[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

S. Atan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
S. Atan
Nama lahirHashim bin Said
Kelahiran (1949-08-02) 2 Ogos 1949 (umur 75)
Berasal dariSingapura Singapura
PekerjaanPenggubah lagu
Tahun aktif1970-an
Syarikat rakaman
EMI

Datuk Hashim Said atau lebih dikenali sebagai S. Atan (lahir 1 Ogos 1949) ialah seorang komposer muzik dari Singapura. Antara penyanyi terkenal yang pernah mengalunkan muziknya yang mencecah melebihi 1,000 karya lagu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Tan Sri SM Salim, Datuk DJ Dave, Datuk Jamal Abdillah, Carefree, Black Dog Bone dan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.[1]

Sebelum beliau bekerja dengan syarikat rakaman EMI sebagai penerbit bermula pada tahun 1972, beliau ada bekerja dengan Majlis Bandaran Shah Alam. Selepas 13 tahun bekerja dengan EMI, beliau telah berpindah ke syarikat rakaman Irama Malaysia selama 2 tahun. Bagaimanapun, beliau akhirnya berhenti bekerja di Irama Malaysia untuk menjadi komposer dan penerbit album bebas. [2]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Menang

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Hasil perkongsian hidup bersama Norizan Yeob, beliau dikurniakan enam orang anak iaitu Rozdi, Rozainie, Rozairie, Rozaimie, Norhafieza dan Norhanina. Beliau sekarang menetap di Kajang.[2]

  1. ^ Mohd. Yusman Awang (21 April 2009). "Ditaja dermawan Cina". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-23. Dicapai pada 19 Januari 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b Muzlina Abu Bakar (18 Julai 2006). "S. Atan hidup selesa hasil muzik". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 19 Mei 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]