di pasar tersebut kehilangan punca pendapatan. Kesan daripada kebakaran ini,peniaga dan pemilik warung-warung di dalam pasar ini terpaksa memulakan perniagaan mereka di tapak padang Selising sehingga satu pasar baru dibina semula.[perlu rujukan]
Agama
95% daripada penduduk Selising terdiri daripada kaum Melayu Muslim. Selebihnya ialah golongan Cina, Siam dan Muslim berketurunan Pakistan. Sebuah masjid utama dibina dekat padang dan klinik Selising.
Pendidikan
Suatu ketika dahulu, terdapat 3 pusat pengajian sistem pondok:
- 1. Pondok Tok Guru Haji Daud (Bapa kepada Datuk Hj Shahir Bekas Imam Besar Masjid Negara).
- 2. Pondok Haji Zakaria (Pak Ngah Ya)
- 3. Pondok Tok Guru Haji Mohamad (Pakcu Aji Mat) Surau beliau diberi nama Madrasah Khairiah. Sekarang sudah dinaik taraf kepada Masjid Khairiah.
Imam 1 Masjid Mukim Selising ialah Zain Ariff (Yamin) menantu kepada Al-Marhum Tok Guru Haji Mohamad.
Pada zaman 1940-an hingga 1950-an, terdapat sebuah sekolah Cina yang bernama Sekolah Jiao Kwang di Selising. Tetapi sekolah ini ditutup kerana tak cukup pelajar. Pelajar Cina dari Selising kemudiannya dihantar ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Kai Chih di Pasir Puteh.
Mitos asal nama
Nama kampung ini diambil sempena nama sebuah pokok yang dikenali sebagai "Pohon Selising" yang terdapat banyak di kampung ini pada suatu masa dahulu. Mengikut seorang penduduk bernama Mek Pit(Puan Wee Kui Gut, umur 90 tahun pada 2013 iaitu isteri kepada arwah Pak Ya yang tinggal di rumah No. 1470, Selsing) daun Selising digunakan sebagai bahan membuat tikar oleh orang tempatan pada masa itu. Tetapi jenis tumbuhan ini sudah lama tidak kelihatan di pekan ini lagi.
Berdekatan dengan Pekan Selising terdapat sebuah bukit kecil yang bernama Bukit Jawa. Di Bukit Jawa, terdapat sebuah gua gelap yang pada suatu ketika dulu dikaitkan dengan Puteri Sa'dong. Mitos Puteri Sa'dong yang dikatakan menetap di Bukit Marak di Daerah Bachok dan telah menjadikan Bukit Jawa sebagai tempat penginapan nya. Dalam gua ini, dikatakan terdapat pinggang mangkuk yang disimpan oleh penjaga Puteri Saadong. Apabila mahu mengadakan kenduri, orang kampung akan pergi ke gua ini unutk meminjam pinggang mangkuk dari Puteri Saadong. Tetapi, apabila orang kampung tidak mengembalikan apa yang dipinjam, Puteri Saadong kecewa terhadap perangai orang kampung tersebut dan terus meninggalkan gua ini.
Kini, gua ini dipenuhi dengan najis kelawar. Keadaannya amat licin dan berbahaya. Bau gas ammonia daripada najis kelawar ini amat tidak menyenangkan ditambah pula suasana gua ini yang gelap gelita. Terdapat satu batu besar yang berbentuk rata di dalam gua ini. Kata orang-orang tua, itulah tempat tidur Puteri Saadong.
Politik
- Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, kawasan Dewan Undangan Negeri N.29 Selising dimenangi oleh Saiful Bahrin Mohamad dari PAS. Selising pernah menjadi pusat operasi pasukan keselamatan (Sek Keb Bukit Jawa) semasa MAGERAN.
Dalam PRU 13, calon BN Zul Ali menang 7662 undi dengan undi majoriti 107 dari calon PAS.
Semasa PRU 14 pada 9 Mei 2018, kali ini calon PAS Ustaz Tuan Saripudin menang dengan 9640 undi.
Dalam PRU 14 ini jugalah sejarah dicipta dimana buat kali pertama dalam 61 tahun sejak merdeka Barisan Nasional (BN) ditumpaskan oleh Pakatan Harapan. BN hanya berjaya mengekalkan DUN Pahang dan Perlis. PAS kekal sebagai ahli DUN Kelantan dan memenangi kembali DUN Terengganu. BN tertewas dalam merebut kerusi di DUN Johor, Melaka, Negeri Sembilan , Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.
