[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Papua: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tri Sulis Tiyani (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Sngpra (bincang | sumb.)
 
(18 semakan pertengahan oleh 14 orang pengguna tidak dipaparkan)
Baris 1: Baris 1:
{{Redirect|Papua}}
{{Redirect|Papua}}
{{Infobox Provinces of Indonesia
{{Infobox Provinces of Indonesia
| name = Provinsi Papua
| name = Provinsi Papua<br>{{nobold|''Negeri Papua''}}
| country=Indonesia
| country=Indonesia
| logo =[[Fail:Coat of arms of Papua.svg|125px]]
| logo =[[Fail:Coat of arms of Papua 2.svg|125px]]
| motto =Karya Swadaya
| motto =Karya Swadaya
| capital=[[Jayapura]]
| capital=[[Jayapura]]
| largest city=Jayapura
| largest city=Jayapura
| population=2.853.980
| population=1000799
| population_as_of=Bancian 2020<ref name="DUKCAPIL">{{cite web|url=https://gis.dukcapil.kemendagri.go.id/peta/|title=Visualisasi Data Kependudukan - Kementerian Dalam Negeri 2022|website=www.dukcapil.kemendagri.go.id|accessdate=31 Juli 2022|format=Visual}}</ref>
| population_as_of=Bancian 2010
| area_in_km2=321.297
| area_in_km2=81049.30
| administrative= 27 daerah, 2 bandar raya, 214 wad
| administrative= 27 daerah, 2 bandar raya, 214 wad
| Time=[[Time in Indonesia|WIT]] ([[UTC+9]])
| Time=[[Time in Indonesia|WIT]] ([[UTC+9]])
| ethnicity=[[Orang asli]]: [[Orang Melanesia|Melanesia]] (termasuk [[Aitinyo]], [[Aefak]], [[Asmat (orang)|Asmat]], [[Agast]], [[Orang Dani|Dani]], [[Ayamaru]], [[Mandaca]] [[Biak]], [[Serui]])<br /> Bukan orang asli: [[Orang Jawa]], [[Bugis]], [[Orang Batak]], [[Orang Minahasa]], [[Orang Cina Han]].)
| ethnicity=[[Orang asli]]: [[Orang Melanesia|Melanesia]] (termasuk [[Biak]], [[Enggros]], [[Fuyu]], [[Hatam]], [[Muyu]], [[Nafri]], [[Serui]], [[Souk]], [[Sentani]], [[Tobati]], [[Waropen]], [[Wamesa]].)<br /> Bukan orang asli: [[Orang Jawa]], [[Bugis]], [[Orang Batak]], [[Orang Minahasa]], [[Orang Cina Han]].)
| religion=[[Protestan]] (51.2%), [[Roman Katolik]] (25.42%), [[Islam]] (23%), lain-lain (2.5%)
| religion=[[Protestan]] (51.2%), [[Roman Katolik]] (25.42%), [[Islam]] (23%), lain-lain (2.5%)
| language=[[Bahasa Indonesia]] (rasmi), 269 <ref>Gordon, Raymond G., Jr. (ed.), 2005. Ethnologue: Languages of the World, Fifteenth edition. Dallas, Tex.: SIL International. Online version: [http://www.ethnologue.com/web.asp]</ref> Bahasa bumiputera: [[Bahasa Papua]] dan [[Bahasa Austronesia]]
| language=[[Bahasa Indonesia]] (rasmi), 269 <ref>Gordon, Raymond G., Jr. (ed.), 2005. Ethnologue: Languages of the World, Fifteenth edition. Dallas, Tex.: SIL International. Online version: [http://www.ethnologue.com/web.asp]</ref> Bahasa bumiputera: [[Bahasa Papua]] [[Bahasa Melayu]] dan [[Bahasa Austronesia]]
| governor=[[Barnabas Suebu]]
| governor=[[Lukas Enembe]]
| site=http://www.papua.go.id/
| site=http://www.papua.go.id/
| map=[[Fail:IndonesiaPapua.png|300px]]|
| map=[[Fail:Province of Papua in Indonesia.svg|300px]]|
}}
}}


