[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

F

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
F
F
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

F ialah huruf Rumi yang ke-6. Namanya dalam bahasa Inggeris dan Malaysia ialah ef /ɛf/.

Dalam bahasa Malaysia, serta juga dalam IPA dan kebanyakan bahasa yang ditulis dalam huruf rumi, huruf ini sering digunakan untuk menandai bunyi frikatif bibir-gigi tidak bersuara /f/.

W Proto-Semitik W Phoenicia W Etruscan Digamma (W) Greek F Rumi
Roman F

Asal-usul huruf F bermula daripada huruf Semitik vâv yang melambangkan bunyi /v/, dan barangkali asalnya mewakili "cangkuk" atau "belantan". Huruf vâv mungkin juga terbentuk berdasarkan satu hieroglif Mesir, barangkalinya yang menggambarkan "cokmar":

T3

Bentuk huruf Phoenicia bagi huruf ini diserap ke dalam huruf Greek sebagai huruf vokal, upsilon (yang menyerupai keturunannya, Y, tetapi juga dijadikan leluhur kepada huruf-huruf U, V, dan W); dan juga dalam satu bentuk lain, iaitu huruf konsonan digamma yang menyerupai huruf F kita, tetapi disebut /w/ seperti dalam bahasa Phoenicia. (Lama kemudian, fonem /w/ ini pudar dari bahasa Greek, lalu kegunaan digamma terhad peranannya sebagai angka sahaja.)

Dalam bahasa Etruscan, F juga disebut /w/; bagaimanapun, orang Etruscan mengemukakan satu inovasi iaitu menggunakan dwilamabang FH untuk bunyi /f/, dan huruf F menerima fonem /f/ dengan sendirinya apabila orang Rom menyerapnya (kerana mereka sudah meminjam huruf U dari huruf Greek upsilon untuk bunyi /w/). Huruf phi (Φ φ) pula menghampiri bunyi /f/ dalam bahasa Greek.

Huruf kecil f tidak patut dikelirukan dengan huruf ſ, iaitu s panjang yang digunakan pada zaman dahulu. Contohnya, "sinfulness" ditulis seperti "ſinfulneſs" apabila memakai huruf s panjang. Kegunaan huruf s panjang pudar menjelang akhir abad ke-19, barangkali untuk mengelakkan kekeliuran dengan huruf f.

Kod-kod pengkomputeran

[sunting | sunting sumber]
Titik kod Huruf besar
F
Huruf kecil
f
Unikod U+0046 U+0066
ASCII Perpuluhan 70 102
Perduaan 01000110 01100110
EBCDIC 198 134

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Abjad Rumi/Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz