[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

SalamWeb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5199455 pada 02:09, 11 Ogos 2021 oleh InternetArchiveBot (bincang | sumb.) (Rescuing 1 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

SalamWeb adalah pelayar berasaskan Chromium yang dibangunkan oleh syarikat dari Dubai, Salam Web Technologies DMCC[1][2]. Dilancarkan di Malaysia pada 17 Januari 2019, SalamWeb bertujuan untuk memberi kemudahan kepada umat Islam. Walaupun ditujukan untuk pengguna umum, sasaran utamanya adalah kepada khalayak Muslim. Ia mematuhi tradisi dan undang-undang Islam dan diperakui sebagai pelayar web patuh syariah[3][4][5][6].

SalamWeb tersedia untuk Windows, macOS, Android dan iOS. Ia menyokong pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Urdu, Arab, Rusia, Turki dan Bengali.

Pelayar ini juga adalah komponen utama ekosistem digital khusus Muslim yang merangkumi aplikasi web dan SalamWebToday, sebuah majalah dalam talian dengan edisi tempatan[7][8][9][10][11][12][13] dan antarabangsa[14].

Ciri-ciri utama

[sunting | sunting sumber]

Untuk mewujudkan ekosistem yang mesra Muslim, SalamWeb menggunakan SalamWebProtect, sistem tiga lapis yang menyaring kandungan, produk dan perkhidmatan tidak bersesuaian yang menyinggung perasaan Muslim dan berbahaya bagi kanak-kanak. Sistem ini merangkumi penapis terbina dalam, perisian AI pengecaman gambar dan sistem pemeriksaan berasaskan komuniti di mana pengguna menandakan kandungan yang tidak sesuai[15][16].

Sadaqah maksudnya membuat sesuatu kebaikan tanpa mengharapkan balasan, umpama berjuang di jalan Allah (Fi sabilillah). SalamWebSadaqah mahu melibatkan semua Muslim dalam kegiatan amal dan mengingatkan mereka bahawa idea kerja amal adalah penting dalam Islam[17][18]. SalamWebSadaqah juga merupakan komitmen SalamWeb dalam membuat sumbangan projek amal (dengan kerjasama Global Sadaqah, sebuah badan amal Islam antarabangsa)[19], setiap kali seseorang menggunakan SalamWeb[20]. SalamWebWidgets membantu umat Islam mempraktikkan Islam sambil terus berhubung dengan teknologi dan Internet. Ini termasuk 'Waktu Solat', yang menunjukkan waktu solat akan datang[21], 'Kompas Arah Solat', yang menunjukkan Kiblat, iaitu arah yang seorang Muslim perlu menghadap ketika solat[22], 'Petikan Harian'[23], 'Masjid Berhampiran Saya'[24] dan lain lain. Notifikasi masuk waktu solat juga disediakan untuk pengguna.

SalamWeb adalah berasaskan Chromium dan mengekalkan fungsinya. Ia boleh menggunakan sambungan pelayar yang dibangunkan untuk Google Chrome.

Pelayar tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Arab, Bengali, Perancis, Rusia dan Turki.

SalamWebToday

[sunting | sunting sumber]

SalamWebToday adalah majalah dalam talian yang melaporkan berita dari seluruh dunia dan bertujuan untuk melibatkan Muslim dalam perbualan mengenai maksud menjadi seorang Muslim dalam dunia yang dikuasai oleh teknologi[25]. Sehingga Ogos 2020, SalamToday boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Bengali, Rusia, Turki, Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.

Idea dan Impak Budaya

[sunting | sunting sumber]

Dunia Islam masih tidak pasti mengenai Internet. Bagi sesetengah orang, ia adalah teknologi yang boleh dipersoalkan kerana telah digunakan untuk pornografi kanak-kanak, pengubahan wang haram dan penipuan[26]. Bagi yang lain, ini hanyalah penyambungan realiti yang mana kerana itu, berkecuali secara etika[27].

SalamWeb berpihak kepada para intelektual Muslim yang berpendapat bahawa Internet harus dilihat sebagai instrumen yang boleh 'merealisasikan semula' Islam, iaitu penafsiran semula doktrin Islam dengan cara yang membolehkan ia menjadi lebih relevan dengan zaman moden. Jika difahami dengan betul, kata mereka, Internet dapat menghasilkan sejenis Kebangkitan Muslim yang serupa dengan berkembangnya sains, budaya dan kehidupan masyarakat Islam semasa Zaman Abbassiyah. Untuk mencapainya, SalamWeb berusaha untuk mempromosikan konsep ijma' dalam Islam, iaitu membina pengetahuan dan pemahaman melalui perbahasan yang merangsangkan[28].

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]

SalamWeb telah diperakui oleh Lembaga Pengawasan Syariah Antarabangsa Amanie (sebuah syarikat perunding perbankan Islam & kewangan berasaskan syariah) sebagai patuh Muslim dan setakat bulan Ogos 2020, ia adalah satu-satunya pelayar yang mempunyai sijil tersebut[29][30][31]. Ia telah disahkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia sebagai mematuhi Panduan Ekonomi Digital Islam (Mi'yar)[32][33][34].

SalamWeb telah menerima ulasan positif dari pengguna dan pengkritik yang mahir teknikal. Menurut Bloomberg News, pada saat meningkatnya kebimbangan mengenai privasi, berat sebelah dan penyalahgunaan dalam talian melalui internet, terdapat permintaan untuk pelayar yang sesuai dengan nilai-nilai Islam[35]. Menurut Techwire Asia dan MyEverydayTech, pelayar ini terutamanya berkesan untuk menghalang kandungan 'haram', atau dengan kata lain, kandungan yang dilarang atau menyinggung perasaan Muslim[36][37].

  1. ^ https://www.crunchbase.com/organization/salam-web-technologies-dmcc
  2. ^ https://index.co/company/salamweb
  3. ^ https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-01-28/halal-internet-islamic-browser-promises-better-web-experience
  4. ^ https://asia.nikkei.com/Business/Startups/Asian-Muslim-tech-startups-hope-to-lure-Islam-s-1.8bn-followers
  5. ^ https://halal-welt.com/en/salam-web-internet-browser-for-muslims/
  6. ^ https://zeenews.india.com/apps/malaysian-start-up-builds-sharia-compliant-mobile-browser-salamweb-for-muslims-2175444.html
  7. ^ https://today.salamweb.com/ms/
  8. ^ https://today.salamweb.com/id/
  9. ^ https://today.salamweb.com/fr/
  10. ^ https://today.salamweb.com/fr/
  11. ^ https://today.salamweb.com/ru/
  12. ^ https://today.salamweb.com/tr/
  13. ^ https://today.salamweb.com/bn/
  14. ^ https://today.salamweb.com/
  15. ^ https://www.salaamgateway.com/story/dubai-company-to-put-up-15-mln-to-develop-shariah-compliant-web-browser-other-digital-products
  16. ^ https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/new-syariah-compliant-web-browser-launched-in-malaysia-helps-to-maintain-purity-of
  17. ^ https://sadaqah.salamweb.com/
  18. ^ https://support.salamweb.com/hc/en-us/articles/360030983294-Sadaqah
  19. ^ https://www.globalsadaqah.com/
  20. ^ https://support.salamweb.com/hc/en-us/articles/360030983294-Sadaqah
  21. ^ https://support.salamweb.com/hc/en-us/articles/360020565893-Prayer-times
  22. ^ https://support.salamweb.com/hc/en-us/articles/360020539554-Qibla-direction-to-Mecca
  23. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-07. Dicapai pada 2020-08-20.
  24. ^ https://support.salamweb.com/hc/en-us/articles/360033298874-Release-2-0
  25. ^ https://today.salamweb.com/ms/
  26. ^ Wheeler, D. (2002). Islam, Community, and the Internet: New possibilities in the digital age. Interface: The Journal of Education, Community and Values 2(2), p. 11. Available at http://bcis.pacificu.edu/journal/2002/02/islam.php
  27. ^ Ed. Dale F. Eickleman and Jon W. Anderson. New Media in the Muslim World: The Emerging Public Sphere. Bloomington: Indiana University Press, 1999, pp. 45-60. ISBN 978-025321605
  28. ^ Islam: Essays on Scripture, Thought and Society - A Festschrift in Honour of Anthony H.Johns. Islamic Philosophy, Theology & Science: Texts & Studies. ISBN 978-9004106925.
  29. ^ https://www.business-standard.com/article/current-affairs/halal-internet-this-browser-promises-to-be-compliant-with-islamic-values-119012800133_1.html
  30. ^ https://www.business-standard.com/article/current-affairs/halal-internet-this-browser-promises-to-be-compliant-with-islamic-values-119012800133_1.html
  31. ^ https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/new-syariah-compliant-web-browser-launched-in-malaysia-helps-to-maintain-purity-of
  32. ^ https://www.digitalnewsasia.com/digital-economy/salamweb-aims-promote-ethical-shariah-compliant-web-browsing
  33. ^ https://www.salaamgateway.com/story/dubai-company-to-put-up-15-mln-to-develop-shariah-compliant-web-browser-other-digital-products
  34. ^ https://www.nst.com.my/lifestyle/bots/2019/02/461878/live-syariah-compliant-browser
  35. ^ https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-01-28/halal-internet-islamic-browser-promises-better-web-experience
  36. ^ https://techwireasia.com/2016/05/salam-browser-worlds-first-halal-web/
  37. ^ https://www.myeverydaytech.com/salamweb-the-halal-web-browser/

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]