[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Syeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 903627 pada 14:24, 19 Ogos 2009 oleh Aurora (bincang | sumb.) (Sherry dipindahkan ke Syeri: terjemah)

Sherry adalah sejenis anggur Ianya mula diproduksi di kota Jerez, Sepanyol dan kawasan sekitarnya. Nama Parsi kota ini pada waktu Rustamid adalah Xerex (Shariz, dalam bahasa Parsi شريش), dan dari nama ini diperolehi nama Sherry dan Jerez. Ini disebabkan kerana pengasas kerajaan tersebut, Rustam Shirzai (bererti berasal dari kota Shiraz) ingin memproduksi sejenis anggur yang mirip dengan anggur Shiraz yang terkenal di Iran (Parsi). Para pengilang di Sepanyol telah mendaftarkan nama Jerez / Xérès / Sherry dan akan menuntut penghasilan anggur dari jenis ini di tempat-tempat lain untuk menggunakan nama yang sama. Sesuai dengan iklimnya, Sherry berasal dari daerah segi tiga provinsi Cádiz antara Jerez, Sanlúcar de Barrameda, dan El Puerto de Santa Maria. Namun, nama 'Sherry' digunakan sebagai nama semigenerik di Amerika Syarikat. Di negara tersebut, Sherry harus diberi label dengan nama wilayah asalnya, misalnya seperti Sherry Amerika atau Sherry California. Sebelumnya sherry dikenali dengan nama sack.


Sejarah

Christopher Columbus membawa Sherry dalam pelayarannya ke Amerika Syarikat, sementara Fernão de Magalhães menghabiskan lebih banyak wangnya untuk membeli Sherry daripada membeli senjata ketika beliau mempersiapkan pelayarannya untuk mengelilingi dunia pada tahun 1519.

Sebagai anggur yang diperkaya, sherry lebih sesuai daripada kebanyakan anggur lain untuk bertahan ketika pelayaran laut ke Kepulauan Britania, dan harganya sangat mahal di sana. Tokoh Shakespeare Falstaff adalah seorang penggemar terhadap minuman ini (yang kala itu dikenali sebagai sack), dan ia mengatakan

Kalau aku punya seribu anak lelaki, prinsip kemanusiaan pertama yang akan kuajarkan kepada mereka adalah, menghindari minuman yang terlalu ringan dan mencandui sack (sherry).

Kerana sherry merupakan eksport anggur yang besar ke Britania Raya, banyak perusahaan dan gaya Inggeris yang berkembang. Banyak gudang Jerez didirikan oleh keluarga-keluarga Inggeris.

Lihat pula

Pranala luar

Templat:Anggur