[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Bahasa Arab

Daripada Wikibuku
(Dilencongkan daripada Arab/BelajarRW)
Bahasa Arab



Bahasa Arab, الْعَرَبيّة (al-Earabiiyat') ataupun, secara ringkas, عَرَبيْ (Earabii), adalah ahli terbesar dalam famili bahasa Semitik dari segi bilangan penuturnya. Dikelaskan sebagai Semitik Tengah, bahasa ini berkaitan rapat dengan bahasa-bahasa Ibrani dan Aramia, dan berakar umbi dengan leluhur Proto-semitic yang sama. Bahasa Arab moden diklasifikasi sebagai sebuah bahasa makro yang mempunyai 27 subbahasa dalam ISO 639-3. Jenis-jenis bahasa ini ditutur dalam seluruh alam Arab, dan bahasa Arab Piawai Moden (Modern Standard Arabic, MSA) dipelajari dan dikenali di seluruh pelusuk dunia Islam.

Bahasa Arab Piawai ataupun MSA datang daripada bahasa Arab Klasik (Classical Arabic, CA), satu-satunya ahli kumpulan dialek bahasa Arab Utara Tua. Ini dibuktikan dengan epigraf semenjak kurun keenam apabila ia menjadi bahasa kesusasteraan, dan bahasa agama Islam semenjak kurun ketujuh.

Bahasa Arab meminjamkan banyak perkataan kepada bahasa-bahasa lain yang terdapat di dunia Islam, sama seperti sumbangan bahasa Latin kepada kebanyakan bahasa Eropah. Sebaliknya, ia juga meminjam daripada bahasa-bahasa lain, termasuklah bahasa Sanskrit dan Parsi ekoran perhubungan awal dengan wilayah-wilayah penutur bahasa-bahasa tersebut. Pada Zaman Pertengahan, bahasa Arab menjadi wahana utama buat kebudayaan, terutamanya dalam bidang sains, matematik dan falsafah. Satu daripada akibatnya ia pinjaman perkataan-perkataan Arab oleh bahasa-bahasa Eropah.

Bahan Awal
Matlamat Buku
Asas Bahasa
Bahagian-bahagian dalam Wacana – Struktur asas ayat Arab
Ayat Namaan
Pemilikan ألإضَافة ealeDafat'
Lampiran

Perlu dilakukan

[sunting]

Lihat laman perbincangan buku ini.<Shelf "Bahasa Arab" not found. >