Masyarakat
Rata-rata masyarakat Selising adalah mesra dan saling hormat-menghormati serta saling tolong menolong antara satu sama lain. Mungkin kesan dari sejarah pendidikan awal suatu ketika dahulu yang telah dipimpin oleh 3 orang ulama yang benar-benar cintakan keamanan dan keharmonian.
Peristiwa 13 Mei 1969 langsung tidak memberi sebarang kesan atau menjejaskan hubungan kaum di Selising atau mana mana bahagian keseluruhan negeri Kelantan. Ini menunjukkan keeratan antara kaum dan kematangan orang tempatan dari segi perhubungan ras.
Penduduk kampung Melayu di sini lebih suka tinggal di rumah-rumah mereka di kampung. Tetapi hasil kebakaran besar pada tahun 195-0an tersebut, satu bentuk pekan yang lebih teratur mula terbentuk dengan terbinanya rumah kedai yang menjadi tapak asas pekan Selising dewasa ini.
Satu pasar yang dianggap besar pada masa itu dibina ditengah-tengah dan ia dipanggil "merket" (iaitu market dalam Bahasa Inggeris). "Merket" inilah yang menjadi pusat komersial utama di Selising di mana gerai-gerai nasi berlauk, daging, ikan, ayam , sayur dan buah-buahan memenuhi "merket" ini.
Ruang-ruang kosong di tepi Merket Selising ini juga menjadi tumpuan penjual-penjual ubat, saudagar keturunan Pakistan yang menjual kain dan juga penjaja yang menjual selipar dan kasut getah dalam tahun 1960-1970-an. Wakil Pos Selising masa itu lebih suka menggunakan nama Market Square untuk merujuk posisi rumah-rumah kedai yang mengelilingi pasar tersebut.
Hasil daripada interaksi antara kaum Cina dengan masyarakat Melayu tempatan yang erat, penduduk Cina di kampung ini juga mempunyai nama gelaran Melayu yang unik. Antaranya, taukeh panggung dipanggil "Kiew" atau "Q" (nama sebenar Koh Boon Chiew), beberapa taukeh getah yang dipanggil "Pak Wee"( nama sebenar Lua Eng Nui), "Taukeh Cabang " kerana dia mempunyai 6 jari dan satunya bercabang (Nama sebenarnya Lua Kho Phai-bapa kepada Dr Lua Hock Bue , Klinik Lua di Kota Bharu), Taukeh Kerani (nama sebenar Lua Boon Khe) iaitu kedai getah disebelah panggung Kiew. Namun, kebanyakan mereka sudah tiada lagi.
Begitu juga dengan penduduk-penduduk Cina lain iaitu Taukeh Tee atau "T" kedai basikal, Taukeh Naga ( bapa kepada Tan Poh Boo dan Cikgu Besar Ehna) kerana tuannya mempunyai tatu bentuk naga dibahunya , Pak Ya (nama sebenar Lua Kiat Siaw, bapa kepada 3 peguam iaitu Lua Kok Hiyong dan Lua Kok Tin dari Tetuan Lua & Mansor, Kota Bharu dan Lua Ai Siew dari Tetuan Soo Thien Ming & Nasrah Kuala Lumpur), Tukang ( taukeh kedai emas ia itu bapa kepada En Lee Lai Fatt, atau Ah Pat Tongek), Ubi (tukang gigi, iaitu bapa kepada seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Bukit Jawa, Cikgu Lee Yong Hwa), Siput (kedai runcit), Pulut (kedai gambar), Bujang kedai kopi (nama sebenar Lee Tong Yang), Yacob (anak Taukeh Tee, kedai basikal), Yu , taukeh basikal dan ramai lagi. Individu-individu lain yang masih tinggal di sana ialah Kojin (*lua Kok Jin), Siput dan Epoi (Tukang mas). Mandor Cina yang menjaga kebun getah di Bukit Bidan (sekarang ini sebahagian telah di ambil oleh kerajaan untuk dibina sekolah ), pada masa itu dipanggil Tok Mandor Sahak (Ishak) dan adiknya dipanggil Cik Su . Jalan ke kebun tersebut ialah Jalan Tok Mandor Ishak yang diberi sempena namanya. Namun, kebanyakan mereka sudahpun meninggal dunia, dan dewasa ini, hanya lebih kurang 12 keluarga Cina yang masih menetap di pekan ini.
Kaum Muslim yang terdiri dari keturunan Pakistan pula yang bertambah ramai. Mereka juga mempunyai kedai-kedai runcit. Tetapi ramai daripada ahli keluarga mereka ini juga sudah berhijrah dan menetap ditempat lain.
Pada zaman 1950-an hingga awal 1970-an tiada diantara orang Melayu yang membuka kedai runcit. Mereka lebih tertumpu kepada kedai Merpati (nama kedai) dan kedai makanan seperti menjual nasi berlauk, roti canai dan masakan. Pada tahun 1960, terdapat satu kedai merpati kepunyaan Haji Mamat Toso di tepi pasar yang menjadi tumpuan orang kampung masa itu. Harga secawan teh pada waktu it hanyalah 10 sen masa itu manakala harga gula ialah 30 sen sekati(unit ukuran yang digunakan orang Melayu dahulu yang membawa nilai sebanyak 300gram).
Kemudahan gunting rambut juga terdapat di kampung ini. Antara tukang gunting di kampung ini pada zaman 1960-an dan awal 1970-an ialah arwah Ali Kukang. Ali Kukang ini menjadi tersohor selepas beliau bertumbuk dengan seorang bernama Haji Manaf (arwah) pada tahun awal 1970-an. Ali Kukang mengejar Haji Manaf dengan niat menikamnya dari pasar Selising hingga ke padang Seising pada masa itu tetapi pertumpahan darah tidak berlaku. Peristiwa ini menjadi berita sensasi penduduk kampung ini pada masa itu.
Terdapat juga seorang tukang jahit Melayu yang bernama Pak Harun mempunyai kedai jahitnya sendiri di pekan ini. Tetapi apabila masuknya pertengahan tahun 1970-an, Jabatan MARA telah mendirikan banyak rumah kedai dan kaum Melayu mulai aktif berniaga. Kini, majoriti kedai perniagaan dan lain-lain kedai di Pekan Selisisng yang beroperasi dimonopoli oleh kaum Melayu yang berjaya.
Jalan
Pekan Selsing berada 18 batu atau hampir 29 km selatan dari Kota Bharu. Dari Selsing ke Paisr Puteh, jaraknya 8 batu atau lebih kurang 13 km. Pada tahun 1960an, jalan dari Selising ke Kok Lanas masih belum di turap dengan tar. Api eletrik hanya dipasang pada lebih kurang tahun 1965. TV warna hitam putih pertama dan peti sejuk dipunyai oleh keluarga Pak Wee (taukeh getah) pada lebih kurang tahun 1966 dan rumahnya dipenuhi oleh orang kampong bila ada gambar P Ramlee ditayangkan dalam TV. Programe " The Three Stooges" , Lesie (Cerita Anjing), The Ring Ting Ring cerita koboi, cerita kartun Gigantor, Ultraman dan cerita sensasi the Zorro dan the Lone Ranger merupakan program kegemaran orang tempatan. Rumah Pak Wee akan menjadi mini theater untuk orang ramai tak kira bangsa masa itu.Dipercaytai rumah Pak Wee juga adalah rumah yang poertama dipasang dengan kipas elektrik pada masa itu.
Jalan dari Alor Hijau ke Bukit Bidan dan Bukit Merbau hampir tak boleh diakses oleh kereta pada tahun 1960 apabuila masok musim hujan. Selut atau tanah dijalan menjadi basah dan lembut. Tanah yang lembut itu kadang kala setebal 4-6 inci. Masa itu, dipekan Selisisng wujudnya perkhimatan motosikal yang membawa pelanggan dari Banggol Pak Esah, Lepah, Berangan dan Bukit Merbau ke Pekan Selising . Di musim hujan , pelanggan ini perlu bawa satu set pakaian untuk ditukar selepas tiba di pekan Selising kerana selut dan tanah akan terlekat dipakaian mereka semasa mereka dibawa keluar dengan motorsikal tersebut. Perjalanan dari Bukit Merbau ke Pekan Selising yang hanya beberapa km pada masa itu memerlukan masa berjam dengan motorsikal.
Kini, jalan dari pekan Selising ke Kok Lanas, jalan dari Pekan Selising -Alor Hijau- Lepah, Banggol Pak Esah- Bukit Abal telah di turap dengan jalan tar. Malah, mulai tahun 2011 satu lampu isyarat (traffic light) telah dipasang di dicabang depan Balai Polis Selising untuk mengawal lalulintas kenderaan yang bertambah di Pekan ini.
Pembangunan pesat di Bukit Bidan juga bermula selepas kerajaan mengambil tanah kebun China kepunyaan adik beradik Wee Tiang Peck dan Wee Tiang Kiang dan membina sebuah sekokah baru di sana. Tuan tanah didepan sekolah tersbeut juga telah membina rumah-rumah jenis bungalow sebelum sekolah baru tersbeut di bina. Jalan dari Alor Hijau ke Bukit TAnah juga sudah lama diturap.
Kemudahan
Sekolah
Tempat beribadat
- Masjid Al-Muqarrabin