Baris 24: Baris 24:
Papua kadangkala dipanggil sebagai Papua Barat kerana Papua boleh dirujuk kepada seluruh kepulauan New Guinea atau bahagian selatan negara jirannya, [[Papua New Guinea]]. Papua Barat ialah sebutan yang lebih disukai oleh para nasionalis yang ingin memisahkan Papua daripada Indonesia dan membentuk negara sendiri. Daerah (Provinsi) ini dahulu dikenali dengan panggilan Irian Barat sejak tahun [[1969]] hingga [[1973]], namanya kemudian ditukarkan menjadi Irian Jaya oleh [[Suharto]], nama yang tetap digunakan secara rasmi hingga tahun [[2002]]. Nama daerah (provinsi) ini diganti menjadi Papua sesuai dengan UU No 21/2001 Autonomi Khusus Papua. Pada masa era penjajahannya, wilayah ini disebut '''[[New Guinea Belanda]]''' (''Dutch New Guinea'').
Papua kadangkala dipanggil sebagai Papua Barat kerana Papua boleh dirujuk kepada seluruh kepulauan New Guinea atau bahagian selatan negara jirannya, [[Papua New Guinea]]. Papua Barat ialah sebutan yang lebih disukai oleh para nasionalis yang ingin memisahkan Papua daripada Indonesia dan membentuk negara sendiri. Daerah (Provinsi) ini dahulu dikenali dengan panggilan Irian Barat sejak tahun [[1969]] hingga [[1973]], namanya kemudian ditukarkan menjadi Irian Jaya oleh [[Suharto]], nama yang tetap digunakan secara rasmi hingga tahun [[2002]]. Nama daerah (provinsi) ini diganti menjadi Papua sesuai dengan UU No 21/2001 Autonomi Khusus Papua. Pada masa era penjajahannya, wilayah ini disebut '''[[New Guinea Belanda]]''' (''Dutch New Guinea'').


Papua merupakan daerah (provinsi) yang terletak di wilayah paling timur negara Republik Indonesia dan merupakan daerah yang penuh harapan. Daerahnya belum banyak diterokai oleh aktiviti manusia dan Papua kaya dengan sumber alam yang menjanjikan peluang untuk berniaga dan berkembang. Tanahnya yang luas dipenuhi oleh hutan, laut dan pelbagai biotanya dan berjuta-juta tanahnya yang sesuai untuk pertanian. Dalam perut buminya juga menyimpan gas asli, minyak dan pelbagai bahan galian yang hanya menunggu untuk diterokai.
Papua merupakan daerah (provinsi) yang terletak di wilayah paling timur negara Republik Indonesia dan merupakan daerah yang penuh harapan. Daerahnya belum banyak diterokai oleh aktiviti manusia dan Papua kaya dengan sumber alam yang menjanjikan peluang untuk berniaga dan berkembang. Tanahnya yang luas dipenuhi oleh hutan, laut dan pelbagai biotanya dan berjuta-juta tanahnya yang sesuai untuk pertanian. Dalam perut buminya juga menyimpan gas asli, minyak dan pelbagai bahan galian yang hanya menunggu untuk diterokai.


== Pemerintahan ==
== Pemerintahan ==
daerah (Provinsi) Papua beribu kota di Jayapura dan secara pentadbirannya terdiri daripada :
daerah (Provinsi) Papua beribu kota di Jayapura dan secara pentadbirannya terdiri daripada :
9 Pemerintahan Kabupaten iaitu Kabupaten [[Jayapura]], [[Jayawijaya]], [[Merauke]], [[Fak-Fak]], [[Sorong]], [[Manokwari]], [[Biak Numfor]], [[Yapen Waropen]] dan [[Nabire]]. Dua Pemerintahan Kota iaitu Kota Jayapura dan Kota Sorong, tiga Pemerintahan Kabupaten Administratif iaitu Puncak Jaya, Paniai dan Mimika. Jumlah Kecamatan di Papua adalah 173 kecamatan yang mencakupi 2.712 desa dan 91 kelurahan.
Pemerintahan Kabupaten iaitu [[Kabupaten Jayapura]], [[Kabupaten Sarmi]],[[Kabupaten Keerom]],[[Kota Jayapura]],[[Kabupaten Merauke]],[[Kabupaten Boven Digoel]],[[Kabupaten Mappi]],[[Kabupaten Asmat]],[[Kabupaten Puncak Jaya]],[[Kabupaten Mimika]], [[Kabupaten Mamberamo Raya]],[[Kabupaten Supiori]],[[Kabupaten Kepulauan Yapen]],[[Kabupaten Waropen]],[[Kabupaten Nabire]],[[Kabupaten Paniai]],[[Kabupaten Yalimo]],[[Kabupaten Deiyai]],[[Kabupaten Lanny Jaya]],[[Kabupaten Puncak]],[[Kabupaten Mamberamo Tengah]],[[Kabupaten Intan Jaya]],[[Kabupaten Nduga]].Ia dan satu Pemerintahan Kota iaitu Kota Jayapura. Jumlah Kecamatan di Papua adalah 104 kecamatan yang mencakupi 948 desa dan 51 kelurahan.


