[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

hari

Daripada Wikikamus
Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai rencana mengenai:

Bahasa Melayu

Takrifan

[sunting]

hari

  1. masa dari matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi (masa sekali bumi berpusing pada paksinya, 24 jam).
    Ada tujuh hari dalam seminggu, iaitu hari Ahad (Minggu), Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, dan Sabtu.
  2. = siang hari: masa dari matahari terbit hingga matahari terbenam.
    Hari ini kami bekerja setengah hari.
  3. bahagian dari masa antara matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi.
  4. keadaan (alam, cuaca, udara, dan lain-lain).
    Kerana hari hujan, dia tidak keluar rumah.
  5. masa kerja dalam satu hari.
    Dia mendapat gaji tiga ringgit sehari.
  6. masa yang lalu atau yang akan datang.
    Dia telah membeli sebuah rumah untuk hari tuanya.

Kata majmuk

[sunting]
  • belakang (kemudian) hari: masa yang akan datang.
  • gaji hari: gaji berdasarkan bilangan hari seseorang itu sebenarnya bekerja.
  • malam hari: bahagian sebelah malam.
  • pagi hari bahagian sebelah pagi.
  • petang hari: bahagian sebelah petang.
  • tempoh hari: dahulu.
  • tengah hari: waktu ketika matahari sangat tinggi.

Etimologi

[sunting]

Daripada rumpun Melayu-Polinesia.

Sebutan

[sunting]

Tulisan Jawi

[sunting]

هاري

Terjemahan

[sunting]

Terbitan

[sunting]
  • berhari-hari: beberapa hari.
  • berhari-harian: beberapa hari penuh.
  • harian: setiap hari.
  • sehari: satu hari.
  • sehari-hari: tiap-tiap hari.
  • sehari-harian: sehari suntuk.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.

Bahasa Jepun

[sunting]

Kata nama

[sunting]

Ralat Lua pada baris 828 di Modul:parameters: Parameter "hira" is not used by this template..

  1. : jarum, pin.
  2. 張り: tegang.
  3. : alur.
  4. 玻璃: kristal, kaca.
Hari-hari dalam satu minggu
Ahad | Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu

Bahasa Iban

[sunting]

Takrifan

[sunting]

Kata nama

[sunting]

hari

  1. tanggal, tarikh
    Andrew pulai kena 29 haribulan Mei laban deka besedia ngintu Hari Gawai.
    Andrew pulang pada 29 haribulan Mei kerana membuat persediaan untuk menyambut Hari Gawai.
  2. keadaan hari, cuaca
  • sehari
  • sehari-hari
  • besehari-sehari
  • besari-sari
  • behari
  • behari-hari
  1. Santa enda nurun ngetau padi laban hari ujan bangat.
    Santa tidak turun menuai padi kerana hari hujan lebat.

Sebutan

[sunting]