Mari Menari
Mari Menari adalah merupakan sebuah program realiti TV pencarian bakat baharu dalam bidang tarian yang diterbitkan dan disiarkan di Astro Ria, bagi menggantikan program realiti TV tarian Sehati Berdansa yang ditamatkan siarannya pada 2009. Disiarkan bermula pada 2010.
Mari Menari | |
---|---|
Format |
|
Pengacara | Awal Ashaari Lisa Surihani |
Juri | Rizalman Ibrahim Linda Jasmine |
Lagu pembukaan | "Mari Menari" nyanyian Hafiz & Adira |
Lagu penutup | "Mari Menari" nyanyian Hafiz & Adira |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 2 |
Penerbitan | |
Lokasi | Kuala Lumpur |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 2 jam (per episod) |
Syarikat penerbitan | Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 2010 – 2011 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Sehati Berdansa |
Format rancangan
Format rancangan ini adalah sama seperti format program Sehati Berdansa yang pernah disiarkan di Astro Ria sebelum ini dimana senarai peserta adalah terdiri daripada pasangan suami isteri, adik beradik dan ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah diantara satu dengan yang lain. Namun perbezaannya ialah, di Sehati Berdansa peserta disertai golongan selebriti dan pasangan mereka, manakala di Mari Menari ini peserta adalah disertai oleh orang biasa yang bertanding bagi mengumpul dana untuk disaluran kepada rumah-rumah kebajikan yang mereka wakili. Setakat ini, program ini hanya bersiaran selama dua musim sahaja.
Senarai musim
Musim 1
(Umur pasangan dicatat semasa pertandingan)
Pasangan | Umur | Asal | Hubungan |
---|---|---|---|
Fariz Reeza & Siti Rasyikin (Ariz) | 23 & 22 | Terengganu & Kedah | Suami Isteri |
Mohamad Faidzal & Rudita (Dita) | 42 & 35 | Kuala Lumpur | Suami Isteri |
Zulfahmi & Norazlin (Fahmi) | 34 & 32 | Perak & Kuala Lumpur | Suami Isteri |
Jayaretnam & Shuba Jay (Jaya) | 60 & 34 | Kuala Lumpur | Bapa & Anak |
Masri & Fazeyla (Masri) | 33 | Kedah | Suami Isteri |
Mohamad Fadzlishah & Hasnita (Nita) | 19 & 34 | Kuala Lumpur | Adik-beradik |
Raziff & Alia Nadira (Razif) | 26 & 25 | Johor & Kuala Lumpur | Suami Isteri |
Ed Rosdi & Siti Musliha (Rosdi) | 25 & 31 | Selangor | Suami Isteri |
Shairulfazli & Rafidah (Shai) | 33 | Selangor & Sarawak | Suami Isteri |
Mohamad Hasri & Noryati (Yat) | 34 & 24 | Singapura & Kuala Lumpur | Suami Isteri |
Mohd Fazizul & Nordzarina (Zarin) | 30 & 32 | Kuala Lumpur | Suami Isteri |
Zulhafiz & Nurul Husna (Zul) | 27 & 29 | Kuala Lumpur & Pahang | Suami Isteri |