== Geografi ==
== Geografi ==
Papua terletak pada kedudukan 0° 19' - 10° 45' LS dan 130° 45' - 141° 48' BT, menempati sesetengah bahagian barat dari [[Papua New Guinea]] yang merupakan pulau terbesar kedua selepas [[Greenland]]. Secara fizikal, Papua merupakan daerah (provinsi) terbesar di Indonesia, dengan luas daratan 21,9% dari jumlah kesuluruhan tanah seluruh Indonesia iaitu 421,981 km², membujur dari barat ke timur (Sorong - Jayapura) sepanjang 1,200 km (744 batu) dan dari utara ke selatan (Jayapura- Merauke) sepanjang 736 km (456 batu). Selain daripada tanah yang luas, Papua juga memiliki banyak pulau sepanjang pesisirannya. Di pesisiran utara terdapat Pulau Biak, Numfor, Yapen dan Mapia. Pada bahagian barat ialah Pulau Salawati, Batanta, Gag, Waigeo dan Yefman. Pada pesisiran Selatan terdapat pula Pulau Kalepon, Komoran, Adi, Dolak dan Panjang, sedangkan di bahagian timur bersempadan dengan Papua New Guinea.
Papua terletak pada kedudukan 0° 19' - 10° 45' LS dan 130° 45' - 141° 48' BT, menempati sesetengah bahagian barat dari [[Papua New Guinea]] yang merupakan pulau terbesar kedua selepas [[Greenland]]. Secara fizikal, Papua merupakan daerah (provinsi) terbesar di Indonesia, dengan luas daratan 21,9% dari jumlah kesuluruhan tanah seluruh Indonesia iaitu 421,981 km², membujur dari barat ke timur (Sorong - Jayapura) sepanjang 1,200 km (744 batu) dan dari utara ke selatan (Jayapura- Merauke) sepanjang 736 km (456 batu). Selain daripada tanah yang luas, Papua juga memiliki banyak pulau sepanjang pesisirannya. Di pesisiran utara terdapat Pulau Biak, Numfor, Yapen dan Mapia. Pada bahagian barat ialah Pulau Salawati, Batanta, Gag, Waigeo dan Yefman. Pada pesisiran Selatan terdapat pula Pulau Kalepon, Komoran, Adi, Dolak dan Panjang, sedangkan di bahagian timur bersempadan dengan [[Papua New Guinea]].


== Iklim ==
== Iklim ==

Semakan semasa pada 06:48, 22 Mei 2024

Provinsi Papua
Negeri Papua


Cogan kata: Karya Swadaya

Ibu kota Jayapura
Gabenor Lukas Enembe
Keluasan 81,049.30 km2 (31,293 bt2)
Bil. penduduk 1,000,799  (Bancian 2020[1])
Kepadatan 12.3/km2 (32/sq mi)
Kelompok etnik Orang asli: Melanesia (termasuk Biak, Enggros, Fuyu, Hatam, Muyu, Nafri, Serui, Souk, Sentani, Tobati, Waropen, Wamesa.)
Bukan orang asli: Orang Jawa, Bugis, Orang Batak, Orang Minahasa, Orang Cina Han.)
Agama Protestan (51.2%), Roman Katolik (25.42%), Islam (23%), lain-lain (2.5%)
Bahasa Bahasa Indonesia (rasmi), 269 [2] Bahasa bumiputera: Bahasa Papua Bahasa Melayu dan Bahasa Austronesia
Zon waktu WIT (UTC+9)
Laman http://www.papua.go.id/

Papua ialah sebuah Provinsi di Indonesia yang terletak di bahagian barat kepulauan New Guinea dan pulau-pulau di sekitarnya.

Papua kadangkala dipanggil sebagai Papua Barat kerana Papua boleh dirujuk kepada seluruh kepulauan New Guinea atau bahagian selatan negara jirannya, Papua New Guinea. Papua Barat ialah sebutan yang lebih disukai oleh para nasionalis yang ingin memisahkan Papua daripada Indonesia dan membentuk negara sendiri. Daerah (Provinsi) ini dahulu dikenali dengan panggilan Irian Barat sejak tahun 1969 hingga 1973, namanya kemudian ditukarkan menjadi Irian Jaya oleh Suharto, nama yang tetap digunakan secara rasmi hingga tahun 2002. Nama daerah (provinsi) ini diganti menjadi Papua sesuai dengan UU No 21/2001 Autonomi Khusus Papua. Pada masa era penjajahannya, wilayah ini disebut New Guinea Belanda (Dutch New Guinea).

Papua merupakan daerah (provinsi) yang terletak di wilayah paling timur negara Republik Indonesia dan merupakan daerah yang penuh harapan. Daerahnya belum banyak diterokai oleh aktiviti manusia dan Papua kaya dengan sumber alam yang menjanjikan peluang untuk berniaga dan berkembang. Tanahnya yang luas dipenuhi oleh hutan, laut dan pelbagai biotanya dan berjuta-juta tanahnya yang sesuai untuk pertanian. Dalam perut buminya juga menyimpan gas asli, minyak dan pelbagai bahan galian yang hanya menunggu untuk diterokai.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

daerah (Provinsi) Papua beribu kota di Jayapura dan secara pentadbirannya terdiri daripada :

Pemerintahan Kabupaten iaitu Kabupaten Jayapura, Kabupaten Sarmi,Kabupaten Keerom,Kota Jayapura,Kabupaten Merauke,Kabupaten Boven Digoel,Kabupaten Mappi,Kabupaten Asmat,Kabupaten Puncak Jaya,Kabupaten Mimika, Kabupaten Mamberamo Raya,Kabupaten Supiori,Kabupaten Kepulauan Yapen,Kabupaten Waropen,Kabupaten Nabire,Kabupaten Paniai,Kabupaten Yalimo,Kabupaten Deiyai,Kabupaten Lanny Jaya,Kabupaten Puncak,Kabupaten Mamberamo Tengah,Kabupaten Intan Jaya,Kabupaten Nduga.Ia dan satu Pemerintahan Kota iaitu Kota Jayapura. Jumlah Kecamatan di Papua adalah 104 kecamatan yang mencakupi 948 desa dan 51 kelurahan.

Papua terletak pada kedudukan 0° 19' - 10° 45' LS dan 130° 45' - 141° 48' BT, menempati sesetengah bahagian barat dari Papua New Guinea yang merupakan pulau terbesar kedua selepas Greenland. Secara fizikal, Papua merupakan daerah (provinsi) terbesar di Indonesia, dengan luas daratan 21,9% dari jumlah kesuluruhan tanah seluruh Indonesia iaitu 421,981 km², membujur dari barat ke timur (Sorong - Jayapura) sepanjang 1,200 km (744 batu) dan dari utara ke selatan (Jayapura- Merauke) sepanjang 736 km (456 batu). Selain daripada tanah yang luas, Papua juga memiliki banyak pulau sepanjang pesisirannya. Di pesisiran utara terdapat Pulau Biak, Numfor, Yapen dan Mapia. Pada bahagian barat ialah Pulau Salawati, Batanta, Gag, Waigeo dan Yefman. Pada pesisiran Selatan terdapat pula Pulau Kalepon, Komoran, Adi, Dolak dan Panjang, sedangkan di bahagian timur bersempadan dengan Papua New Guinea.

Papua terletak tepat di sebelah selatan garis khatulistiwa, namun kerana daerahnya yang bergunung-gunung maka iklim di Papua sangat bervariasi melebihi daerah Indonesia lainnya. Di daerah pesisiran barat dan utara beriklim tropika lembap dengan tadahan hujan rata-rata berjumlah diantara 1.500 - 7.500 mm pertahun. Tadahan hujan tertinggi terjadi di pesisir pantai utara dan di pegunungan tengah, sedangkan tadahan hujan terendah terjadi di pesisir pantai selatan. Suhu udara bervariasi sejajar dengan bertambahnya ketinggian. Untuk setiap kenaikan ketinggian 100 m ( 900 kaki ), secara rata-rata suhu akan menurun 0.6 °C.

