[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Resipi:Lemang

Daripada Wikibuku
(Dilencongkan daripada Lemang)
Wikipedia mempunyai rencana berkaitan:
Lemang dibakar

Bahan

[sunting]
  1. 1 kg beras pulut
  2. 3 biji kelapa (ambil santannya)
  3. 2 batang buluh sederhana besar
  4. Garam secukup rasa.

Cara membuat

[sunting]
  1. Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
  2. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  3. Masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulungan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
  4. Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
  5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
  6. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.
  7. Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.