[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Creepypasta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.

Creepypasta ialah legenda atau imej berkait cerita seram yang telah disalin tempel di seluruh Internet.[1][2] Entri-entri Internet tersebut seringkali merupakan cerita-certa paranormal untuk menakut-nakuti para pembaca. Cerita-cerita tersebut meliputi cerita pembunuhan, bunuh diri dan lain-lain. Menurut majalah Time, genre tersebut meraih puncak kemasyhurannya pada tahun 2010 semasa disoroti oleh The New York Times.[1]

Pada media umum, creepypasta berkait dengan watak fiksyen Slender Man yang meraih perhatian umum selepas "penikaman Slender Man" tahun 2014, di mana seorang gadis berusia 12 tahun asal Waukesha, Wisconsin, ditikam oleh dua temannya; para pesalah mendakwa bahawa mereka "ingin menyatakan bahawa skeptis Slender Man" ialah salah.[1][3][4] Selepas usaha pembunuhan tersebut, beberapa penyelia tapak web creepypasta membuat kenyataan yang mengingatkan para pembaca untuk "membezakan fiksyen dan kenyataan".

Watak-watak dan cerita-cerita creepypasta terkenal lainnya meliputi Jeff the Killer, Ted the Caver, dan Psychosis.[5][6] Pada Mei 2015, Machinima Inc. mengumumkan rancangan untuk siri web aksi hidup yang dikurasikan oleh Clive Barker, berjudul Clive Barker's Creepy Pasta.[7]

Istilah tersebut ialah sebuah lakuran dari kata "creepy" (seram) dan "copypasta" (salin tempel), sebuah kata yang dipakai di 4chan pada 2006 untuk menyebut teks salin-tempel viral.

Sejarah

Asal-usul creepypasta yang sebenarnya tidak diketahui. Awalnya, creepypasta sering ditulis secara anonim dan selepas itu diposting ulang ke tapak dan forum lainnya, sehingga sejarah genre yang satu ini sukar untuk dipelajari. Jessica Roy, berhujah bahawa creepypasta muncul pada tahun 1990-an ketika rantai mesej surat elektronik diposkan ke forum internet dan kumpulan Usenet.

Lihat pula

Rujukan

  1. ^ a b c Considine, Austin (12 November 2010). "Bored at Work? Try Creepypasta, or Web Scares". The New York Times. Dicapai pada 14 September 2015. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Time" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Henriksen, Line (17 Dec 2013). "Here be monsters: a choreomaniac's companion to the danse macabre". Women & Performance: a journal of feminist theory. 23 (3): 414–423. doi:10.1080/0740770X.2013.857082. Dicapai pada 18 April 2015.
  3. ^ Fernando Alfonso III (August 2, 2013). "4chan hunts down the origins of an Internet horror legend". Daily Dot.
  4. ^ Dewey, Caitlin (6 June 2014). "The complete, terrifying history of 'Slender Man', the Internet meme that compelled two 12-year-olds to stab their friend". The Washington Post. Dicapai pada 17 October 2014.
  5. ^ "Who is "Jeff the Killer"? And is his picture haunted by a real death?". io9. Dicapai pada 31 December 2013.
  6. ^ "13 Frighteningly Shareable Creepypastas". Mashable. Dicapai pada 31 December 2013.
  7. ^ "Machinima announces web series from Clive Barker, Bruce Timm, RoboCop, and more". The A.V. Club. 5 May 2015. Dicapai pada 14 September 2015.

Pautan luar