Topografi

[sunting | sunting sumber]

Keadaan topografi Papua bervariasi mulai dari dataran rendah berawa sampai dataran tinggi yang dipenuhi dengan hutan hujan tropika, padang rumput dan lembah. Pada bahagian tengah pula terdapat rangkaian pergunungan tinggi sepanjang 650 km. Salah satu bahagian daripada pegunungan tersebut adalah pergunungan Jayawijaya yang terkenal kerana di sana terdapat tiga puncak tertinggi yang walaupun terletak dalam garisan khatulistiwa namun selalu diselimuti oleh salji di puncak Jayawijaya dengan ketinggian 5,030 m (15.090 kaki), puncak Trikora 5,160 m (15,480 kaki) dan puncak Yamin 5,100 m (15.300 kaki). Sungai-sungai besar beserta anak sungainya mengalir ke arah selatan dan utara. Sungai Digul yang bermula dari pedalaman kabupaten Merauke mengalir ke Laut Arafura. Sungai Warenai, Wagona dan Mamberamo yang melewati Kabupaten Jayawijaya, Paniai dan Jayapura bermuara di Samudera Pasifik. Sungai-sungai tersebut mempunyai peranan penting bagi masyarakat sepanjang alirannya baik sebagai sumber air bagi kehidupan harian, sebagai nelayan mahupun sebagai sarana penghubung ke daerah luar. Selain itu terdapat pula beberapa danau, diantaranya yang terkenal adalah Danau Sentani di Jayapura, Danau Yamur, Danau Tigi dan Danau Paniai di Kabupaten Nabire dan Paniai.

Sosial Budaya

[sunting | sunting sumber]

Pada daerah-daerah Papua yang bervariasi topografinya terdapat ratusan kelompok etnik dengan budaya dan adat istiadat yang saling berbeza. Dengan mengacu pada perbezaan topografi dan adat istiadatnya maka secara amnya, penduduk Papua dapat di bezakan menjadi 3 kelompok besar iaitu:

  • Penduduk daerah pantai dan kepulauan dengan ciri-ciri umum, rumah diatas tiang (rumah panggung), mata pencaharian menokok sagu dan menangkap ikan.
  • Penduduk daerah pedalaman yang hidup pada daerah sungai, rawa, danau dan lembah serta kaki gunung. Pada umumnya bermata pencaharian menangkap ikan, berburu dan mengumpulkan hasil hutan.
  • Penduduk daerah dataran tinggi dengan mata pencaharian berkebun beternak secara sederhana.

Pada umumnya masyarakat Papua hidup dalam sistem kekerabatan yang menganut garis ayah atau patrilinea.

Di Papua ini terdapat ratusan bahasa daerah yang berkembang pada kelompok etnik yang ada. Aneka pelbagai bahasa ini telah menyebabkan kesulitan dalam berkomunikasi antara satu kelompok etnik dengan kelompok etnik lainnya. Oleh sebab itu, Bahasa Indonesia digunakan secara rasmi oleh masyarakat-masyarakat di Papua bahkan hingga ke pedalaman.

Keagamaan merupakan salah satu aspek yang sangat penting bagi kehidupan masyarakat di Papua dan dalam hal ketuhanan, Papua dapat dijadikan contoh bagi daerah lain. Majoriti penduduk Papua beragama Kristian, namun demikian, seiring dengan perkembangan kemudahan pengangkutan dari dan ke Papua maka jumlah orang yang beragama lain termasuk Islam juga semakin berkembang. Banyak mubaligh sama ada orang asing mahupun rakyat Indonesia sendiri yang melakukan misi keagamaannya di pedalaman-pedalaman Papua. Mereka berperanan penting dalam membantu masyarakat sama ada melalui sekolah-sekolah mubaligh, bantuan perubatan mahupun secara langsung mendidik masyarakat pedalaman dalam bidang pertanian, mengajar Bahasa Indonesia dan pengetahuan-pengetahuan amali yang lain - lainnya. Mubaligh juga merupakan pelopor dalam membuka jalur penerbangan ke daerah-daerah pedalaman yang belum dibina oleh penerbangan biasa.

Gunung di Papua Timur

[sunting | sunting sumber]
  1. Puncak Jaya atau Piramid Carstensz
  2. Puncak Sumantri Brodjonegoro
  3. Puncak Carstensz Timur
  4. Puncak Trikora
  1. ^ "Visualisasi Data Kependudukan - Kementerian Dalam Negeri 2022" (Visual). www.dukcapil.kemendagri.go.id. Dicapai pada 31 Juli 2022. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ Gordon, Raymond G., Jr. (ed.), 2005. Ethnologue: Languages of the World, Fifteenth edition. Dallas, Tex.: SIL International. Online version: [1]